Judul : SUP KAMBING
link : SUP KAMBING
SUP KAMBING
SUP KAMBING merupakan sejenis makanan sup dengan ramuan utama adalah daging kambing yang popular di Malaysia dan negara jiran. Walau pun ramai dikalang orang Malaysia masih takut untuk makan daging kambing sama ada dimasak kari, masak kicap, dijadikan steak, sate kambing dan suo kambing tetapi pemikiran dan kepercayaan ini telah sedikit sebanyak berkurangan. Ramai mendakwa selepas makan daging kambing akan mendapat pening kepala dan ambil panadol kemudian. Ada pula dikalangan mereka tidak suka makan sup kambing atau daging kambing kerana dakwanya ianya 'berbau' terutama jika menggunakan kambing kampong jantan (Kambing bobok). Pemilihan daging kambing yang segar dan kaedah penyembelihan dan pemotongan yang betul membolehkan mereka yang masak sup kambing akan dapat nilai terbaik terhadap sup kambing yang disediakannya. Penjual sup kambing selalunya akan membuat jualan pada premis khusus atau kenderaan bergerak tetapi pelanggannya akan datang untuk dapat menikmatinya. Penulis memang amat minat dengan sup kambing yang suam panas dan dimakan bersama dengan roti atau nasi putih. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sup kambing yang semakin popular dikalangan masyarakat Malaysia untuk rujukkan dan menambah ilmu anda.
Hidangan sup kambing ini paling sesuai dihidangkan pada waktu tengahari, petang dan waktu malam. Ia agak jarang diambil pada waktu pagi. Ia boleh diambil terus begitu sahaja atau dimakan bersama nasi putih, roti, roti canai dan sebagainya mengikut selera. Di negara kita terdapat pelbagai jenis sup kambing yang mungkin anda jumpa mengikut lokaliti, populariti dan resepi yang digunakan. bagaimana pun penulis mendapati antara jenis sup Kambing yang biasa dijual atau didengar seperti Sum Kambing Kampong, Sop Kambing Asli, Sop Kambing Arab, Sup Kambing Arab (Sila lihat foto disebelah), Sup Kambing Berempah dan Sup Kambing Mamak. Selain itu ada jenis up kambing yang diber nama pemilik kedai atau nama tempat ia dijual seperti Sup Kambing Ayob, Sup Kambing kelang dan beberapa lagi. Diantara jenis sop tersebut rasanya jenis telah dikomersilkan adalah Sup Kambing Berempah dan sup Kambing Mamak. Ini kerana kalau anda berkunjung kekedai Mamak (Rantaian 786) pada bila-bila masa dan minta sup kambing akan dihidangkan terutama restoren yang beroperasi 24 jam dikawasan yang ramai pelanggannya. Kali ini saya cuba paparkan dua jenis resepi jeni sup popular tersebut diatas untuk rujukan anda semua.
Pertama adalah SUP KAMBING BEREMPAH yang mana ia boleh disediakan sendiri atau dibeli dari kedai yang menjual. Bahan yang digunakan adalah daging kambing segar dengan kuantiti secukupnya, 3 biji bawang merah yang perlu dihiris, 2 ulas bawang putih yang juga dihiris, 1 inci halia yang perlu dihiris dan 10 tangkai cili api atau lebih kalau hendak rasa lebih pedas lagi (perlu dihiris). Bahan lain adalah seperti 2 sudu besar rempah sup adabi (boleh juga ditambahkan dengan air untuk dijadikan paste), sebanyak 2 sudu besar rempah sup lain (ditambahkan dengan air atau boleh dijadikan paste), daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Selain itu pastinya diperlukan garam secukup rasa dan sedikit minyak masak untuk menumis. Semua bahan-bahan ini perlu ditumis dengan sedikit minyak sehinga terit bau dan masukkan air secukupnya. Kemudian masukkan daging kambing dan reneh sehingga daging kambing menjadi empuk. Apabika empuk matikan api dan tambah daun sup, daun bawang serta bahan hiasan lain untuk menambah perisa.
Paling popular adalah SUP KAMBING MAMAK yang mudah kita dapati di restoren mamak. Bagaimana pun kita dirumah boleh menyediakan sendiri sup kambing mamak dirumah berdasarkan resepi yang saya paparkan. Sup jenis ini agak berminyak sedikit dan pekat jika ianya adalah dari stok yang hampir habis tetapi cair sedikit jika ianya stok baru (Sila lihat foto disebelah). Resepi Sup Kambing Mamak adalah antara hidangan yang cukup lazat dan diminati oleh semua gulongan maysarakat majmuk di Malaysia. Kita hanya perlukan masa semala 20 minit menyediakan bahan masakan dan 40 minit untuk memasaknya. Hidangan untuk seramai 6 - 8 orang ini memerlukan bahan iaitu 1 kilo kambing (rusuk), 2 sudu besar minyak masak, 3 sudu besar rempah sup/kurma yang dibancuh dengan sedikit air, 4 biji kentang dibelah empat dan 1 batang carrot yang dipotong kecil-kecil. Seterusnya adalah bahan iaitu 1 pokok daun sup dan daun bawang dihiris, 5 cawan air, 1 batang serai yang perlu diketuk, sedikit Garam dan Bawang goreng. Untuk bahan tumbuk digunakan 7 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 3 cm halia dan 1 sudu kecil lada hitam. Bagi bahan rempah tumis diperlukan 1 inci kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 kuntum bunga cengkih dan juga 2 biji buah pelaga. Cara menyediakan dengan daging kambing perlu dibasuh dan potongkan kecil0kecil. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis. Masukkan rempah sup atau rempah kurma, kambing dan kacau sehingga rata. Kemudian dimasukkan air, serai dan garam dan dibiarkan mendidih. Masukkan kentang, carrot biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut kemudian di tutup api dan angkat. Kemudian dimasukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup dan daun bawang. Semuga artikel ini dapat memberikan ilmu tambahan kepada anda semua. Wasallam!.
SUP KAMBING... ADUH ENAKNYA...
KAMBING KAMPONG... SEGARNYA...
ENAK DIMAKAN... MASA PANASNYA..
SUP KAMBING MAMAK... PEKENA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Restoren DaruSalam,
Presint 9, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(21 RabiulAkhir 1436H)

Demikianlah Artikel SUP KAMBING
Sekianlah artikel SUP KAMBING kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SUP KAMBING dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/02/sup-kambing.html