PANDAN - TANAMAN KOMERSIL

PANDAN - TANAMAN KOMERSIL - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PANDAN - TANAMAN KOMERSIL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PANDAN - TANAMAN KOMERSIL
link : PANDAN - TANAMAN KOMERSIL

Kamu Bisa Download File PANDAN - TANAMAN KOMERSIL di bawah ini !

Baca juga


PANDAN - TANAMAN KOMERSIL

TANAMAN PANDAN KOMERSIL?. Pandan (Pandanus amaryllilfolius Roxb) adalah sejenis tanaman dari keluarga Pandanaceae yang terdapat di Malaysia dimana ia selalunya ditanam dikawasan keliling rumah untuk kegunaan sendiri. Penulis berpeluang membuat tinjauan teknikal penanaman pandan di Daerah Kulaijaya, Johor secara komersil dan luas. Ini merupakan satu projek yang agak unik dimana ia rupanya amat sesuai dengan intergrasi dengan kelapa sawit (Sila lihat foto diatas). pandan adalah jenis tumbuhan jenis berperdu yang tumbuh tegak ke atas dimana diseluruh dunia terdapat lebih dari 600 spesis pandan tetapi hanya 60 spesis telah dibuat kajian agak lengkap oleh para saintis. Pemerhatian saya mendapati keluarga tumbuhan pandan ini dari yang jenis renek setinggi 0.3 meter hibgga jenis yang tinggi sehingga 20 meter (66 kaki). Tumbuhan pandan yang popular di malaysia adalah jenis Pandanus amaryllifolius sinonim dengan Pandanus odorasitimus atau mudahnya pandan untuk makan. Di Asia Tengara pula ada dua jenis pandan yang lazim dikenali adalah Pandan Biasa (untuk masakan) dan Pandan Wangi (Untuk dijadikan produk kosmetik dan perubatan). Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi tanaman pandan dan teknologi berkaitan pandan secara komersil berdasarkan lawatan ladang, pengetahuan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian. 


Tumbuhan Pandan adalah jenis monokot yang mempunyai daunnya tebal, sedikit lebar, panjang meruncing dan tajam dibahagian hujung (Sila lihat foto saya ambil di Kg Rahmat, Kulaijaya). Daun pandan akan selalu tumbuh dari bahagian perdu rumpun dan menegak keatas. Apabila daun tua ianya akan kering. Warna daun adalah hijau tua di pangkal dan hijau muda di bahagian hujung. Akar Pandan ada dua jenis iaitu akar serabut dalam tanah dan jugaakar udara (aerial roots). Batang terbentuk daripada bekas node daun yangtelah tua dimana pada satu peringkat apabila pokok telah tua akan mati jika tidak diuruskan dengan baik sebab ajar serabut tidak mendapat bekalan air dan nutrien dari tanag kerana akar udara tidak berfungsi baik.  Di Asia Tenggara tanaman pandan adalah satu jenis tanaman yang Penting dan mesti ada ditanam dikeliling rumah. Pandan dikatakan sebagai ketegori sebagai sejenis tumbuhan berguna dimana daunnya berbau wangi sesuai dijadikan perasa makanan, pewarna dan pewangi. Khasiat daun yang ditumbuk dan diambil airnya boleh dipupur ke rambut dan rambut akan menjadi bersih, lebat dan menyejukkan kepala. Kajian oleh para saintis menunjukkan ekstrak pandan sabgat berguna untuk mengawal lipas dalam rumah dan kenderaan. Daun pandan juga berkesan membuang bau buah durian yang tidak menyenangkan dalam kereta berhawaa dingin. Bubuh 5-10 helai daun pandan dalam kereta selepas bawa durian masak. 


Banyak produk berasaskan daun pandan daripada seperti air taufufa pandan, sirap pandan, ayam titik pandan dan pelbagai jinis kuih mueh tradisional seperti lempeng berinti hijau (Sila lihat foto sebelah). Warna perahan jus daun pandan yang wangi dan harum mmberikan kecantikan kepada kuih yang berasaskan kepada daun pandan. Pandan boleh tumbuh dalam pelbagai jenis tanah asalkan tidak ditenggelami air dan ada sumber air (tanah yang lembab). Pemerhatian saya di ladang pandan komersil di Kg Rahmat, Kulaijaya mendapati pokok pandanditanam dengan luas dan subur diatas tanah gambut didalam ladang kelapa sawit. Tanah gambut yang mengandungi banyak bahan organan ini sangat sesuai untuk tanaman pandan komersil. Kadar naungan cahaya matahari sekitar 40 - 80% merupakan keadaan amat sesuai untuk pertumbuhan pandan dengan amalan agronomi yang baik. Terdapat lebih dari 60 orang petani dan pemilik kebun kelapa sawit di kampong ini yang umur pokoknya diantara 3-8 tahun menanam pandan dibawahnya. Bagaimana pun prestasi pertumbuhan pandan berbeza-beza antara petani disebabkan oleh perbezaan amalan teknologi, sinaran matahari, pembajaan, kawalan rumpai dan jenis tanah (Tanah gambut berliat - kurang susbu berbanding dengan gambut sederhana dalam)


Pandan boleh membiak melalui akar, anak pokok dan anak benih sulur. Jika menanam secara komersial di kebun perlu disediakan lubang penanaman berukuran 25 cm x 25 cm x 25 cm. Campurkan tanah bersama 100 gm baja CIRP dikawasan tanah gambut mempercepatkan kadar pertumbuhan awal. Tanam anak sulur pandan ke dalam lubang dan padatkan tanah di permukaan keliling anak pokok.  Penyiraman anak pokok apabila perlu terutama dimasa cuaca kering dikawasan terbuka tetapi jika ditanam atas tanah gambut dibawah kelapa sawit ia kurang kritikal. Penanaman yang rapat menyekat pertumbuhan rumpai lain. Pembajaan dilakukan sekali sahaja dengan jenis NPK (21:21:21) sebanyak 5 gm/pokok sekali sahaja 2 minggu lepas tanam. Baja foliar 13:8:8 disembur seterusnya sebulan sekali sehingga pandan berumur 6-7 bulan sebelum ia sesuai untuk dituai.   Pemerhatian saya mendapati tiada perosak dan penyakit serius menyerang pokok pandan. Terdapat masaalah pokok lebih umur yang akan mengecil kerana akar tidak cekap mengambil zat makanan dan air. Daun pandan lazimnya boleh dipetik selepas 12 bulan ditanam. Kelewatan menyebabkan kualiti daun pandan menurun.  


Tanaman Pandan Komersil perlu ditanam secara berjadual untuk mempastikan tuaian dapat dilakukan setiap hari atau etiap selang beberapa hari. Pemerhatian saya mendapati yang pokok berumur 6-7 bulan dengan ketinggian 30-50 cm sesuai dipotong dengan sabit atau parang dan meninggalkan perdu dan anak pokok (Sila lihat foto disebelah). Kumpulkan daun pandan dipotong dan diikat dengan berat 5 kg setiap ikat. Kajian harga pandan secara ladang kontrak ini dengan Syarikat Herba Chin Sdn Bhd adalah RM1.00 sekilogram dan ini bermakna satu ikat adalah RM5.00 (Harga ladang yang segar dengan kualiti yang baik). Daun pandan akan dikutip oleh lori sebelum dihantar ke pusat memproses di Kawasan Perindustrian Kelapa Sawit (Jarak 10 km dari lokasi kebun). Harga RM1.00 sekilogram diberikan untuk kualiti daun pandan yang segar, subur dan saiz yang seragam dan aroma yang kuat. Dikilang daun ini akn dimasukkan terus untuk simpanan atau dihantar ke kedai-kedai edaran syarikat tersebut di Johor Bahru (30%), Kuala Lumpur (30%) dan ke Singapura (40%) setiap hari dengan kenderaan syarikat yang banyak membawa sayuran dan herba lain. Inilah kali pertama penulis jumpa usahawan daun pandan komersil setelah lama menjalankan pemerhatian tentang potensi tanaman pandan komersil. Dalam perjalanan balik ke Putrajaya apabila melalui ladan kelapa sawit tanah gambut di Johor, terfikir banyak jenis tanaman herba yang boleh diusahakan seperti lengkuas, daun kari, kunyit, bunga kantar dan beberapa lagi dimasa akan datang. Wasallam!.

BARU JUMPA...KOMERSIL PANDAN...
BAWAH SAWIT... MEMANG SEPADAN...
DIJAGA DIBAJA... SUBUR TANAMAN...
IKAT KONTRAK... ADA JAMINAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Rahmat, Kulai Jaya,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(22 Muharam 1436H)


Demikianlah Artikel PANDAN - TANAMAN KOMERSIL

Sekianlah artikel PANDAN - TANAMAN KOMERSIL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PANDAN - TANAMAN KOMERSIL dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/11/pandan-tanaman-komersil.html