Judul : LALAT BUAH - PENGENALAN
link : LALAT BUAH - PENGENALAN
LALAT BUAH - PENGENALAN
LALAT BUAH (Fruit Fly) atau nama saintifik sebagai Bactrocera carambolae merupakan sejenis serangga perosak banyak tanaman di Malaysia. Terdapat beberapa spesis lalat buah yang tegar menyerang beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang menyebabkan kerugian kepada petani jika tidak dikawal. Akibat serangan lalat buah juga menyebabkan kualiti hasil tanaman menjadi rosak atau turun kualitinya. Petani perlu memahami akan kitaran hidup lalat buah untuk ia lebuh mudah membuat kawalan. Lazimnya lalat buah dewasa akan bertelur pada peringkat awal pembentukan buah yang disukainya. Buah yang berkulit nipis dan sering dijadikan lokasi bertelur seperti buah Belimbing, Mangga, Nangka, Betik, Peria, Petola, Timun, Terung dan sebagainya. Dalam masa 1-2 hari telur lalat buah boleh menetas (bergantung kepada jenis buah dan peringkat kematangan buah). Ia akan menjadi peingkat larva yang tinggal dalam buah dan makan bahagian isi buah yang menyebabkan kerosakan kepada hasil tersebut. Peringkat larva untuk lalat buah lazimnya adalah selama 8-10 hari (Sila lihat rajah dibawah). Seterusnya larva tersebut akan bertukar kepada peringkat kepompong yang mengambil masa selama 10 hari. Kepompong terbentuk di dalam tanah. Selepas peringkat kepompong maka lalat buah akan menjadi dewasa dengan jangkamasa peringkat dewasa cuma selama 5-7 hari sahaja. Peringkat dewasa lalat buah merupakan peringkat paling aktif dengan ia mempunyai kepak untuk memudahkan terbang daripada satu buah kepada buah yang lain untuk bertelur selepas proses mengawan. Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai lalat buah untuk kita menambah ilmu pengetahuan dan dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
.
Kaedah memasang Perangkap Lalat Buah merupakan teknik yang po;pular dilakukan masa kini oleh ramai petani. Aktiviti memasang perangkap lalat buah dengan menggunakan feromon Methyl euganol. Methyl euganol akan menghasilkan bau yang akan menarik lalat jantan masuk ke dalam perangkap yang telah di isi air atau racun, bila lalat jantan berkurangan maka kurang berlaku persenyawaan dan populasi lalat buah akan berkurangan dengan mendadak, perangkap ini haruslah sentiasa di selia (buang lalat yang mati,dan titiskan pemikat yang baru jika bau feromon sudah mula berkurang) dan pastikan perangkap di pasang pada bahagian luar dan tepi kebun bukan bahagian dalam kebun. Selain itu perangkap lalat buah boleh di buat sendiri dengan mudah dimana ada dua cara boleh dilakukan iaitu Kaedah ini A dan B. Cara ini juga dikatakan lebih efisyen kerana ia dapat memerangkap lalat buah jantan dan betina. Kaedah 'A' adalah dimana perangkap lalat buah menggunakan cara yang ekonomik. Apa yang kita perlukan ialah dengan mengambil 200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya) dan 1 botol plastik 2-liter. Caranya dengan kita potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher dan kemudian campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol. Kemudian di tambah dengan yis. Kita tidak perlu untuk gaul lagi selepas itu. Ia akan menghasilkan karbon dioksida yang kuat dimana gas ini akan menyebabkan lalat buah betina dan jantan tertarik dengan karbon dioksida. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi atau letakkan di sekeliling atau dikawasan luar kebun anda pada ketinggian 2-3 meter. Apa yang perlu diingat adalah kita perlu ulangi jika populasi lalat masih kelihatan. Kaedah 'B' pula adalah dengan memadang perangkap lalat buah untuk ladang belimbing dan jambu batu. Mula-mula ambil air kencing lembu kemudian ia dicampur dengan perahan airlimau nipis atau kasturi. Anda boleh memilih kaedah kawalan lalat buah dengan keupayaan dan tahap keberkesanan dan ekonomik. Wasallam.!
.
Lalat Buah lazimnya akan aktif pada waktu pagi antara 8-10 pagi dan pada waktu petang antara pukul 5-7 petang bergantung kepada keadaan cuaca. Lalat buah menyerang dengan cara lalat dewasa akan menyegat atau menyuntik telur pada buah. Kemudiaan larva yang menetas akan memakan tisu buah dari dalam dimana antara tanda tanda serangan adalah buah kelihatan lebam, lembik dan berair. Saya dapati jika di amati pada fizikal luar buah akan terdapat kesan seperti tusukan jarum pada bahagian luar buah. Jika anda teliti lagi pada bahagian dalam buah pula kita akan jumpa ulat yang di panggil larva. Serangan lalat buah jika tidak di kawal boleh menyebabkan lebih 50% hasil kebun anda akan musnah. Apa yang penting bagi petani adalah tahu bagaimana mereka hendak mengawal populasi lalat buah terutama untuk tanaman tertentu. Antara punca yang menyebabkan lalat buah datang adalah disebabkan oleh buah yang terkena antraknos. Jadi kita kena mengawal kesihatan tanam di kebun supaya jangan terkena fungus antraknos. Antara perkara yang lazim dilakukan adlah dengan menyembur racun kulat secara rutin atau secara berjadual mengikut arahan pada label.
Dalam mrmberi banyak ceramah dan tunjukajar mengenai serangan lalat buah dan kawalannya, saya sering memberikan beberapa kaedah dan pilihan yang sesuai untuk dilakukan. Antara beberapa kaedah yang boleh dilakukan adalah sengan cara kaedah kawalan biologi, kaedah kawalan secara kimia atau dengan cara kawalan lain. Berikut adalah antara kaedah untuk mengatasi lalat buah. Cara kawalan kimia paling mudah dijalankan seperti semburan dengan bahan kikia seperti bahan Lebaycid 550 (Bayer Cropscience) dengan bahan aktif fenthion (paling mujarab). Selain itu bahan racun kimia dengan bahan aktif cypermethrin boleh digunakan. Bahan seterusnya yang boleh digunakan adalah seperti Prevathon yang sesuai dicampur dengan racun Imida untuk mematikan ulat dalam buah. Bahan seperti racun Dimethoate dengan bawang putih (Dimethoate dengan cara kerja sistemik) dimana ia akan meresap pada daun dan buah dan ulat yang makan isi buah sebelum jadi pupa akan mati sebab makanan beracun. Ini akan menyebabkan jumlah populasi lalat buah akan berkurang. Sementara itu dibuktikan bahawa bawang putih menghasilkan aroma yang tidak di sukai serangga lalat buah ini. Akhir sekali bahan racun DIMEXION yang kuat baunya dan juga baunya tidak di sukai serangga boleh digunakan dengan mengikut arahan pada label.
LALAT BUAH... PERINGKAT MANA...
LALAT DEWASA...BILA TELURNYA...
LARVA MEROSAK...BUAH JUGA...
PERLU KAWAL..DENGAN SEGERA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Belimbing Swasta,
Batang Si, Semenyih,
Selangor, Malaysia.
(14 Syawal 1435H)
Demikianlah Artikel LALAT BUAH - PENGENALAN
Sekianlah artikel LALAT BUAH - PENGENALAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel LALAT BUAH - PENGENALAN dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/09/lalat-buah-pengenalan.html