Judul : KOKO - VARIETI DI SYORKAN
link : KOKO - VARIETI DI SYORKAN
KOKO - VARIETI DI SYORKAN
KOKO (Theobroma cacao L) merupakan sejenis tanaman industri yang menghasilkan buah dan bijii koko yang mana ia kemudian dijadikan produk berasaskan coklat. Pengeluaran biji koko dunia adalah sekitar 3.5 juta metrik tan setahun dengan Ivory Coast merupakan pengeluar utama biji koko sebanyak 1.238 juta mt setahun atau 34.5% dari jumlah dalam pengeluaran dunia. Negara kedua pengeluar biji koko adalah Ghana diikuti dengan Indonesia, Cameroon, Nigeria, Brazil, Ecuador dan Malaysia menyumbang sebanyak 32,000 mt setahun atau 0.9% dari pengeluaran biji koko dunia (Sila lihat jadual dibawah). Tanaman koko di Malaysia adalah tanaman komoditi ketiga terpenting selepas kelapa sawit dan getah. Pada tahun 2009, komoditi ini menyumbang RM3.23 billion kepada pendapatan negara. Statistik jumlah keluasan tanaman koko di Malaysia adalah 20,561 hektar di mana pekebun kecil mewakili 87% daripada keseluruhan kawasan penanaman. Sarawak mempunyai kawasan penanaman koko paling luas iaitu 5,551 ha (40.4%) diikuti dengan Sabah seluas 5,050 (36.8%) dan Semenanjung Malaysia seluas 3,127 hektar (22.8%). Pengeluaran biji koko kering pada tahun yang sama adalah 18,152 tan dengan purata pengeluaran nasional 1.3 tan sehektar. Jumlah pengeluaran ini hanya mampu menampung 6.5% keperluan industri pengisaran semasa iaitu 279,000 tan pada 2009. Sektor pengisaran koko terus berkembang pesat dengan kapasiti pengisaran semasa adalah 360,000 tan biji koko kering setahun. Malaysia kini menduduki tangga kelima di antara negara pengisar koko utama dunia dan terbesar di kalangan negara Asia-Oceania. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa varieti koko yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia.
Jadual 1: Pengeluaran biji koko dunia 2013
Sumber: FAO Reports
Terdapat 5 varieti koko yang di syorkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk ditanam di Malaysia berdasarkan kepada potensi hasil dan beberapa faktur lain. Pada masa ini 5 varieti atau juga dipanggil sebagai klon koko yang sesuai untuk ditanam adalah KKM 22, MCBC1, PBC 123, QH 1003 dan MCBC 8. Walau pun saya belum kenal semua klon koko tersebut tetapi dengan menulis artikel yang saya petik dari buku Manual Teknologi Tanaman Koko keluaran Lembaga koko Malaysia akan membantu ramai petani dan mereka yang berminat dengan industri koko di Malaysia. Penanaman koko digalakkan agar menggabungkan 3-6 jeni klon yang disyorkan untuk mengurangkan risiko serangan serangga perosak dan penyakit. Ini kerana setiap klon koko mempunyai sifat aspek pengeluaran, produktiviti, kualiti biji, ketahanan terhadap serangan adalah sama. Sebaiknya klon dipilih tahan dari serangan Mati Rosot Jejalur Vaskular (VSD) dan Buah Hitam (BP) disamping kualiti biji dan hasil tinggi.
1) KKM 22
KKM bermaksud Koko Keluaran MARDI nombor 22 dimana ia mempunyai potensi hasil biji kering 2,420 kg /ha/ tahun. Bilangan buah koko sepokok adalah purata sebanyak 58.1 biji. Indeks Buah adalah 24.0 dengan purata berat biji koko kering adalah 1.09 gram. Purata bilangan biji per buah adalah 38 dengan kadar kandungan lemak sebanyak 57%. Kandungan serbuk koko adalah 31.0%. Ketahanan terhadap Matirosot Jejalur Vaskular (VSD) adalah kategori Sederhana Rintang dan terhadap Buah Hitam (BP) adalah kategori Sederhana Rintang. Klon ini Tidak Serasi berdasarkan kepada 1,111 pokok sehektar.
2) MCBC 1
MCBC bermaksud Malaysia Cocoa Board Clone nombor 1 dimana ia mempunyai potensi hasil biji kering 3,590 kg /ha/ tahun. Bilangan buah koko sepokok adalah purata sebanyak 68.9 biji. Indeks Buah adalah 19.2 dengan purata berat biji koko kering adalah 1.30 gram. Purata bilangan biji per buah adalah 39 dengan kandungan lemak sebanyak 56%. Kandungan serbuk koko adalah 34.3%. Ketahanan terhadap Matirosot Jejalur Vaskular (VSD) adalah kategori Rintang dan terhadap Buah Hitam (BP) adalah kategori Sederhana Rintang. Klon ini Tidak Serasi berdasarkan kepada 1,111 pokok sehektar.
3) PBC 123
PBC bermaksud Prang Besar Clone (Kini sudah jadi Putrajaya) nombor 123 dimana ia mempunyai potensi hasil biji kering 2,550 kg /ha/ tahun. Bilangan buah koko sepokok adalah purata sebanyak 58.7 biji. Indeks biji per buah adalah 23.0 dengan purata berat biji koko kering adalah 1.04 gram. Purata bilangan buah sebiji adalah 42 dengan kandungan lemak sebanyak 53%. Kandungan serbuk koko adalah 33.8%. Ketahanan terhadap Matirosot Jejalur Vaskular (VSD) adalah kategori Rintang dan terhadap Buah Hitam (BP) adalah kategori Sederhana Rintang. Klon ini Serasi berdasarkan kepada 1,111 pokok sehektar.
4) QH 1003
Klon ini mempunyai potensi hasil biji kering 2,030 kg /ha/ tahun. Bilangan buah koko sepokok adalah purata sebanyak 50.5 biji. Indeks Buah adalah 24.9 dengan purata berat biji koko kering adalah 1.36 gram. Purata bilangan biji per buah adalah 31 dengan kandungan lemak sebanyak 53%. Kandungan serbuk koko adalah 31.9%. Ketahanan terhadap Matirosot Jejalur Vaskular (VSD) adalah kategori Rintang dan terhadap Buah Hitam (BP) adalah kategori Sederhana Rintang. Klon ini Tidak Serasi berdasarkan kepada 1,111 pokok sehektar.
5) MCBC 8
MCBC bermaksud Malaysia Cocoa Board Clone nombor 8 dimana ia mempunyai potensi hasil biji kering 3,510 kg /ha/ tahun. Bilangan buah koko sepokok adalah purata sebanyak 59.9 biji. Indeks Buah adalah 17.1 dengan purata berat biji koko kering adalah 1.50 gram. Purata bilangan biji per buah adalah 40 dengan kandungan lemak sebanyak 54.7%. Kandungan serbuk koko adalah 33.1%. Ketahanan terhadap Matirosot Jejalur Vaskular (VSD) adalah kategori Rintang dan terhadap Buah Hitam (BP) adalah kategori Sederhana Rintang. Klon ini Tidak Serasi berdasarkan kepada 1,111 pokok sehektar.
Diharap penulisan mengenai klon koko ini memberikan info berguna kepada anda seua. Wasalam!.
VARIETI KOKO... BANYAK JENISNYA...
PILIH TERBAIK... TETAPI YANG MANA...
BENIH DIPILIH... PASTI SUMBERNYA...
SUDAH BERHASIL... GEMBIRANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Inovasi dan Teknologi Koko,
Nilai, Negeri Sembilan,
Malaysia.
(27 Safar 1436H)
Demikianlah Artikel KOKO - VARIETI DI SYORKAN
Sekianlah artikel KOKO - VARIETI DI SYORKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KOKO - VARIETI DI SYORKAN dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/01/koko-varieti-di-syorkan.html