Judul : PADI MR219 - PENCIRIAN
link : PADI MR219 - PENCIRIAN
PADI MR219 - PENCIRIAN
VARIETI PADI MR 219 adalah sejenis varieti padi yang telah diistiharkan oleh kerajaan pada tahun 2001 dan terus popular sehingga artikel ini ditulis. Ia merupakan sebahagian daripada 41 varieti padi yang telah diistiharkan untuk ditanam pesawah semenjak tahun 1964 lagi. Keluasan tanaman padi di Malaysia 673,745 hektar diusahakan oleh seramai 172,230 orang pesawah dengan pecahannya seramai 125,090 penanam padi di Semenanjung Malaysia, seramai 38,220 di Sarawak dan seramai 8,920 di Sabah. Kebanyakan penanam padi huma terdapat di Sarawak meliputi 60-65% daripada jumlah penanam padinya. Terdapat beratus-ratus varieti padi sawah dan varieti padi huma yang ditanam di Malaysia tetapi hanya beberapa varieti sahaja yang popular dan ditanam secara meluas. Varieti MR219 telah ditanam dibanyak lokasi sawah sama ada dalam kawasan jelapang padi atau luar jelapang padi semenjak 14 tahun dahulu. Penulis yang pernah bertugas di Johor mendapati varieti MR219 banyak ditanam dikawasan Sawah Mersing, Sawah Sagil, Sawah Sungai Balang, Sawah Kesang dan sawah Sungai Ring. Selain daripada ia tahan serangan penyakit dan perosak, hasil yang dituai dari varieti ini adalah amat memuaskan. Kebanyakan benih padi sah dibekalkan oleh Jabatan Pertanian pada waktu itu sebelum diambil alih oleh syarikat dilantik. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai padi popular varieti MR219 untuk dijadikan bahan rujukan anda.
Padi varieti MR219 mempunyai pencirian dimana panjang biji adalah 11.16 mm dan lebar biji adalah 2.28 cm (Sila lihat jadual diatas). Ukuran panjang tangkai pula adalah sekitar 22 cm dengan peratus biji yang bernar dikira sebanyak 74%. Kadar kandungan hampa adalah 26$ dan berat bagi setiap 1,000 biji padu adalah 27 gram. Ia merupakan varieti padi yang sesuai. Padi ini dihasilkan melalui projek Pembentukan Varieti Untuk Sistem Tanaman Tabur Terus yang dimulakan pada awal tahun 1988. Berbeza dengan varieti-varieti yang terdahulu, varieti ini dihasilkan melalui sistem tanaman tabur terus di semua peringkat pemilihan dan penilaian kecuali di peringkat pembiakan generasi F1 dan pembiakan biji benih. Oleh itu varieti ini memenuhi sebahagian besar ciri-ciri yang diperlukan untuk pengeluaran hasil yang tinggi di bawah sistem tanaman tabur terus.
Dihasilkan melalui kacukan antara baka MR 137 dan baka MR 151 yang dilakukan pada musim luar 1991. Baka MR 137 mempunyai ciri-ciri bentuk pokok yang baik, umur matang yang singkat, saiz dan rupa bentuk biji serta cita rasa nasi yang sangat baik. Baka MR 151 pula mempunyai kebaikan pada ciri-ciri masa yang seragam pada tangkai dan ciri senesen daun. Dari segi kerintangan terhadap musuh dan penyakit, MR 137 rintang terhadap benah perang, MR 151 rintang terhadap Penyakit Merah dan kedua-duanya adalah rintang terhadap Karah dan Hawar Daun Bakteria. Varieti MR 219 didapati mewarisi sebahagian besar ciri-ciri yang baik terdapat baka-baka induk ini. Kandungan amilosa MR 219 adalah rendah sekitar 21.4%. Ini menyebabkan cit rasa nasinya lembut. Baka MR 219 adalah baka yang berdaun lebat. Pembajaan awal (peringkat permulaan) tidak perlu melebihi kadar subsidi yang disumbangkan oleh kerajaan. Penanaman padi varieti MR219 boleh dikatakan berjaya kerana varieti ini dapat bertahan lama ditanam oleh pesawah. Wasallam!
PADI MR219....NAMA VARIETI...
HASIL KAJIAN...OLEH MARDI...
LUAS DITANAM... MERATA NEGERI...
PESAWAH HAPPY...DAN PUAS HATI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 108, The Leverage Hotel,
12, Jalan Lengkok Sari, 05150,
Bandar Baru Mergong,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
12, Jalan Lengkok Sari, 05150,
Bandar Baru Mergong,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(14 RabiulAwal 1436H)
Demikianlah Artikel PADI MR219 - PENCIRIAN
Sekianlah artikel PADI MR219 - PENCIRIAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PADI MR219 - PENCIRIAN dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/02/padi-mr219-pencirian.html