NANGKA - KENAL VARIETI BENIH

NANGKA - KENAL VARIETI BENIH - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NANGKA - KENAL VARIETI BENIH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel NANGKA - KENAL VARIETI BENIH, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NANGKA - KENAL VARIETI BENIH
link : NANGKA - KENAL VARIETI BENIH

Kamu Bisa Download File NANGKA - KENAL VARIETI BENIH di bawah ini !

Baca juga


NANGKA - KENAL VARIETI BENIH

NANGKA (Artocarpus heterophyllus Lam) merupakan sejenis buah tempatan yang semakin popular dikalangan penduduk Malaysia sebagai buah bernilai. Nangka ialah sejenis buah-buahan tropika daripada keluarga Moraceae. Selain di Malaysia, nangka juga terdapat di Indonesia, Thailand, Burma, India, Bangladesh, Sri Lanka dan Filipina. Sebanyak lima varieti nangka popular di kalangan para pengusuha tanaman nangka di Malaysia. Varieti nangka popular memiliki kualiti buah yang baik (warna, tekstur dan rasa), pengeluaran hasil tinggi dan ketahanan terhadap penyakit. Pengusaha tanaman nangka perlu mengenali varieti nangka yang hendak ditanam. Berikut diberikan bagi panduan mengenali lima varieti nangka popular di Malaysia, J29, NS1 (J31), Mantin (J32), Tekam Yellow (J33) dan Mastura (J35). Tanaman nangka kini banyak ditanam oleh pentani komersil sama ada di kawasan kebun sendiri atau pun dikawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) kelolaan Jabatan Pertanian Malaysia. Terdapat seluas 3,962 hektar tanaman nangka pada tahun 2013 dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 27,459 metrik tan (Sumber Laporan statistik Jabatan Pertanian 2013). Negeri Pahang merupakan Negeri yang paling luas dengan tanaman nangka iaitu seluas 669 hektar diikuti dengan Negeri Johor (515 hektar) dan Sarawak (481 hektar) pada tahun 2013. Daerah Temerloh di Pahang merupakan lokasi paling luas dengan tanaman nangka iaitu seluas 225 hektar (TKPM Lanchang satu daripadanya) diikuti Daerah Kota Tinggi di Johor (192 hektar) dan Daerah Bera di Pahang (181 hektar). Tanaman nangka kini telah pun diusahakan secara komersial sebagai tanaman tunggal (monocrop) atau tanaman campuran dengan buah-buahan lain. Artikel ini saya berkongsi maklumat dengan pembaca iaitu maklumat varieti tanaman nangka berasaskan kepada senarai (national listing variety) tanaman nangka. Nangka adalah tanaman saka yang mempunyai batang yang tumbuh menegak dengan ketinggian mencapai 15-20 meter. Daun nangka berwarna hijau gelap dan agak tebal serta mempunyai getah. Buah nangka terbentuk selepas proses pendebungaan yang keluar dari dahan dan batang pokok. Buah nangka adalah berbentuk bulat lonjong berwarna hijau ketika putik dan kuning kehijauan apabila masak. Bahagian ira nangka yang di makan lazimnya berwarna kuning atau kemerahan bergantung kepada varieti. Biji nangka berbentuk bulat dan mengandungi isi warna putih. Buah Nangka yang masak sering mengeluarkan getah (latex) yang melekit ketika di kupas untuk mengeluarkan isinya. Isi nangka biasanya manis dan sesuai dimakan segar atau boleh diproses sebagai 'minimum process' dan disejukkan dalam peti sejuk. Buah nangka juga di proses untuk dijadikan "Vaccum Fry of jackfruit chip" dan mendapat pasaran sangat baik. Saya sangat minat makan nangka segar walau ada yang kata makan nangka nanti 'banyak angin' apa lagi kalau makan kerepek nangka 'vacuum fry'. Artikel malam ini sekali lagi saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cara mengenali beberapa varieti tanaman nangka yang telah didaftarkan dengan Variety National Listing di Jabatan Pertanian untuk rujukan anda.

(1) Varieti J29
Daunnya berbentuk eliptik, berwarna hijau tua, berbulu pada permukaan bawah dan tepi sedikit berombak . Daun seakan J31 tetapi mempunyai tangkai yang lebih panjang. Buahnya berbentuk globular dan kulit berwarna hijau . Bahu melekuk. Isi berwarna kuning oren, tebal, besar, pejal, manis dan ia berira halus. Ulas mampat dengan sedikit jerami.

(2) Varieti NS1 (J31)
Daunnya berbentuk eliptik, berwarna hijau tua, berbulu pada permukaan bawah dan beberapa helai daun berombak jelas pada sebelah bahagian daun. Buah berbentuk oblong dan kulit berwarna hijau kekuningan. Bahu menirus dan mengeluarkan banyak getah. Isi berwarna kuning oren, tebal, pejal dan manis. Jerami berwarna putih.


(3) Varieti Mantin (J 32)
Daunnya berbentuk eliptik, berwarna hijau tua, dan tepi sedikit berombak. Tip (hujung daun) yang panjang. Buahnya berbentuk oblong dan kulit be warna hijau kekuningan. Bahu melekuk. Isi berwarna kuning oren, tebal, pejal, kurang manis dan berira sederhana kasar. Ulas mampat dengan sedikit jerami.



(4) Varieti Tekam Yellow (J 33)
Daunnya berbentuk eliptik, berwarna hijau tua dan tepi sedikit berombak . Beberapa helai daun berbentuk seperti kubah pada bahagian hujung daun. Buahnya berbentuk oblong dan berwarna hijau kekuningan. Bahu melekuk. Isi ber warna kuning, nipis, lembut, amat manis dan rangup. Ulas yang mampat.



(5) Varieti Mastura (J 35)
Berbentuk eliptik, berwarna hijau tua, dan tepi berombak . Daun bergulung pada bahagian pangkal daun. Berbentuk oblong dan kulit berwarna hijau kekuningan. Bahu melekuk dan berbonjol. Isi berwarna kuning keemasan, tebal, pejal dan manis.

Jabatan Pertanian ada membuat Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) yang dilakukan secara berkala kepada pihak nurseri swasta yang ingin menjual benih nangka. Pastikan anda hanya membeli benih nangka mengikut varieti yang dikehendakki daripada pembekal yang telah dibuat SPBT ini. Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman (BKKT), Jabatan Pertanian Putrajaya. Wasallam.


BENIH NANGKA... BANYAK JENISNYA...
TENGOK BENIH... TENTUKAN CIRINYA...
MEMBELI BENIH... NURSERI MANA...
BENIH YANG SAH...PASTI TULINNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(7 JamadilAwal 1436H)


Demikianlah Artikel NANGKA - KENAL VARIETI BENIH

Sekianlah artikel NANGKA - KENAL VARIETI BENIH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NANGKA - KENAL VARIETI BENIH dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/03/nangka-kenal-varieti-benih.html