Judul : KELULUT - PROJEK SG TERAP
link : KELULUT - PROJEK SG TERAP
KELULUT - PROJEK SG TERAP
Projek ternakan KELULUT (Trigona spp) di Kampong Sungai Terap, Kuala Selangor merupakan satu projek apikultur yang sedang berkembang dengan baik. Penulis juga telah sempat berbincang dan memberikan khidmat kepakaran mengenai ternakan kelulut kepada Hj Hasan dan beberapa penduduk kampong serta pegawai-pegawai yang mengiringi lawatan yang dianjurkan oleh Pegawai Pertanian Kuala Selangor. Di sekeliling kampong Sg Terap mempunyai pelbagai sumber nektar untuk ternakan kelulut seperti pokok kelapa, pokok pinang, rumput israel, pokok senduduk, pokok akasia, bunga pukul sembilan, Honolulu creepers dan banyak lagi. Di sekeliling rumah Hj Hasan terdapat sebanyak 18 koloni kelulut yang diternak semenjak 2 tahun dahulu. Pada satu waktu dahulu beliau pernah memelihara sebanyak lebih 45 koloni dan ia berkurangan disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah kerana kekurangan tenagakerja untuk meguruskan koloni, kekurangan sumber makanan, aktiviti penebangan beberapa pokok kelapa dimana kesannya ia telah menjadikan kawasan ternakan kelulut menjadi lebih panas. Faktor yang paling ketara disebabkan oleh aktiviti meracun rumpai diladang baru tanaman kelapa sawit berhampiran dengan rumahnya. Satu demi satu koloni kelulut menjadi lemah dan akhirnya pupus mungkin juga diakibatkan dari terkena racun rumpai yang disembur iaitu dikawasan berhampiran. Ada beberapa bentuk sarang kelulut yang ujud diperkarangan rumahnya dengan pelbagai perbezaan antara koloni. Katanya terdapat beberapa koloni Trigona itama dan juga Trigona thoracica yang dipelihara. Sumber koloni didapati daripada Jabatan Pertanian Daerah dan juga sebahagian yang dicari sendiri oleh beliau. Haji Hasan telah menghadiri kursus ternakan kelulut anjuran Jabatan Pertanian dan MARDI dahulu. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai prestasi pengurusan ternakan kelulut Hj Hasan di Kg Sungai Terap, Kuala Selangor sebagai satu penilaian untuk dijadikan bahan rujukkan kepada pembaca semua.
Melihat kepada persekitaran kawasan ternakan, didapati keadaan sekeliling merupakan jenis tanah gambut yang nipis dan kurang tumbuhan (less vegetation). Pokok kelapa jenis Kelapa Tinggi (Malayan Tall), Kelapa Matag serta beberapa pokok kelapa SGG ditanam dengan semuanya telah berbuah. Pokok kelapa tinggi melebihi 100 kaki tetapi pokok Matag dan SGG sekitar 15 - 20 kaki sahaja tingginya. Hj Hasan menyatakan sekarang memang agak kekurangan sumber makanan kelulut dikawasan ternakan. Terkini beliau ada juga berusaha menanam 10 kaki pokok bunga Honolulu Creepers dan 6 pokok pinang yang sedang aktif berbunga dan dikunjungi kelulut dengan jelas. Selain itu ada beberapa pokok mangga, pokok rambutan dan pokok jambu batu yang matang dan berbunga. Laluan kekawasan masuk kerumah Hj Hasan ditambak dengan tanah merah dan koloni kelulut disusun dalam kedudukan yang sesuai untuk diuruskan (Sila lihat foto disebelah). Pemerhatian penulis mendapati bunga dari pokok pinang (foto dibawah) merupakan bunga paling disukai oleh kelulut semasa lawatan (sekitar jam 9.30 pagi) diikuti dengan kunjungan kelulut kepada bunga Honolulu creepers. Didapati beberapa rumah kelulut terdedah kepada sinaran panas matahari dimana ia sepatutnya dialihkan kekawasan yang lebih redup dan sejuk. Sarang kelulut dan koloni kelulut tidak menyukai jika ia terdedah panas. Perkara ini juga disahkan oleh Hj Hasan dimana beliau akan cuba untuk pindahkan kotak koloni kelulut tersebut (ada 3 sarang) kekawasan baru cuma beiau tidak sempat melakukannya.
Dalam menunjukkan cara pengurusan ternakan kelulut, Hj Hasan menggunakan beberapa teknik ternakan. Kotak Kayu dan Kotak Papan digunakan dengan cara yang berbeza cara pengurusannya. Kotak koloni yang dibuat daripada papan dimana didalamnya dibuat dinding pengasing antara kawasan bertelur di sebelah pintu masuk dengan bahagian atau kompartment menyimpan madu disebelah lagi. Dinding pemisah diperbuat daripada bahan plastik lutsinar yang membolehkan dan memudahkan proses pemeriksaan koloni kelulut. Dakwanya, teknologi cara ini murah dan praktikal berbanding dengan cara pengurusan menggunakan kotak kayu (sila lihat foto diatas). Koloni dalam kotak papan juga membolehkan Hj Hasan melihat kantung madu dan kom kelulut dengan mudah. Teknologi dengan menggunakan kotak kayu sama dengan teknik yang lazim diamalkan oleh penternak lain. Kotak Super yang diletak diatas kotak kayu akan menyimpan madu dan propolis dan boleh dituai dengan membuka penutupnya. Hj Hasan telah menunjukkan teknik menuai madu kelulut dengan menggunakan penyedut (shrink) dan menyimpan dalam bekas madu. Semasa lawatan didapati banyak kantung madu kelulut yang penoh kerana musim panas yang agak panjang. Bagaimana pun kualiti madu yang disedut dari bekas plastik masih kurang memuaskan penulis.
Dalam kotak super didapati Hj Hasan meletakkan 'plastik super' berwarna hitam untuk kelulut menyimpan madunya (Sila lihat foto disebelah). Dalam lubang plastik akan diisikan dengan madu kelulut dan apabila penoh ianya akan ditutup. Dalam memberi nasihat kepakaran, penulis mengingatkan agar penternak lebah kelulut tidak mengisi madu lebah atau madu komersil dalam lubang pada kotak plastik super. Ini membolehkan kelulut akan menutup madu tersebut dengan cepat dimana ia akan di'ikatakan' sebagai madu kelulut secara fizikalnya. Tetapi sebenarnya cara 'cepat kaya' ini tidak boleh dilakukan kerana ia akan merosakkan industri penternakan kelulut. Bagaimana pun pakar madu kelulut tahu membezakan diantara madu lebah kelulut asli sebenar dengan madu kelulut dari madu lebah biasa sebagai madu tiruan dengan mudah. Madu kelulut adalah lebih masam dengan citarasa khusus. Penulis blog menasihatkan bakal penternak kelulut tidak menggunakan cara menternak kelulut TIDAK BETUL agar tidak akan menipu pelanggan seterusnya akan menghilangkan kepercayaan pengguna dan menjejaskan industri yang berpotensi ini. Diharap tulisan ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!....
KG SG TERAP... HAMPIR LAUT..
HJ HASAN...MENTERNAK KELULUT...
ADA KOLONI... PAPAN KAYU DIBUAT...
DIAMBIL MADU ...RASANYA KUAT...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Sg Terap, Kuala Selangor,
Selangor, Malaysia.
(18 JamadilAwal 1436H)

Demikianlah Artikel KELULUT - PROJEK SG TERAP
Sekianlah artikel KELULUT - PROJEK SG TERAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KELULUT - PROJEK SG TERAP dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/03/kelulut-projek-sg-terap.html