Judul : BANJIR - KESAN SEKTOR PERTANIAN
link : BANJIR - KESAN SEKTOR PERTANIAN
BANJIR - KESAN SEKTOR PERTANIAN
BANJIR (Floods) merupakan satu fenomena bagi negara kita yang berlaku setiap tahun sama ada ia pada tahap banjir besar atau banjir biasa. Mengikut Jabatan Meterologi dan JPS, kejadian banjir besar akan berlaku setiap 9-10 tahun sekali dan lebih teruk lagi setiap 50 tahun. Adakah banjir 2014 merupakan ulangan setiap 10 tahun atau 50 tahun?. Apa yang penulis ingat pada 2006 berlaku banjir besar di Johor (Kota Tinggi, Muar, Batu Pahat) dimana semasa itu penulis bertugas di Muar. Kini kira-punya kira memang banjir di Kelantan dan Terengganu (Juga Thailand dan Indonesia) memang ulang tahun seperti diramalkan. Penulis dapati kejadian El-Nino (Panas dan kering) yang berlaku pada Febuari - April 2014 memang teruk sekali tetapi kurang diwar-warkan. Keadaan banjir tahun ini sama seperti tahun 2006 dimana kejadian air laut pasang besar dan lambat air berlebihan untuk turun. Apa petanda ia diperingkat awal?. Tahun 2014 berlaku udara sejuk di Kuala Krai sehingga menurun hingga 20 Celsius, buah kurma keluar dengan banyak di Kota Bharu, Buah Dokong juga melambak sampai tidak laku dipokok di Kelantan dan beberapa isu lagi. Banjir tahun 2014 mengikut berita di TV dan lebih hebat jika anda melayari internet dan WhatApps amat teruk sekali. Apakah kesannya terhadap sektor pertanian selepas banjir?. Ini adalah perkara penting yang akan dibincang dalam kes penulisan kali ini. Banjir memberikan kesan Tidak Ketara dan Kesan Ketara. Kerosakan Ketara melibatkan Kerosakkan Langsung dan Kerosakkan Tidak Langsung. Kerosakkan Langsung adalah kerosakan pada tanaman, ternakan, kenderaan, rumah, hartabenda, peralatan, kemudahan awam dan sebagainya. Kerosakan Tidak Langsung pula seperti gangguan bisnes, suasana hidup, komunikasi, kesesakan lalulintas, kos tambahan, bantuan penyelamat dan sebagainya. Bagi Kesan Tidak Ketara seperti Kematian, Sakit, Tekanan, Kebimbangan dan Kualiti Alam Sekitar. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai kesan banjir terutama dalam sektor tanaman bagi memanaskan minda kita.
Seperti biasa sebagai langkah bantuan banjir lazimnya langkah kerajaan telah menyediakan pelbagai bayaran pampasan kepada mangsa banjir, termasuk petani. Pemberian wang tunai sebanyak RM200 sekeluarga selepas banjir pertama melanda, RM200 selepas banjir kedua dan tambahan RM500 apabila mereka pulang ke rumah pernah diberikan. Penulis pernah menguruskan bantuan tanaman di Daerah Muar sebanyak RM3.2 juta untuk mangsa banjir di daerah Muar tahun 2006. Bayaran melalui Agrobank dilakukan dengan sistematik. Bentuk kadar insentif kerugian dan pampasan yang pernah digunakan untuk diberi kepada petani-petani penanam Padi adalah (RM573 sehektar), Sayur-sayuran (RM2,000 sehektar), Buah-buahan (RM1,000 sehektar), Lembu Daging (RM700 seekor) dan Penternak Akuakultur (RM1,500 sehektar). Jika dimasukkan kos pembersihan kawasan dan kemusnahan peralatan, mungkin pampasan ini tidak mencukupi. Menganggar kerugian ekonomi terutama untuk sektor pertanian, tidak semudah yang dijangkakan. Ini kerana ketiadaan pangkalan data yang lengkap di agensi kerajaan yang berkenaan. Jika jabatan berkenaan telah membina pangkalan data yang komprehensif mengenai kawasan masing-masing, anggaran mudah dibuat, sekali gus akan memudahkan pengiraan pampasan yang perlu diberikan. Pangkalan data yang komprehensif adalah gudang data yang dikemas kini dari tahun ke tahun tentang pelbagai maklumat pertanian sesuatu kawasan daripada profil petani sehingga hasil pertanian mereka, input yang digunakan dan juga sumber input yang digunakan. Jika berlaku perubahan, beberapa anggaran boleh dibuat tentang kesan perubahan kepada sektor tersebut. Sebagai contoh, selain banjir, kita boleh menganggar kesan kenaikan harga petrol iaitu dikatakan 10 peratus kepada kos pengeluaran pertanian lantas ke atas pendapatan petani dan juga harga kepada pengguna.
Dalam mengatasi isu kerugian akibat banjir, bantuan diberikan bukanlah satu hak tetapi merupakan insentif sahaja. Penggunaan insuran tanaman dan pertanian masih tidak berlaku dengan berkesan di negara kita. Sebenarnya Malaysia boleh meramal apakah kerugian ekonomi apabila banjir berlaku kepada sektor pertanian sesuatu kawasan. Anggaran yang baik membolehkan kerajaan membuat keputusan tepat dan kerugian dapat dielakkan. Sebagai contoh, anggaran untuk kerugian yang tepat, memungkinkan kerajaan menganggar nilai kerugian yang sesuai untuk petani memulakan semula aktiviti pertaniannya. Insentif ini akan membantu kerajaan merancang rancangan pemulihan kawasan dan juga industri pertanian. Bagaimana pun dahulu diantara gejala yang diperhatikan kesan daripada ketiadaan pangkalan data yang lengkap adalah ketirisan dalam wang bantuan yang diberikan walau pun kini ia jarang berlaku. Kajian penulis mendapati amat kurang atau tiada berlaku ketirisan wang bantuan pertanian yang diberikan di Daerah Muar pada tahun 2007 semasa bantuan ini diberikan. Semua wang tunai disampaikan melalui sistem yang ketat melalui Majlis Rasmi dan sampai ke golongan sasaran. Mangsa banjir dan waris (darioada luar daerah Muar seperti di Singapura, Kuantan, Kuala Lumpur) telah hadir sendiri dalam Majlis penyerahan atau pun memberikan nombor akaun untuk dimasukkan dalam akaun Agrobank. Maka beberapa tuduhan orang luar memang tidak tepat berlaku ketitisan tersebut.
Lazimnya Jabatan dan Agensi kerajaan memang murah hati dengan bantuan. Sikap ini sungguh membanggakan dan cara serta mekanisme memberi bantuan adalah sistematik dengan Pejabat Daerah terlibat mengetuai semua aktiviti bantuan. Sistem sedia adalah cekap dan dapat menjamin bantuan sampai ke golongan sasaran dengan baik. Dakwaan laporan oleh UPM melalui kajian yang dilakukan selepas banjir kurang tepat dimana laporan menyebut bahawa semua agensi kerajaan yang terlibat seperti RISDA, MPOB, Jabatan Pertanian, Kemas, Pertubuhan Peladang, masing-masing menjanjikan bantuan kepada petani kurang berkesan. Sebenarnya jumlah bantuan yang dijanjikan memang tidak mencukupi untuk mangsa banjir untuk memulihkan sektor pertanian. Bantuan bukan untuk 'Gantirugi' tetapi cuma insentif sahaja bagi mereka memulakan aktiviti pertanian mereka. Laporan UPM mungkin kurang tepat kerana antara responden yang ditemuduga saya fikir mangsa banjir yang tidak mahu berpindah kepusat mangsa banjir dan tidak berdaftar dengan Jawatankuasa di Pusat Banjir atau Pejabat Daerah. Kawasan tanah mereka mungkin tidak teruk kena banjir dan hanya sekejap sahaja kena banjir. Golongan ini yang mendakwa tidak menerima bantuan banjir dan dilaporkan berlaku ketirisan oleh para penyiasat tersebut. Mungkin skala banjir kali ini agak di luar dugaan sehinggakan kerajaan kurang bersedia dengan mekanisme yang cekap untuk menangani krisis sebegini. Walau bagaimanapun krisis banjir ini boleh digunakan sebagai satu titik permulaan baru untuk membina satu mekanisme penyediaan pampasan ketika berlaku krisis. Laporan mengenai semua agensi perlu bersemuka untuk menyelaraskan sistem agihan untuk meminimumkan pertindihan dan menggunakan sumber dengan cekap adalah kurang tepat. Petani mungkin tidak mampu memulakan pertanian masing-masing tanpa sebarang bantuan tidak tepat malahan sebenarnya tanpa bantuan petani tetap bertani jika ia adalah punca pendapatan sebenar mereka. Pengalaman kemusnahan yang besar tidak mungkin mendorong mereka untuk meninggalkan pertanian dan memilih pekerjaan yang memiliki risiko yang lebih rendah seperti bekerja di kilang atau di bandar. Mereka masih tinggal dikampong untuk meneruskan aktiviti pertaniannya tanpa takut kerana fenomena banjir merupakan satu bencana alam yang berulang saban tahun cuma skalanya berbeza. Wasallam!.
BANJIR BESAR... ADA KESANNYA...
TANAMAN... MATI DIBUATNYA...
PERLU DIBANCI... LAPORAN DISEDIA...
PEGAWAI PERTANIAN... SUDAH BIASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 201, Chalet Teratak Atie,
Pengkalan Balak, Masjid Tanah,
Melaka, Malaysia.
(2 Muharam 1436H)
Setiap kali berlaku banjir besar, Pejabat Pertanian Daerah dan Negeri merupakan jabatan penting yang membuat taksiran nilai kerosakan pada tanaman. JPV akan membuat taksiran kerugian dalam sektor ternakan dan Jabatan Perikanan membuat taksiran dalam bidang ternakair. Pejabat Daerah pula akan membuat taksiran kerosakan hartabenda, infrastruktur dan lain-lain lagi. Siasatan mengenai kerosakan tanaman perlu dilakukan dengan cara membuat lawatan kekebun petani dan memeriksa kerosakan tanaman yang dimusnahkan air akibat banjir. Kepakaran pegawai ini menggunkan asas perkiraan dari anggara nuku cashflow jabatan pertanian yang disediakan. Bagi tanaman jangkapandek seperti sayuran, padi, jagung dan sebagainya ia akan musnah apabila tenggelam dalam air. Laporan kerosakkan tanaman ini akan dikumpulkan dan dihantar kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mendapatkan anggaran taksiran kerugian dan kemusnahan dialami oetani. Mengenai bantuan pertanian ia akan ditentukan oleh MKN. Kemusnahan pokok kekal seperti dusun buah-buahan terpilih agak lambat sedikit kelihatan seperti pokok durian, nangka, rambutan dan sebagainya tidak seperti pokok pisang dan nenas atau betik.
Dalam pemerhatian penulis yang telah bertugas di Pejabat Pertanian Daerah selam 15 tahun, kemusnahan yang melanda memang serius, terutama kepada tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, malahan pokok getah juga mengalami ‘wintering’ walaupun belum tiba masanya. Kelapa sawit sahaja yang nampaknya dapat bertahan dengan takungan air. Tanaman makanan boleh dikatakan 100 peratus musnah, yang juga bermakna petani yang terlibat dengan tanaman ini akan kehilangan pendapatan dalam jangka masa pendek - iaitu antara enam bulan hingga setahun. Bagaimana pun untuk pekebun kelapa sawit, produktiviti mungkin menurun apabila musim menuai, tetapi harga dijangka meningkat kesan daripada kekurangan penawaran. Pengusaha pertanian seperti penanam sayur, penternak lembu, pesawah pemilik nurseri dan penternak telah mengalami kerosakan yang serius. Penternak ini akan mengambil masa lebih daripada enam bulan untuk pulih beroperasi seperti biasa. Pendek kata banjir kali ini memusnahkan tanaman, maka memusnahkan sumber pendapatan dan pekerjaan di samping kerosakan infrastruktur. Pengeluar akan kehilangan sumber pendapatan dalam jangka masa dua-tiga bulan ini sehingga tanaman mereka dipulihkan. Proses ini mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan.
Dalam pemerhatian penulis yang telah bertugas di Pejabat Pertanian Daerah selam 15 tahun, kemusnahan yang melanda memang serius, terutama kepada tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, malahan pokok getah juga mengalami ‘wintering’ walaupun belum tiba masanya. Kelapa sawit sahaja yang nampaknya dapat bertahan dengan takungan air. Tanaman makanan boleh dikatakan 100 peratus musnah, yang juga bermakna petani yang terlibat dengan tanaman ini akan kehilangan pendapatan dalam jangka masa pendek - iaitu antara enam bulan hingga setahun. Bagaimana pun untuk pekebun kelapa sawit, produktiviti mungkin menurun apabila musim menuai, tetapi harga dijangka meningkat kesan daripada kekurangan penawaran. Pengusaha pertanian seperti penanam sayur, penternak lembu, pesawah pemilik nurseri dan penternak telah mengalami kerosakan yang serius. Penternak ini akan mengambil masa lebih daripada enam bulan untuk pulih beroperasi seperti biasa. Pendek kata banjir kali ini memusnahkan tanaman, maka memusnahkan sumber pendapatan dan pekerjaan di samping kerosakan infrastruktur. Pengeluar akan kehilangan sumber pendapatan dalam jangka masa dua-tiga bulan ini sehingga tanaman mereka dipulihkan. Proses ini mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan.
Seperti biasa sebagai langkah bantuan banjir lazimnya langkah kerajaan telah menyediakan pelbagai bayaran pampasan kepada mangsa banjir, termasuk petani. Pemberian wang tunai sebanyak RM200 sekeluarga selepas banjir pertama melanda, RM200 selepas banjir kedua dan tambahan RM500 apabila mereka pulang ke rumah pernah diberikan. Penulis pernah menguruskan bantuan tanaman di Daerah Muar sebanyak RM3.2 juta untuk mangsa banjir di daerah Muar tahun 2006. Bayaran melalui Agrobank dilakukan dengan sistematik. Bentuk kadar insentif kerugian dan pampasan yang pernah digunakan untuk diberi kepada petani-petani penanam Padi adalah (RM573 sehektar), Sayur-sayuran (RM2,000 sehektar), Buah-buahan (RM1,000 sehektar), Lembu Daging (RM700 seekor) dan Penternak Akuakultur (RM1,500 sehektar). Jika dimasukkan kos pembersihan kawasan dan kemusnahan peralatan, mungkin pampasan ini tidak mencukupi. Menganggar kerugian ekonomi terutama untuk sektor pertanian, tidak semudah yang dijangkakan. Ini kerana ketiadaan pangkalan data yang lengkap di agensi kerajaan yang berkenaan. Jika jabatan berkenaan telah membina pangkalan data yang komprehensif mengenai kawasan masing-masing, anggaran mudah dibuat, sekali gus akan memudahkan pengiraan pampasan yang perlu diberikan. Pangkalan data yang komprehensif adalah gudang data yang dikemas kini dari tahun ke tahun tentang pelbagai maklumat pertanian sesuatu kawasan daripada profil petani sehingga hasil pertanian mereka, input yang digunakan dan juga sumber input yang digunakan. Jika berlaku perubahan, beberapa anggaran boleh dibuat tentang kesan perubahan kepada sektor tersebut. Sebagai contoh, selain banjir, kita boleh menganggar kesan kenaikan harga petrol iaitu dikatakan 10 peratus kepada kos pengeluaran pertanian lantas ke atas pendapatan petani dan juga harga kepada pengguna.
Dalam mengatasi isu kerugian akibat banjir, bantuan diberikan bukanlah satu hak tetapi merupakan insentif sahaja. Penggunaan insuran tanaman dan pertanian masih tidak berlaku dengan berkesan di negara kita. Sebenarnya Malaysia boleh meramal apakah kerugian ekonomi apabila banjir berlaku kepada sektor pertanian sesuatu kawasan. Anggaran yang baik membolehkan kerajaan membuat keputusan tepat dan kerugian dapat dielakkan. Sebagai contoh, anggaran untuk kerugian yang tepat, memungkinkan kerajaan menganggar nilai kerugian yang sesuai untuk petani memulakan semula aktiviti pertaniannya. Insentif ini akan membantu kerajaan merancang rancangan pemulihan kawasan dan juga industri pertanian. Bagaimana pun dahulu diantara gejala yang diperhatikan kesan daripada ketiadaan pangkalan data yang lengkap adalah ketirisan dalam wang bantuan yang diberikan walau pun kini ia jarang berlaku. Kajian penulis mendapati amat kurang atau tiada berlaku ketirisan wang bantuan pertanian yang diberikan di Daerah Muar pada tahun 2007 semasa bantuan ini diberikan. Semua wang tunai disampaikan melalui sistem yang ketat melalui Majlis Rasmi dan sampai ke golongan sasaran. Mangsa banjir dan waris (darioada luar daerah Muar seperti di Singapura, Kuantan, Kuala Lumpur) telah hadir sendiri dalam Majlis penyerahan atau pun memberikan nombor akaun untuk dimasukkan dalam akaun Agrobank. Maka beberapa tuduhan orang luar memang tidak tepat berlaku ketitisan tersebut.
Lazimnya Jabatan dan Agensi kerajaan memang murah hati dengan bantuan. Sikap ini sungguh membanggakan dan cara serta mekanisme memberi bantuan adalah sistematik dengan Pejabat Daerah terlibat mengetuai semua aktiviti bantuan. Sistem sedia adalah cekap dan dapat menjamin bantuan sampai ke golongan sasaran dengan baik. Dakwaan laporan oleh UPM melalui kajian yang dilakukan selepas banjir kurang tepat dimana laporan menyebut bahawa semua agensi kerajaan yang terlibat seperti RISDA, MPOB, Jabatan Pertanian, Kemas, Pertubuhan Peladang, masing-masing menjanjikan bantuan kepada petani kurang berkesan. Sebenarnya jumlah bantuan yang dijanjikan memang tidak mencukupi untuk mangsa banjir untuk memulihkan sektor pertanian. Bantuan bukan untuk 'Gantirugi' tetapi cuma insentif sahaja bagi mereka memulakan aktiviti pertanian mereka. Laporan UPM mungkin kurang tepat kerana antara responden yang ditemuduga saya fikir mangsa banjir yang tidak mahu berpindah kepusat mangsa banjir dan tidak berdaftar dengan Jawatankuasa di Pusat Banjir atau Pejabat Daerah. Kawasan tanah mereka mungkin tidak teruk kena banjir dan hanya sekejap sahaja kena banjir. Golongan ini yang mendakwa tidak menerima bantuan banjir dan dilaporkan berlaku ketirisan oleh para penyiasat tersebut. Mungkin skala banjir kali ini agak di luar dugaan sehinggakan kerajaan kurang bersedia dengan mekanisme yang cekap untuk menangani krisis sebegini. Walau bagaimanapun krisis banjir ini boleh digunakan sebagai satu titik permulaan baru untuk membina satu mekanisme penyediaan pampasan ketika berlaku krisis. Laporan mengenai semua agensi perlu bersemuka untuk menyelaraskan sistem agihan untuk meminimumkan pertindihan dan menggunakan sumber dengan cekap adalah kurang tepat. Petani mungkin tidak mampu memulakan pertanian masing-masing tanpa sebarang bantuan tidak tepat malahan sebenarnya tanpa bantuan petani tetap bertani jika ia adalah punca pendapatan sebenar mereka. Pengalaman kemusnahan yang besar tidak mungkin mendorong mereka untuk meninggalkan pertanian dan memilih pekerjaan yang memiliki risiko yang lebih rendah seperti bekerja di kilang atau di bandar. Mereka masih tinggal dikampong untuk meneruskan aktiviti pertaniannya tanpa takut kerana fenomena banjir merupakan satu bencana alam yang berulang saban tahun cuma skalanya berbeza. Wasallam!.
BANJIR BESAR... ADA KESANNYA...
TANAMAN... MATI DIBUATNYA...
PERLU DIBANCI... LAPORAN DISEDIA...
PEGAWAI PERTANIAN... SUDAH BIASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 201, Chalet Teratak Atie,
Pengkalan Balak, Masjid Tanah,
Melaka, Malaysia.
(2 Muharam 1436H)
Demikianlah Artikel BANJIR - KESAN SEKTOR PERTANIAN
Sekianlah artikel BANJIR - KESAN SEKTOR PERTANIAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BANJIR - KESAN SEKTOR PERTANIAN dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/12/banjir-kesan-sektor-pertanian.html