BUNGA PUKUL LAPAN

BUNGA PUKUL LAPAN - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BUNGA PUKUL LAPAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel BUNGA PUKUL LAPAN, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BUNGA PUKUL LAPAN
link : BUNGA PUKUL LAPAN

Kamu Bisa Download File BUNGA PUKUL LAPAN di bawah ini !

Baca juga


BUNGA PUKUL LAPAN

BUNGA PUKUL LAPAN (Turnera sabulata) atau BUNGA LIDAH KUCING merupakan sejenis bunga tempatan yang mudah ditanam yang juga dipanggil dengan nama Tunera ulmifolia "Elegants", White Alders dan Turnera. Ia juga merupakan tumbuhan jenis renek iaitu dari keluarga Turneraceae. Hipotesis saya ia mendapat nama 'Bunga Pukul Lapan' kerana bunganya akan mesti keluar pada pukul lapan pagi setiap hari dan akan kuncup pada waktu tengahari dan keluar balik esok paginya dan kuncup semula mengikut waktu khusus. Mengapa ia bersifat begitu hanya Allah Taala penciptanya sahaja yang tahu. Pada saya waktu tersebut merupakan 'waktu bekerja' paling aktif bagi manuisa dan haiwan serta tumbuh-tumbuhan. Waktu tersebut juga amat jarang manusia tidur. Nama lain yang ada diberikan adalah Bunga Lidah Kucing kerana mungkin kelopaknya seakan berbentuk seperti lidah kucing. Begitukah rupabentuknya?. Tanaman bunga hiasan ini kurang popular ditanam dikalangan peminat tanaman ornamental kerana ia dikatakan kurang mempunyai nilai komersil dan sering dijadikan tanaman pagar sahaja. Dalam keadaan semulajadi sebenarnya bunga ini merupakan jenis tumbuhan liar dengan bunga yang cantik berwarna kuning keputihan terang ketika ia mekar (Sila lihat foto diatas). Dalam kita hendak menanam bunga ini boleh dilakukan dengan amat mudah dengan menggunakan keratan batang sahaja. Saya dapati belum ada pendaftaran varieti-varieti bunga ini dibuat dalam Senarai varieti tanaman Jabatan Pertanian (National variety listing) sehingga artikel ini ditulis. Artikel petang ini saya menulis lagi yang ke 2,960 dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman bunga pukul lapan atau bunga lidah kucing untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan anda.

Bunga pukul lapan umumnya tumbuh dalam keadaan semulajadi secara berkelompok. Tumbuhan yang mungkin berasal dari Hindia Barat ini boleh dijumpai tumbuh pada tanah rendah diantara 10 - 250 meter dari paras laut diatas tanah yang sesuai. Lazimnya aia tumbuh dikawasan atau tempat-tempat yang banyak sinaran matahari atau sedikit naungan. Penulis mendapati pokok bung ini adalah jenis herba yang tumbuh dengan menegak dengan mempunyai banyak cabang dan batang berkayu. Ia mempunyai jenis akar tunjang yang panjangnya 0.3 - 0.8 meter dalam tanah bergantung kepada keadaan tanah dan umur pokok. Akarnya juga amat kuat dalam tanah dan sukar dicabut jika tanah keras. Bunga ini mempunyai jenis daun tunggal yang berbentuk bulat telur atau 'Elips' iaitu mempunyai pangkal daun yang berbentuk baji. Biasanya dihujungnya berbentuk tiurs runcing dengan bahagian tepi yang bergerigi agak kasar. Diteliti lagi ia mempunyai rangka tulang daun yang seakan menyirip dan mempunyai kelenjar. Saiz ukuran daun sekitar 2 -7 cm panjang dan 1 - 4 cm lebat dengan warna hijau pekat. Daun bunga ini mengandungi lendir yang kuat baunya dan mungkin ia sesuai untuk perubatan tradisional.

Apa yang saya fikir unik mengenai pokok ini adalah cara ia berbunga. Bunga Pukul Lapan ini akan mekar sekitar pukul 8 pagi dan layu sekitar pukul 12 tengahari. Selepas bunga ini berkembang kemudian akan layu semula pada waktu petang dan malam atau bunga yang tua ia akan gugur. Esoknya ia akan kembang semula pada waktu yang sama. Apakah agaknya faktur-faktur yang mengawal bunga ini berkembang hanya dari jam 8 pagi hingga 12.00 tengahari?. Saya fikir adalah peredaran matahari (sun) kerana mungkin terdapat korelasi antara pokok ini dengan masa peredaran matahari. Bagaimana pula jika hari tersebut mendung atau hujan? Adakah bunganya akan keluar?. Yang ini saya minta anda perhatikan sendiri. Lazimnya mahkota bunga yang keluar bentuknya adalah bulat telur songsang dimana pada pangkal bunga adalah coklat, kuning muda di atasnya. Peliknya bunga ini akan terpuntar bergulung waktu kuncup. Ia akan mekar semula esoknya (Memang unik). Pokok ini juga mempunyai buah yang berbentuk telur melebar dengan mengandungi biji lebih dari 30 setiap lengai buah.  Satu spesis lain iaitu jenis Turnera ulmifolia merupakan spesis tanaman yang mirip dengan Turnera subulata (keduanya dikenal sebagai bunga pukul delapan) tetapi hanya Turnera subulata sahaja yang mempunyai bunga berwarna putih dan mempunyai ukuran daun yang lebih kecil dibanding dengan daun dari spesis Turnera ulmifolia.

Satu cara pembiakan paling mudah adalah dengan menanam gunakan dengan biji walau kaedah keratan batang juga mudah dilakukan. Pembiakan dengan cara keratan batang dimana bahagian hujung batang yang dipotong diletak dalam air dahulu. Kemudian ranting yang berdaun yang diletak hormon penggalak akar dan di tanam dalam medium pasir sungai sehingga ia berakar. Anakbenih berakar boleh ditanam diatas tanah dengan jarak 1m x 1m sehingga pokok tumbuh. Pastikan kawasan tanaman bunga pukul lapan ini bersaliran baik dan tanahnya sedikit berpasir. Sebaiknya kawasan tanaman adalah terdedah kepada cahaya matahari yang banyak. Lakukan penyiraman dengan air 2 kali sehari diperingkat awal penanaman kecuali hari hujan. Pembajaan dengan baja organik dan NPK boleh dilakukan mengikut jadual. Aktiviti mencantas dibuat untuk dapatkan bentuk pokok seimbang dan untuk pokok yang terlalu tinggi. Mencantas juga akan menggalakkan proses pertumbuhan tunas dan ranting baru dan menggalakkan banyak berbunga serta membentuk pokok menjadi lebih kemas. Pemerhatian mendapati tidak ada penyakit dan perosak seriun untuk tanaman bunga ini.

Kalau kita sering memperhatikan ladang-ladang kelapa sawit disepanjang laluan utama jalanraya di Malaysia, anda akan nampa bunga pukul lapan ini ditanam ditepi jalan-jalan ladang utama ladang kelapa sawit. Ia sengaja ditanam oleh pihak estet kelapa sawit sebagai sumber makanan kepada sejenis ulat yang merosakkan kelapa sawit. Saya dapati dengan adanya tumbuhan ini ulat tersebut akan mempunyai sumber makanan tersendiri dimana ini dapat mengelakkan anak kelapa sawit dari serangan ulat tersebut. Dalam laporan lain saya dimaklumkan bahawa tanaman bunga pukul lapan ini dapat menghalang serangan babi hutan (wild boar) kerana bau yang dikeluarkan bunga ini memang babi hutan tidak suka. Bagaimana pun dakwaan ini belum dibuktikan secara saintifik lagi. Oleh itu bunga ini sesuai ditanam ditepi-tepi kebun yang berkemungkinan babi hutan suka datang untuk memusnahkan tanaman. Saya beberapa kali terserempak gerombolan babi hutan di Johor dan Pahang ditepi kebun iaitu 'babi lapar' memang tidak peduli pun dengan kehadiran kita. Ini kerana babi hutan tersebut hanya 'menjeling sahaja' kita yang datang tetapi kalau kita membawa senapang, satu kilometer kita belum sampai dilokasi dia sudah lintang pukang bersembunyi.

Dalam membuat benyak pembacaan, saya dapati bunga pukul lapan ini mengandungi bahan Saponin dan Polifenol. Bahagian daunnya juga mengandung banyak bahan Flavonoid. Pernah dibuat kajian dimakmal bahawa bunga pukul lapan mempunyai rasa yang pahit, pedas dan ada dikatakan sifatnya 'hangat'. Oleh itu terdapat usaha untuk menjadikan bunga pukul lapan ini sebagai makanan berkhasiat seperti 'Tonik' yang mampu melancarkan aliran darah. Oleh itu bahagian bunga yang digunakan sebagai ubat adalah daun dan akarnya. Bagi bentuk ubat yang diminum caranya dengan merebus daun atau akar segar bunga pukul lapan (15 g). Setelah air rebusan sejuk maka ia ditapis dan diminum. Bagi kegunaan ubat luaran, sebaiknya ditumbuk daun segar secukupnya kemudian tambahkan kapur sirih secukupnya dan digaul rata. Tampalkan pada bisul atau bahagian tubuh yang bengkak dan lebam dan kmudian ia dibalut. bagi mengawal sakit tulang atau pun reumatik sendi dengan bengkak, ambil daun tumbuhan ini dan potong-potong secukupnya. Rebus dengan tiga gelas air sampai airnya tinggal satu gelas. Setelah sejuk ditapis dan diminum sehari dua kali sebanyak setengah gelas sehingga sembuh. Apa-apa pun dapatkan rawatan doktor kalau berpenyakit. Wasallam!.


BUNGA CANTIK...PUKUL LAPAN...
MUDAH DITANAM.. DISEMPADAN...
JAM 8 DAN 12...KUNCUP PETANG...
IA DITANAM...CANTIK DIPANDANG...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Room 1913, Hotel New York,
No 22, Jalan Abdullah Tahir
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(18 Syawal 1435H)
Posting pada 3 September 2014


Demikianlah Artikel BUNGA PUKUL LAPAN

Sekianlah artikel BUNGA PUKUL LAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BUNGA PUKUL LAPAN dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/09/bunga-pukul-lapan.html