Judul : TANAM BULOH - SATU POTENSI (Part 7)
link : TANAM BULOH - SATU POTENSI (Part 7)
TANAM BULOH - SATU POTENSI (Part 7)
PENANAMAN BULUH BETONG (Dendrocalamus asper L) atau Buluh Kuning merupakan satu usaha yang berpotensi untuk dilakukan oleh penduduk kampong yang mempunyai kawasan sesuai. Usaha untuk menanam pokok buloh iaitu tanaman dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anakbenih (rebung) akan dikeluarkan daripadaperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Artikel subuh ini saya menilis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi tanaman buloh betong sebagai satu usaha saya untuk menambah lagi koleksi artikel berkaitan teknologi pertanian untuk anda.
Ramai orang di Malaysia kenal dengan nama Buluh Betong kerana ada satu filem klasik yang berjudul "Anak Buluh Betong" yang berulang kali ditayangkan di TV. Buluh Betong (Dendrocalamus asper) mempunyai beberapa nama tempatan di Indonesia sebagai bambu petung, buluh betung, bulu jawa dan betho. Pokoknya tumbuk menegak dan mampu mencapai ketinggian sehingga mencapai 20 - 30 meter dari paras tanah. Ia mempunyai jenis batang yang berbulu tebal dengan warna kulit batang seakan coklat tua. Ketebalan dinging batang bulih betong sekitar 11 - 36 mm dengan jarak anatara ruas (nodes) pula sekitar 10 - 20 cm iaitu jarak ruas pada batang bawah dan sejauh 30 - 50 cm pada ruas berada dibagaian atas (pucuk pokok). Ia sesuai tumbuh pada tanah rendah hingga ketinggian 1,500 m dan paling ideal pada ketinggian sekitar 400-500 m. Kawasan yang menerima kadar hujan tahunan sekitar 2,400 mm atau digenari oleh buluh jenis ini. Ia boleh tumbuh di semua jenis tanah tetapi paling baik di tanah yang mempunyai saliran yang baik.
Belum ramai yang ingin mengusahakan tanaman Buluh Betong (Dendrocalamus asper) di Malaysia secara monokrop komersil. Mereka ada menanam sebagai tanaman hiasan atau untuk dijadikan bahan asas batang buloh secara kecil-kecilan dipenjuru kebun. Jarak tanaman disyorkan adalah sekitar 8m x 4m memberikan kepadatan sebanyak 312 rumpun sehektar. Pemberian baja asas semasa menanam sangat digalakan untuk meningkatkan pertumbuhan pokokl. Kadar pemberian baja NPK setiap tahun adalah sekitar 100 - 300 kg/ha dengan menggunakan baja NPK 15:15:15.
Dari beberapa rujukan mendapati batang buluh betong boleh dituai setelah tanaman berumur 3 tahun walau pun sebenarnya puncak penghasilan bila pokok berumur 5 - 6 tahun. Kutipan hasil rebung buluh betong (antara jenis buluh yang rebungnya paling enak) perlu dilakukan satu minggu setelah rebung muncul ke permukaan tanah. Dalam satu tahun lazimnya setiap rumpun dewasa menghasilkan antara 10 - 12 batang buluh. Jika terdapat sebanyak 400 rumpun dalam kebun sehektar maka ia mampu untuk menghasilkan sebanyak 4,500 - 4,800 batang sehektar. Kajian dibeberapa lokasi mendapati kadar produktiviti rebung buluh betong 10 -11 mt rebung sehektar daripada sebanyak 400 rumpun dengan ada kes dimana ia mampu mencapai hasil rebung sehingga 20 mt rebung. Rebung buluh betong antara yang dari jenis ini adalah rebung yang terbaik dengan rasanya yang manis dibuat untuk sayuran. Batangnya boleh digunakan untuk bahan bangunan (perumahan dan jambatan), peralatan memasak, bahkan juga untuk penampung air. Buluh ini juga banyak digunakan untuk pmembina rumah tradisional, atap dengan disusun secara tumpang-tindih dan bahagian dinding rumah dengan cara dipecah. Buluh Betong merupakan antara jenis buluh paling sesuai ditanam diantara jenis buluh lain. Wasallam!.
MENANAM BULUH... ADA CARA...
PILIH JENIS... KEGUNAAN APA...
BULUH BETONG.. SAYA CERITA...
DAPAT ILMU... KONGSI BERSAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gerisek, Ledang,
Johor, Malaysia.
(16 Syawal 1435H)

Demikianlah Artikel TANAM BULOH - SATU POTENSI (Part 7)
Sekianlah artikel TANAM BULOH - SATU POTENSI (Part 7) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TANAM BULOH - SATU POTENSI (Part 7) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/08/tanam-buloh-satu-potensi-part-7.html