Judul : CILI 'BUTCH T' -TERPEDAS DIDUNIA
link : CILI 'BUTCH T' -TERPEDAS DIDUNIA
CILI 'BUTCH T' -TERPEDAS DIDUNIA
TANAMAN CILI (Capsicum spp) merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah cili yang pedas. Kepedasan cili adalah disebabkan oleh kandungan bahan yang dipanggil ebagai Capsaicin yang bertindakbalas dengan bahan cecair untuk tindakbalas berlaku. Kepedasan capsaicin ini boleh diukur dengan unit SHU (Scoville Heat Unit) yang mengukur tahap kepedasan (pugency) dan kepekatan capsaicin dari varieti cili yang berbeza. Kita di Malaysia mempunyai beberapa jenis cili seperti Cili Besar, Cili Padi, Cili Benggala (Bell), Cili Kering, Cili Api, Cili Siam, Cili Hijau, Cili Hiasan dan pelbagai gelaran lagi. Bagi kebanyakan kita pengambilan cilii merah (merujuk kepada cili besar yang telah ranum) dan cili hijau (merujuk kepada cili besar yang belum matang) adalah paling biasa digunakan. Saya ada menulis mengenai tahap kepedasan cili dan yang berkaitan dengannya (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Penggunaan cili adalah sama ada dalam bentuk segar, dikeringkan, dikisar menjadi pes, serbuk dan cecair mengikut kesesuaian. Bagaimana pun 'rasa pedas' sesuatu cili mungkin berbeza antara individu bergantung kepada sensitiviti seseorang. Jangan hairan kalau ada orang yang boleh gigit dan telah beberapa biji cili api begitu sahaja sedangkan orang lain tidak mampu melakukannya. Terdapat banyak cili yang sangat pedas diseluruh dunia terutama daripada negara-negara Amerika Selatan sehingga ada sebuah negara yang menggunajan nama tanaman ini iaitu 'Chile' yang memang membawa maksud cili. Kepedasan cili ini yang merangsang saraf manusia juga telah dicuba dijadikan senjata dalam peperangan dan mengawal demonstrasi jalannan orang ramai. Jika sisembur pada mata menyebabkan ia berair dan tidqk selesa dan jila di jadikan gas ianya memebri kesan serius lagi. Artikel malam in saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis cili jenis kecil iaitu Cili SCORPION 'BUTCH T' yang dikatakan amat pedas bagi abda untuk dijadikan bahan rujukan. CILI Butch T didakwa 15 kali lebih pedas berbanding cili api dan saya rujuk satu lamporan akhbar menyatakan cili Scorpion 'Butch T' terpedas di dunia.
Bagi sesetengah orang, adalah amat tidak puas rasanya menjamah hidangan jika tidak ada rasa pedas sehingga mendorong amalan meratah cili padi mentah sebagai ulam. Apa yang saya perhatikan, kepedasan itu merupakan satu nikmat dalam permakanan. Walaupun pedas, cili merupakan penambah selera dalam kalangan masyarakat tempatan lebih-lebih lagi jika dimakan bersama sambal tempoyak, cencaluk, budu atau air asam. Kajian yang dilakukan oleh Institut Chili Pepper di Universiti Negeri New Mexico, Paul Bosland mendapati cili padi yang juga dikenali dengan nama 'Cili Thai' itu dikategorikan sebagai antara cili terpedas di dunia. Cili ini telah dikatakan mempunyai skala kepedasan sehingga 100,000 mata mengikut skala Scoville yang digunakan untuk mengukur tahap kepedasan cili. Ada laporan oleh pihak Guinness World Records bahawa rekod cili terpedas dipegang oleh varieti dinamakan Cili Trinidad Scorpion ‘Butch T’ dengan skala kepedasan 1.464 juta mata (Wow Tingginya!). Walau pun kita agak kurang untuk melihat atau merasanya, cili ini masih didakwa sebagai cili terpedas didunia. Apakah yang boleh dimanafaatkan dari cili jenis ini?. Perlukan pakar dan saintis tempatan membuat kajian ini dimasa akan datang.
Dalam kes lain , sejenis cili kacukan yang ditanam di Morisett, kira-kira 89 kilometer di utara Sydney, Australia itu kira-kira 15 kali ganda lebih pedas berbanding cili api dan 30 kali lebih pedas daripada Tabasco. Bosland menerusi portal berita The Wall Street Journal dipetik berkata, petani di kawasan itu telah dikehendaki memakai sarung tangan ketika memetik cili bagi tujuan mengelakkan rasa pijar pada tangan. Mereka yang terlibat dalam kerja-kerja memproses dan memasak cili untuk dijadikan sos juga diminta memakai topeng dan pakaian khas bagi melindungi diri daripada aroma pedasnya. Sekiranya anda tidak memakai sarung tangan, tangan akan berasa pijar sekurang-kurangnya selama dua hari. Pemilik bersama The Chilli Factory, Marcel De Wit berkata, cili yang memiliki kepedasan melebihi skala SHU 800,000 mata itu sangat pedas sehingga boleh mendatangkan beberapa kemudaratan. Ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital gara-gara tidak tahan dengan kepedasan cili Scorpion Butch T. Mereka sendiri mengalami masaalah seperti 'halusinasi' selepas memakannya secara mentah. Ada yang kesannya menyebabkan pasien tidak boleh berjalan dan terpaksa berbaring selama kira-kira 20 minit sebelum keadaan kembali normal. Sehingga tahun 1990, hanya dua jenis cili yang mencatat skala kepedasan melebihi SHU 350,000 mata iaitu Habanero dan cili Scotch Bonnet.

Bagi menambah ilmu kita, daripada rekod cili terpedas telah pun dilaporkan pada tahun 1994 iaitu cili dari sejenis cili kacukan Red Savina Habanero diiktiraf Guinness sebagai cili paling pedas dengan skala kepedasan SHU570,000 mata. Rekod itu tidak bertahan lama selepas cili Bhut Jolokia atau ‘lada hantu’ yang ditanam di daerah Changpool di negeri Assam, India merampas kedudukan tersebut dengan skala kepedasan 1.075 juta mata pada tahun 2007. Selepas itu, sejenis cili kacukan daripada tiga jenis cili berlainan termasuk Naga Morich, Bhut Jolokia dan Trinidad Scorpion memecah rekod Guiness pada 2011 dengan skala kepedasan 1.38 juta mata. Walaupun cili Trinidad Scorpion Butch T adalah cili terpedas pada masa ini, sejenis cili kacukan Trinidad Moruga Scorpion dipercayai akan menyaingi cili terpedas itu untuk rekod baharu Guiness. Kepedasan cili itu telah terbukti dalam ujian makmal di Institut Chili Pepper dan dikatakan mempunyai skala kepedasan melebihi 2 juta mata. Menurut Bosland, dia masih belum menghantar kertas laporan makmal kepada Guinness untuk pengiktirafan rasmi. Bagi yang telah merasainya (Moruga Scorpion), ia ternyata jauh lebih pedas. Bagi memegang atau memproses cili Butch T ini petugas perlu memakai sarung tangan khas (Sila lihat foto disebelah). Kita di Malayia perlu mengukur kepedasan cili tempatan kita sama ada jenis liar atau jenis yang ada ditanam. Wasallam!.
CILI BUTCH T.... PEDAS SEKALI...
SKALA SHU ... NAMA UNIT DIBERI...
ANGAT PEDAS...KESAN HALUSINASI...
BACA ARTIKEL ... ADA IMAGINASI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
PsaraTani Mega Putrajaya,
Precint 4, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(24 RabiulAkhir 1436H)
Demikianlah Artikel CILI 'BUTCH T' -TERPEDAS DIDUNIA
Sekianlah artikel CILI 'BUTCH T' -TERPEDAS DIDUNIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel CILI 'BUTCH T' -TERPEDAS DIDUNIA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/04/cili-t-terpedas-didunia.html