LIMAU - JENIS PENYAKIT

LIMAU - JENIS PENYAKIT - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LIMAU - JENIS PENYAKIT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel LIMAU - JENIS PENYAKIT, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LIMAU - JENIS PENYAKIT
link : LIMAU - JENIS PENYAKIT

Kamu Bisa Download File LIMAU - JENIS PENYAKIT di bawah ini !

Baca juga


LIMAU - JENIS PENYAKIT

TANAMAN LIMAU (Citrus spp) merupakan jenis tanaman penting diseluruh dunia dan menjadi industri utama bagi beberapa negara. LIMAU MANIS merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Limau Manis (Citrus suhuensis) yang memang popular di Malaysia dari jenis Limau Madu (Citrus chinensis), Limau Langkat, Limau Mandarin dan beberapa jenis lagi. Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga ke bujur. Pokok limau manis memang mempunyai sistem perakaran akar tunjang. Varieti Limau Madu dan Limau Mandarin mempunyai daun berbentuk 'lanceolate/oblong' dengan tiada pembentukan kepak (wing) pada tangkai daun. Pada kebiasannya daun pokok limau berwarna daripada hijau muda ke hijau tua. Pada sesetengah varieti dibahagian daun terdapat kelenjar-kelenjar minyak (oil glands) yang mengeluar aroma yang menarik apabila dilipat atau diramas. Pokok yang dibiak secara tampang mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam. Bunga terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-ranting muda. Kebiasaannya bunga mengeluarkan bau yang harum. Bunga mempunyai 5 kelopak yang berasingan, berwarna putih dan terletak di atas kalik. Stamennya yang banyak dan bercantum dipangkal biasanya berwarna puteh dengan hujungnya(anther) berwarna kuning. Stigma pula berwarna hijau kekuningan dan mempunyai stil yang sama panjang dengan stamen dan kedua-dua stamen dan stil terdapat di dalam kuntum bunga. Keluasan tanamn limau manis di Malaysia berjumlah 1,890 hektar dari pelbagai varieti seperti Limau Manis, Limau Bali, Limau Kasturi dan sebagainya pada tahun 2012. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penyakit dan perosak bagi tanaman limau untuk dijadikan bahan rujukakan dan bacaan anda.

PENYAKIT 'GREENING' atau "Greening Disease" yang disebabkan oleh patogen seperti Liberobacter asiaticum adalah jenis yang paling ditakuti petani di Malaysia. Penyakit Grening tanaman limau adalah penyakit yang merbahaya bagi kemajuan industri limau di negara ini dan berasal dari negara China. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis hidupan yang sangat kecil dan disebarkan oleh serangga pembawa dari jenis kutu leloncat. Di Malaysia, serangga pembawa yang dikenalpasti ialah Diaphorina citri. Kuw. Penyakit ini boleh mengurangkan jumlah hasil mutu buah. Pada kadar serangan yang teruk, pokok limau boleh mati. Cara-cara kerosakan berlaku dimana serangga pembawa Penyakit Greening yang dewasa berukuran 2-3 mm panjang dan berwarna coklat keperangan. Serangga dewasa dan anak akan menghisap cecair daun terutama daun-daun muda. Apabila serangga pembawa menghisap pokok lain, cecair yang telah sedia ada di dalam badan serangga itu akan dipindahkan kepada pokok tersebut. Oleh itu, sekiranya serangga pembawa menghisap cecair daun daripada pokok yang berpenyakit, penyakit greening akan disebarkan dari pokok ke pokok. Tanda-tanda Penyakit Greening boleh dikenali apabila salah satu atau lebih daripada satu tanda-tanda berikut kelihatan pada pokok limau iaitu warna kekuningan boleh dilihat di antara urat daun (Sila lihat foto dengan teliti). Tanda ini bermula dari satu dahan dan merebak ke dahan lain. Ada tompok-pokok hijau pada daun dengan pertumbuhan tunas menjadi rapat dan tegak. Lazimnya kemudian tunas dan ranting layu dan mati. Buah-buah muda menjadi kuning oren atau merah bertompok. 
Bentuk buah tidak seimbang bulat dan akhirnya gugur. Langkah-langkah Pengawalan dengan program kawalan yang disyorkan adalah berbentuk kawalan bersepadu yang merangkumi tiga aspek penting: iaitu penggunaan bahan tanaman yang bebas daripada penyakit, kawalan punca penyakit dan kawalan serangga pembawa penyakit. Langkah-langkah kawalan adalah menggunakan bahan-bahan tanaman yang bebas daripada penyakit. Sering membuat pemeriksaan tanda-tanda penyakit. Perhatikan tanda-tanda penyakit dan tandakan pokok yang berpenyakit serta pokok-pokok di dalam lingkungan 30 meter di sekeliling pokok yang berpenyakit tersebut.

Kawalan Punca Penyakit Greening amat perlu dilakukan dengan mencantas ranting yang menunjukkan tanda penyakit dan rawat bahagian yang dicantas dengan racun kulat yang sesuai. Ranting yang telah dicantas dan semua buah dari pokok yang berpenyakit hendaklah dimusnahkan dengan membakar atau menanam sedalam tidak kurang daripada satu meter. Jika serangan teruk, pokok limau yang berpenyakit hendaklah ditebang dan dibakar atau ditanam. Langkah ini dapat menghalang penyakit daripada merebak ke bahagian atau pokok limau yang lain. Kawalan serangga yang membawa penyakit dilakukan dengan cara menyembur pokok-pokok yang telah ditanda dengan racun serangga bagi menghapuskan serangga pembawa. Racun serangga seperti Dimethoate atau Deltamethrine boleh disembur dua minggu sekali terutama semasa pengeluaran pucuk muda kerana pada masa ini populasi Diaphorina citri adalah tinggi. Untuk memastikan program kawalan yang berkenaan, langkah-langkah pengawalan ini perlu diulang setiap dua minggu sekali.

PENYAKIT KERUPING atau juga dikenali sebagai "Scab" (Elsinoe fawcetti) adalah dimana ada keruping biasanya kelihatan timbul di permukaan kulit buah dan daun. Bermula dengan luka kecil yang kelihatan seperti titik yang pudar bertukar menjadi kekutil yang mengandungi tisu gabus berwarna perang pucat. Daun akan bertukar menjadi berkerekot dan bertukar bentuk dan akhirnya dahan-dahan muda akan dijangkiti. Penyakit ini merebak dengan cepat di peringkat semaian. Kawalan kultura seperti pengudaraan yang sempurna dan pengairan secara 'overhead sprinkler' pada semaian semasa pokok sedang berpucuk selama 2-3 minggu disyorkan. Gunakan racun kulat, terutamanya pada peringkat semaian ketika pokok sedang berpucuk muda untuk mengelakkan masalah ini. 

PENYAKIT VIRUS TRISTEZA atau juga dikenali dengan nama (Tristeza Virus" (CTV) memang sering menyerang tanaman limau di Malaysia. Antara simptom adalah sama seperti pokok yang diserang pada akar, termasuk terencat pertumbuhan. Pada jenis yang rentan penyakit ini, simptom batang berjalur, kekuningan urat daun dan kematian pucuk dapat dilihat dengan mengupas kulit. Penyebaran virus ini bergantung kepada keadaan iklim. Di tanah rendah di mana suhu panas, virus ini tidak merebak begitu cepat. Anak benih yang ditanam haruslah dibiakkan melalui kaedah cantuman tunas hujung dan mesti rintang kepada virus tristeza. Anak benih yang mula membesar disyorkan diberi rawatan suhu panas dengan meletakkan pokok-pokok tersebut di dalam rumah plastik. Menyembur racun serangga untuk mencegah vektor kutu daun dua kali setahun disyorkan.

PENYAKIT PHYTHOPTHORA atau juga (Phythopthora Canker" (Phythopthora spp.) menyebabkan cabang-cabang menjadi kering dan tiada pertumbuhan baru. Bila akar reput, seluruh pokok menjadi kering dengan cepat. Simptom adalah daun yang berwarna kuning yang hampir sama dengan simptom kekurangan unsur nitrogen. Pada pangkal batang, luka kecil berwarna hitam muncul kemudian berkembang dengan keluaran gam berwarna coklat menjadi tanda-tanda gummosis. Pengeluaran gam bermula dengan kematian kulat dan menjadi nekrosis pada kayu. Penyakit ini boleh dikawal dengan berkesan melalui kaedah mencantum tunas pada pokok penanti yang rintang. Mencantum mata tunas lebih tinggi ke atas pokok penanti 25-30 cm dan paras tanah supaya pokok baka tidak terkena percikan air. Kawalan rumpai di sekeliling pokok juga perlu bagi memastikan sekitaran sentiasa kering. Sekiranya pokok dijangkiti, semburan racun kulat boleh dilakukan sekurang-kurangnya setiap 3 bulan sekali. 

PENYAKIT KANKER LIMAU juga dipanggil sebagai "Canker" (Xanthomonas campestgris) dilihat menyerang bila ada simptom kelihatan pada daun, ranting dan buah pada kesemua varieti limau. Kerosakan pada seluruh pokok terutamanya pada daun dan buah. Kanker berasal daripada liang-liang kecil berwarna gelap kemudian coklat dan dikelilingi oleh liang berwarna kuning. Bila besar, ia kelihatan sebagai gabus yang bahagian tengahnya pecah. Luka terjadi pada bahagian gabus dan bawah permukaan daun. Pengusaha boleh menanam pokok-pokok penahan angin untuk mengurangkan kerosakan fizikal pada pokok. Racun kulat hendaklah disembur jika jangkitan agak serius. Langkah-langkah pembasmian bakteria yang berkesan termasuk (1) mengumpul dan membakar daun-daun berpenyakit yang gugur (2) merendam mata tunas dalam 1000 ppm streptomycine (antibiotik) selama satu jam sebelum mencantum di peringkat tapak semaian.

PENYAKIT KULAPUK HITAM juga dikenali dengan nama "Sooty Mold" disebabkan oleh patogen iaitu Capnodium citri. Biasanya berlaku di kawasan yang panas dan lembap. Bila kulat tumbuh dengan banyak (berwarna hitam berjelaga pada daun), ia menghalang daun dari menerima cahaya. Kulapuk hitam tidak memberi kesan pada pertumbuhan pokok tetapi ianya menjadi amaran kehadiran serangga-serangga perosak tanaman yang juga membawa penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus. Ianya juga memberi kesan kepada warna kulit buah semasa matang. Ianya disebabkan oleh beberapa jenis kulat, tetapi yang utamanya ialah Capnodium citri. Kulat ini bukanlah parasit tetapi hidup dengan memakan madu di permukaan pokok yang dikeluarkan oleh serangga tertentu terutamanya afid, 'scale insect' dan larva kepada 'Whitefly'. Tiada kawalan perlu dibuat ke atas penyakit ini. Dengan mengawal serangga-serangga pembekal madu atau gula kepada kulat ini, ianya akan terkawal secara tidak langsung. Kulapuk boleh juga dihilangkan dengan menyembur minyak jenis yang tidak merosakkan pokok. Demikian 6 jenis penyakit utama limau untuk rujukan pembaca blog "Anim Agro Technology" kali ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui ruangan kome. Wasallam!.

TANAM LIMAU ... PENYAKIT APA...
PERLU TAHU... MANA BAHAYA...
KENAL SIMPTOM...DAN TANDA...
PERLU DIKAWAL...IA SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Limau Swasta,
Kulai, Johor,
Malaysia.
(14 JamadilAwal 1436H)


Demikianlah Artikel LIMAU - JENIS PENYAKIT

Sekianlah artikel LIMAU - JENIS PENYAKIT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LIMAU - JENIS PENYAKIT dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/03/limau-jenis-penyakit.html