Judul : KOPI - PENYEDIAAN BENIH
link : KOPI - PENYEDIAAN BENIH
KOPI - PENYEDIAAN BENIH
BENIH KOPI (Coffea spp) disediakan sebelum penanaman kopi dilakukan diladang. Pembiakan kopi dengan biji benih adalah teknik yang lazim dilakukan untuk menyediakan anakbenih tanaman kopi. Penanaman kopi di Malaysia kini hanya tinggal seluas 3,474 hektar dengan Negeri Sabah mempunyai kawasan tanaman kopi seluas 2,220 hektar diikuti Johor dengan kawasan seluas 1,116 hektar sahaja. Pengeluaran benih kopi kini masih di jalankan di Sabah dan Johor (Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat, Johor) untuk menampung keperluan bagi benih kopi. Lazimnya biji-biji kopi dari jenis terpilih (Kopi Jenis Liberica paling banyak ditanam di Malaysia) dipilih dari pokok yang sihat, matang dan subur. Buah untuk benih mestilah betul-betuk masak dengan elakkan menyimpan buah kopi lebih dari dua bulan untuk dijadikan benih. Jika buah kopi disimpan melebihi 2 bulan lazimnya ia lambat bercambah dan juga peratus percambahannya juga kurang. Penulis telah beberapa kali membuat penelitian aktiviti penyemaian benih kopi untuk dikongsi bersama pembaca. Pada keadaan suhu 27.8 Celcius biasanya biji kopi akan bercambah dalam masa 3-4 minggu sahaja (Sebulan). Bagaimana pun jika suhu kurang daripada itu maka proses percambahan mengambil masa 6 minggu hingga 12 minggu (3 bulan). Kawasan seluas 0.4 hektar (1 ekar) memerlukan biji benih sebanyak 840 gram atau lebihkurang sebanyak 2,000 biji bagi kopi jenis liberica (Coffea liberica). Aritkel malam jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi penyediaan benih kopi untuk dijadikan rujukan pembaca blog dan petani semua.
Buah kopi untuk dijadikan benih terpilih akan dipecahkan kulitnya dengan menggunakan tangan. Kemudian biji-biji ini akan direndam dalam air selama 2 hari untuk melembutkan selaputnya. Kemudian selaputnya perlu dibuang dan meninggalkan biji-biji yang ringan dan pastikan jika ada biji yang rosak maka ia perlu dibuang. Kemudian apa yang penulis lihat dan dipraktikkan petani adalah dengan terus mengeringkan biji-biji kopi tersebut dibawah naungan (jangan dijemur dibawah panas matahari sebab kualiti biji akan rosak disebabkan kepanasan). Apabila biji kopi sudah cukup kering maka ia direndam sekali lagi dalam air bersih selama 24 jam untuk memudahkn proses percambahan. Biji kopi yang disediakan ini seterusnya boleh disemai. Pastikan jangan simpan biji-biji yang sudah disediakan terlalu lama kerana kadar percambahannya akan menurun akibat simpanan. Sediakan tapak semaian dengan membuat kepungan papan dan mengisi dengan media tanaman (tanah campuran, cocopeat dan sebagainya). Benih juga boleh dimasukkan terus kedalam kotak semaian atau polibeg yang ada media semaian. Masukkan biji benih sedalam 1 - 3 cm dalam media tanaman atau tanah. Jarak biji dalam kotak semaian sekitar 5 - 8 cm (Sila lihat foto disebelah). Tapak semaian hendaklah dilindungi dari matahari terik. Tanah atau media tanaman sebaiknya menggunakan tanah atas dan dicampur dengan 30 gram CIRP dan 30 gram baja kimia atau baja organik. Media tanaman yang mempunyai bahan organan baik untuk percambahan biji kopi.
Apabila anak benih sudah mengeluarkan 3-4 pasang daun maka ianya hendaklah boleh dipindahkan ketapak semaian yang terakhir atau dalam plastik polibeg yang lebih besar. Polibeg ini akan memberikan ruang kepada akar untuk membesar dan memudahkan pengangkutan keladang (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya jarak susunan polibeg ditapak semaian adalah 30cm. Pastikan tapak semaian didirikan lindungan dengan netting yang perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat. Simpan benih dalam tapak semaian sehingga 4 bulan dimana apabila benih sudah pun mempunyai purata 8 pasang daun terbentuk maka ianya boleh dialih keladang. Penting diingatkan jika polibeg plastik digunakan, penggunaan polibeg besar ini bagi mengelakkan kerosakkan pada akar semasa pemindahan sebelum aktivit menanam diladang. Sekiranya semaian lambat diubah keladang maka proses pembesaran akar tunjang terganggu selapas ditanam dan kesannya pertumbuhan peringkat awal diladang juga terganggu. Anak benih seperti ini sepatutnya di musnahkan sahaja dan elakkan dari menanamnya.
Pembiakkan Secara Tampang kopi boleh dilakukan dengan menggunakan dahan atau cabang tegak sepanjang 10-14 cm kayu lembut yang mengandungi 3-4 buku (node). Keratan tadi akan dicelup kedalam Hortomon A kemudian ia disemai dalam beg plastik yang berisi dengan tanah gambut 50% dan tanah pasir atau serbuk kayu 50%. Sekiranya sesuai lazimnya ia akan berakar selepas 3-4 bulan dan kemudian boleh dialihkan keladang. Teknik ini jarang dilakukan kerana agak susah menjaganya dinurseri. Teknik Cantuman Mata Tunas benih kopi juga sering dilakukan. Mata tunas dari baka kopi yang baik ari pokok induk terpilih adalah sesuai digunakan. Umur pokok penanti sebaiknya 4 bulan dengan tempay cantuman 14 cm dari paras tanah untuk elakkan cantuman yang dibuat kena percikan kotoran daripada tanah. Lekatkan mata tunas cantuman dan ikat serta balut dengan tape plasti seperti amalan cantuman biasa. Kemahiran pencantum sangat penting bagi menjayakan proses cantuman. Selepas 2 minggu biasanya mata tunas akan bercantum dan tumbuh 1 minggu kemudiannya. Buangkan tali pembalut selepas tumbuh dan calarkan bahagian batang pokok penanti untuk memberi tumpuan makanan kepada tunas baru. Lepas 2 bulan tunas tumbuh akan mengeluarkan daun. Buang batang atas pokok penanti dan anak benih sedia untuk ditanam diladang setelah mempunyai bilangan daun yang mencukupi. Wasallam!.
BENIH KOPI ... BIJI ASALNYA...
DISEMAI ... IKUT PROSEDURNYA..
IA DISIRAM ..SENTIASA DIJAGA...
BENIH BERKUALITI..GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Tenglu,
Mersing, Johor,
Malaysia.
(11 Safar 1436H)
Demikianlah Artikel KOPI - PENYEDIAAN BENIH
Sekianlah artikel KOPI - PENYEDIAAN BENIH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KOPI - PENYEDIAAN BENIH dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/12/kopi-penyediaan-benih.html