Judul : RUMPUT ALFAFA - KENAL DIA
link : RUMPUT ALFAFA - KENAL DIA
RUMPUT ALFAFA - KENAL DIA
RUMPUT ALFAFA (Medicago sativa L) adalah sejenis tanaman kumpulan rumput yang digunakan untuk makanan ternakan terutama haiwan jenis ruminan. Ini termasuk ternakan seperti lembu, kambing, bebiri, kerbau dan sebagainya. Rumput Alfalfa juga sering digunakan untuk sistem penggiliran tanaman pangan kerana akarnya dapat mengikat unsur nitrogen (N). Bahan N ini memperbaiki struktur kesuburan tanah dan mengawal pertumbuhan rumpai sebagai tanaman penutup bumi berkesan. Dari segi sejarah menyatakan tanaman ini berasal dari sisa-sisa alfalfa berusia 6,000 tahun telah ditemukan di Iran dan negara Mediteranean. Terdapat bukti tulisan tertua mengunakan rumput alfalfa pada tahun tahun 1300 sebelu masehi di Turki. Tanaman ini ditanam dibeberapa negara di tropika termasuk di Malaysia oleh penternak memandangkan khasiatnya sebagai sumber makanan berkhasiat. Ia memiliki kandungan protein, vitamin, dan mineral yang tinggi yang diperlukan oleh haiwan ternakan untuk membesar. Belum ada maklumat rasmi oleh JPV akan keluasan penanaman rumput alfafa di negara kita kerana penanaman rumput ini tidak meluas dipadang ragut. Bagaimana pun kawasan sesuai untuk tanaman rumput ini terdiri dari tanah suber yang mempunyai sistem saliran baik dengan pH sekitar 6.3-7.5 dan ia adalah tahan pada keadaan kurang air. Artikel malam ini saya menulis artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai rumput Alfafa sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan dalam teknologi pertanian untuk bacaan dan rujukan anda semua.
Alfalfa adalah tanaman sejenis tanaman rumput yang memiliki beberapa ciri seperti mempunyai akar tunjang, batang merayap atau menjalar tegak dari pangkal kayu dan tingginya sekitar 30-120 cm. Ia mempunyai jenisa daun tersusun tiga. Tangkai daun agak berbulu yang berukuran 5-30 mm. Lazimnya kadar kedalaman akar alfalfa dapat mencapai 2-4 meter (amat dalam berbanding rumput lain). Daripada mula membentuk batang, tunas pucuk di bahagian bawah ketiak daun kemudian akan membentuk batang sehingga mahkota pada bahagian bawah menjadi pangkal di atas tanah membentuk sistem percabangan. Bunganya tersusun pada jambak yang padat dengan bunga kecil berwarna kuning. Dalam banyak kajian dilaporkan rumput ini mampu hidup hingga 30 tahun iaitu bergantung dari keadaan keadaan persekitarannya. Rumput Alfalfa juga memiliki bintil (nodul) akar yang mengandung bakteria dikenali sebagai Rhizobium meliloti yang dapat mengikat nitrogen dari atmosfera untuk keperluan tumbuhan. Rumput alfalfa sebenarnya merupakan jenis leguminosa dimana ia mempunyai akar yang mempunyai bintil-bintil nitrogen.
Penanaman Alfalfa sub-tropika telah dimajukan di USA, Jepun, Australia dan juga Korea untuk memenuhi kegunaan makanan ternakan ruminan seperti lembu dan ruminan lain. Kekurangan bahan ragutan hijau pada ternakan ruminan akan mengakibatkan penurunan pengeluaran untuk susu dan daging lembu. Bagi Alfafa Tripoka ia sesuai ditanam di Asia tenggara dengan pengurusan yang disesuaikan. Kajian dari beberapa lokasi mendapati rumput alfafa yang ditanam boleh dituai dengan kekerapan setiap 21 hari sekali. Kandungan protin adalah pada kadar 32 % dengan usia menuai selepas 3 tahun ditanam. Rumput ini sesuai dengan semua jenis tanah asalkan ada saliran baik. Kadar hasil dijangka adalah sebanyak 15 metrik tan sehektar. Tanaman Alfafa sangat penting dikaji dari kandungan protein, lemak dan serat kasarnya (fiber. Rumput ini juga sesuai untuk digunakan sebagai makanan kesihatan bagi manusia. Saya dapati ia diambil sebagai minuman supplement untuk membersihkan racun-racun kimia atau bahan radikal bebas yang banyak terkandung dalam makanan harian. Makanan ini sering mengandungi bahan pewarna, pengawet dan penyedap rasa. Dalam beberapa usaha menanam rumput alfata terdapat cadangan bagi petani atau penternak yang berminat menggantikan tanaman tembakau kepada rumput alfafa terutama jika tanahnya ternyata lahan kurang subur. Nilai ekonomik dari tanaman alfafa mungkin meningkatkan pendapatan petani kerana kandungan unsur nitrojan yang amat banyak untuk menyuburkan tanah tandus. Kadar tumbesaran rumput alfafa adalah cepat dimana pada umur satu tahun akar sudah mencapai kedalaman 2 meter dengan diameter sekitar 5 cm pada pangkal akarnya. Pada umur dua tahun akar dapat mencapai dalaman 5 meter. Rumput ini sesuai untuk mengawal hakisan tanah bercerun dikawasan berbukit dengan berkesan.
Menafaat dan khasiat rumput alfafa untuk manusia memang banyak diperkatakan. Banyak produk makanan kesihatan yang dihasilkan daripada rumput ini. Kandungan bahan serat seperti yang terdapat dalam rumput alfalfa membantu untuk menurunkan kadar gula dalam darah dan dapat melambatkan pembebasan kalori tenaga dari makanan. Serat ini juga memiliki kesan positif pada kandungan bahan kolesterol dan tingkatkan kesihatan jantung. Produk alfalfa suplemen yjuga mempunyai bahan zat hijau, beta karotin, kalsium dan vitamin D, E dan K yang baik untuk kesihatan. Saah satu produk komersil dipasaran seperti K-liquid Chlorophyll Suplement. Ia adalah sejenis minuman kesihatan (herbal drink) yang bahan utamanya adalah pati ekstrak klorofil dari daun alfalfa (Medicago Sativa). Ia didakwa mempunyai komposisi seperti pati daun alfalfa yang di dalamnya mengandung: Sodium,Copper, Chlorophyllin), Vit A,B-Complex, C, E, Calsium, Magnesium, Posforus, Asid Amino dan Alpha-Beta Carotine + UIE (Universe Induced Energy). Antara khasiatnya seperti sebagai antioksidan yang baik untuk kesehatan mata, paru-paru dan pencernaan. Kajian menunjukkan 1 sudu bahan ini menyamai dengan kuantiti 1 Kg sayuran. Ia melancar dan membersihkan darah dari segala bentuk racun dan zat kimia dalam tubuh serta mampu untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan mempercepat penyembuhan luka. Produk ini juga akan meningkatkan daya serap nutrisi dan tenaga (Sila lihat botol produk alfafa disebelah). Inilah artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai rumput alfafa. Wasallam!.
RUMPUT BAIK... NAMANYA ALFAFA...
MUDAH DITANAM..DIMANA-MANA...
BERAKAR DALAM.. BAIK KHASIATNYA...
UNTUK TERNAKAN ...DAN MANUSIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek UPEN AMBANK,
Sekijang, Segamat,
Johor, Malaysia.
(12 Syawal 1435H)

Demikianlah Artikel RUMPUT ALFAFA - KENAL DIA
Sekianlah artikel RUMPUT ALFAFA - KENAL DIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RUMPUT ALFAFA - KENAL DIA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/09/rumput-alfafa-kenal-dia.html