ULAT SUTERA - APA DIA

ULAT SUTERA - APA DIA - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ULAT SUTERA - APA DIA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel ULAT SUTERA - APA DIA, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ULAT SUTERA - APA DIA
link : ULAT SUTERA - APA DIA

Kamu Bisa Download File ULAT SUTERA - APA DIA di bawah ini !

Baca juga


ULAT SUTERA - APA DIA

ULAT SUTERA (Bombyx mori) merupakan sejenis hidupan yang diternak dengan memakan daun pokok mulberi dan menghasilkan benang sutera. Ia adalah larva kupu-kupu yang amat penting bagi secara ekonomi bagi pengeluaran sutera dibeberapa negara pengeluar kain sutera. Makanan ulat sutera hanyalah daun mulberi yang diberikan sebagai punca makanannya. Kajian juga mendapati hidupan ini sebenarnya berasal dari utara China dan telah dikembang biak diseluruh dunia. Dari segi sifatnya penulis mendapati bahawa ulat sutera adalah makhluk jenis luar biasa yang memainkan peranan ekonomi yang besar dalam dunia pakaian (textiles) kehidupan manusia. Ulat sutera adalah serangga yang benar-benar jinak dalam dunia dimana ia memang tidak boleh hidup secara semula jadi dan perlukan manusa untuk membiakkannya. Akhirnya ia akan membuat apa yang dinantikan iaitu 'Kepompong" sebagai hasil ulat sutera yang berharga. Kepompong inilah yang akan diproses menjadi bahan berharga seperti kain sutera. Zaman dahulu kepompong ini diusahakan secara tradisional untuk menghasilkan benang tetapi kini telah ada mesin moden yang berkapasiti tinggi memproses kepompong menjadi kain sutera dengan cekap. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ulat sutera dan kegunaannya dalam industri pakaian. 

Ulat sutera hanya diberi makan daun pokok mulberi di mana mereka menggigit tanpa henti pada waktu siang dan y. Ini yang menyebabkan mereka berkembang sangat cepat dan mula mencipta kepompong berharga mereka (Sila lihat foto ulat kepompong disebelah). Kajian mendapati yang sebiji kepompong menghasilkan benang sutera berterusan antara 300m dan 900 m panjang. Lawatan saya ke negara Korea mendapati usahawan mereka amat menghargai ulat sutera sebagai makanan istimewa kerana mereka adalah sumber protein yang besar dan selepas mereka mati mereka akan dijangkiti dengan Beauveria bassiana kulat. Cerita lain ulat sutera juga digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Ulat sutera mempunyai nafsu makan yang besar dimana ia makan daun siang dan malam berterusan. Apabila warna kepala mereka bertukar menjadi gelap sedikti bermakna masanya sudah tiba bagi mereka bersalin kulit. Selepas bersalin kulit sebanyak empat kali, badan mereka menjadi kekuningan dan kulit mereka lebih ketat yang menunjukkan tanda mereka akan membalut diri mereka dengan benang sutera. Ulat sutera menghasilkan kepompong daripada sutera mentah. Kokun ini dihasilkan daripada sehelai benang sutera mentah sepanjang 300 hingga 900 meter (1,000 hingga 3,000 kaki).

Pemerhatian mendapati jika ulat bulu dibiarkan mengigit keluar daripada kepompong secara sendirimaka benang akan dipotong pendek dan sutera menjadi tidak berguna. Proses yang sering dilakukan adalah kepompong ulat sutera akan direbus untuk membunuh ulat sutera dimana proses ini akan memudahkan penguraian benang sutera. Ulat sutera itu sendiri sering kali dimakan oleh mereka yang ada nafsu memakannya (Saya kembang tekak melihatnya).Apa yang unik mengenai serangga ini adalah kerana kupu-kupu dewasa yang dibela untuk penghasilan sutera tidak boleh terbang. Ia juga dikenali sebagai kupu-kupu sutera atau ulat sutera mulberi. Disebabkan sejarahnya yang lama dan dan kepentingan ekonomi maka kini jenis ulat sutera genom telah menjadi tumpuan kajian moden. Lazimnya kitaran hidup ulat ini bermula dengan telur-telur kupu-kupu ambil masa selama sepuluh hari untuk menetas. Larva-larva yang keluar makan terus menerus. Larva-larva yang baru menetas dan larva-larva instar kedua fan kemudian larva-larva itu dilitupi dengan bebulu hitam yang halus. Apabila warna kepala larva-larva itu bertukar lebih gelap ini menunjukkan bahawa larva-larva itu akan bersalin kulit. Kemudian instar-instar itu berwarna putih, tidak berkulit dan mempunyai tanduk di bahagian belakang.

Dalam kajian klinikal mendapati ulat sutera merupakan sbenang sutera. Benang Sutra atau sutera merupakan serat protein semulajadi yang dapat ditenun menjadi tekstil. Jenis sutra yang paling biasa adalah sutra dari kepompong yang dihasilkan larva ulat sutra murbei (Bombyx mori) yang mana ia sebenarnya diternak (peternakan ulat itu disebut sebagai Aktiviti Serikultur). Benang sutra memiliki tekstur mulus, lembut tetapi ianya adalah tidak licin. Rupanya yang berkilauan yang menjadi daya tarikan utama kenapa kain sutra berasal dari struktur seperti prism segitiga dalam serat tersebut yang membuat kain sutra dapat membiaskan cahaya dari berbagai sudut. Kain suter asli yang lembut lazimnya berharga mahal dan tidak perlu susah untuk menggosok dengan sterika kerana ia memang tidak berkedut. Malahan sterika panas boleh merosakkan kain sutera jika tidak dikawal suhunya dengan betul. Semuga artikel ini memberikan sedikit info kepada anda semua.


KUAT MAKAN ...ULAT SUTERA...
JADI KEPOMPONG...KOKUN IA..
DIREBUS DULU...BENANG ADA...
KAIN SUTERA... PAKAI SELESA.. 

By,
M Anem,
Senior Agronomist
Pusat Pelancongan Ulat Sutera,
Chiengmai, 
Thailand.
(22 Zulhijjah 1435H)



Demikianlah Artikel ULAT SUTERA - APA DIA

Sekianlah artikel ULAT SUTERA - APA DIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ULAT SUTERA - APA DIA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/10/ulat-sutera-apa-dia.html