Judul : KELULUT - TEKNOLOGI TERNAK (Part 1)
link : KELULUT - TEKNOLOGI TERNAK (Part 1)
KELULUT - TEKNOLOGI TERNAK (Part 1)
KELULUT atau Lebah Kelulut merupakan serangga kecil yang ujud didalam kawasan tumbuh-tumbuhan semulajadi di negara kita. Serangga ini dahulu hanya dibiarkan sahaja membuat sarang dicelah-celah batang kayu, di rumah dan dicelah-celah batu dan tidak dipandang sebagai satu sumber ekonomi. Kini telah ramai dikalangan usahawan kita yang mula berminat untuk menternak kelulut kerana potensi pendapatan yang boleh dijana. Penulis mendapat kini terdapat lebih dari 35 spesis kelulut terdapat di Malaysia antaranya Trigona mellina, Trigona atripes, Trigona terminata, Trigona itama, Trigona collina, Trigona apicalis, Trigona laeviceps, Trigona thoracica dan banyak lagi. Bagaimana pun hanya dua spesis yang berpotensi untuk diternak secara komersil iaitu Trigona thoracica (Berbadan agak besar sedikit dan sangat aktif) dan juga Trigona itama (agak kecil sedikit dan aktif). Daripada pemantauan penulis dibeberapa projek ternakan lebah kelulut di Pokok Sena, Kedah, di Kelantan dan di Negeri Terengganu mendapati bahawa spesis T. thoracica memberikan hasil lebih cepat berbanding dengan T. itama walau pun pada akhirnya kedua-dua spesis ini memberikan jumlah hasil yang hampir sama dari segi ekonomik. Spesis T. itama ini didapati masih aktif mencari makanan walau pun pada musim hujan berbanding dengan spesis satu lagi. Hanya mereka yang berkursus mengenai lebah keluut yang diadakan oleh Jabatan Pertanian dan MARDI serta syarikat swasta mungkin akan mengenali perbezaan kedua-dua spesis kelulut tersebut. Mungkin masih ada dikalangan kita kurang faham bahawa kelulut merupakan jenis lebah yang tidak menyengat seperti lebah madu jenis Apis cerana (Lebah Keran) dan Apis mellifera (Lebah impot). Walau pun jumlah madu lebah kelulut yang dihasilkan agak sedikit berbanding dengan lebah madu, oleh kerana nilai madu kelulut lebih mahal menjadikan ia adalah nilai sumber ekonomi baru yang boleh dibangunkan di Malaysia. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi dan ilmu mengenai ternakan kelulut bagi rujukan anda.
Selain daripada hasil madu kelulut, penternakan lebah kelulut juga dapat meningkatkan proses pendebungaan, menghasilkan propolis, resin dan juga baik untuk program agro- pelancongan. Serangga kelulut juga tidak mempunyai banyak masaalah serangan penyakit dan perosak seperti yang sering berlaku kepada lebah madu keran atau lebah madu impot. Bagaimana pun masa ini harga membeli koloni kelulut aalah tinggi disebabkan oleh permintaan yang meningkat dan bekalan koloni baru yang sedikit. Kini belum ramai usahawan yang mempunyai teknologi dan juga kepakaran untuk membiakkan kelulut. Ini berbeza dengan teknik membiakan ratu dan koloni Lebah Madu yang membolehkan proses untuk menyediakan ratu lebah. Pada masa ini teknik memerangkap ratu dan koloni kelulut masih menggunakan perangkap kayu berlubang secara tradisional. Bagaimana pun seorang saintis dan usahawan di Kelantan telah mencipta sejenis Kotak Kelulut yang dipanggil sebagai 'MUSTAFA HIVE' yang mampu memecahkan koloni kelulut dengan baik dan cekap.
Penulis mendapati cara mengecam jenis lebah kelulut memerlukan kemahiran dan kepakaran khusus kerana mungkin mereka yang tidak kenal akan menyangkakan ia sebagai jenis lalat atau pun semut terbang atau pun lalat buah. Kelulut dalam keadaan semulajadi sering membina sarang dengan laluan pintu lubang masuk kesarangnya yang kecil sahaja dicelah-celah lubang kayu atau batu (Sila lihat foto disebelah). Sarangnya diperbuat daripada lilin, resin dan sejenis gam dan ada juga gunakan lumpur tanah untuk struktur binaan sarang. Walau pun pintunya kecil tetapi koloni kelulut yang produktif akan membuat banyak lapisan atau kelompok sarang didalamnya. Lazimnya koloni kelulut yang baik mempunyai lebih dari 9 lapisan sarang. Bagi mengenali spesis kelulut, kita perlu melihat beberapa ciri marfologi kerana kelulut mempunyai pelbagai warna mengikut spesis. Bagi spesis T. Itama ia adalah berwarna hitam dimana saiznya lebih kecil daripada lebah madu iaitu hanya sebesar lalat malahan ia adalah lebih kecil (Sila lihat foto dibawah). Kelulut juga mempunyai rekabentuk struktur sarang yang berlainan bagi setiap spesis dimana dalam pemerhatian penulis mendapati ada spesis kelulut suka membuat sarang di dinding rumah, siling, simen, batang pokok dan dalam tanah. Kalau diteliti lagi terdapat perbezaan agak nyata mengenai struktur pintu masuk juga berlainan mengikut spesis.
Madu kelulut warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam (Sila lihat foto sebelah). Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan. Penulis dapati ia seakan sama sama seperti lebah madu dimana kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. Bagaimana pun lazimnya madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah. Madu kelulut juga berharga lebih mahal berbanding dengan madu lebah biasa kerana kurang dipasaran dan sukar untuk mendapatkan jumlah yang banyak. Kini walau pun kelulut telah menjadi kesukaan ramai peminat, pengeluaran dan juga penghasilan madu kelulut masih sedikit dan sukar diperolehi dipasaran tempatan. Dari segi khasiat pula madu kelulut termasuk jenis madu yang mampu meningkatkan metabolisma badan, menambah tenaga batin, menjaga kesihatan, menguatkan tenaga wanita yang baru bersalin dan merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman. Hasil penyelidikan saintis mendapati madu kelulut memberi nilai tambah dimana ia disahkan mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan.
Persoalannya sekarang adalah apakah menternak Lebah Kelulut ini mempunyai potensi?. Pada masa ini permintaan terhadap madu kelulut kini semakin meningkat kerana kesedaran pengguna tentang khasiatnya berbanding dengan madu lebah biasa. Khasiatnya dapat mengubati pelbagai penyakit berbahaya. Lebah kelulut tidak memerlukan ruang yang cukup luas untuk aktiviti memeliharanya. Madu lebah kelulut juga amat berkhasiat berbanding madu lebah biasa dan boleh diternak ditepi rumah, kebun sayuran, kawasan dusun buahan dan dimana sahaja yang mempunyai sumber makan. Hasil dari lebah kelulut adalah madu, propolis dan bee bread. Teknik memelihara juga agak mudah dijaga dan kelulut memang tidak menyengat seperti lebah Apis cerana dan Apis dorsata. Ia boleh hidup lama sehingga beberapa tahun sekiranya tidak diancam oleh musuhnya dan sentiasa mempunyai sumber makanan yang mencukupi. Pengusaha hanya perlu menyediakan tempat tinggal yang sesuai (kotak) untuk memudahkan pengumpulan madu dibahagian atas koloni. Sebagai perbndingan menternak kelulut tidak perlu sediakan makanan dan minuman spt ternakan lembu, kambing, ayam tetapi kita perlu membuat pemeriksaan berjadual sahaja. Semuga anda mendapat info teknologi dari blog "Anim Agro Technology" dan ianya berguna. Wasallam!...
TERNAK KELULUT...BAGAIMANA...
TENTUKAN SPESIS...YANG MANA...
MADU MANIS... MASAM PUN RASA...
BERKHASIAT... MAHAL HARGANYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Apiari Nasional Timur,
Pusat Pertanian Sekayu,
Terengganu,
Malaysia.
(3 Zulhijjah 1435H)
Demikianlah Artikel KELULUT - TEKNOLOGI TERNAK (Part 1)
Sekianlah artikel KELULUT - TEKNOLOGI TERNAK (Part 1) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KELULUT - TEKNOLOGI TERNAK (Part 1) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/09/kelulut-teknologi-ternak-part-1.html