Judul : BUNGA SEROJA
link : BUNGA SEROJA
BUNGA SEROJA
BUNGA SEROJA (Nelumbo nucifera Gaertn.) satu nama yang sering dialunkan dalam lagu popular oaotu 'Lagu Seroja' sejak lama dahulu. Adakah anda semua kenal akan bunga seroja ini?. Keindahan melodi dan lirik lagu seroja ini menyebabkan ramai dikalangan kita mendengar dendangan merdu lagu seroja tanpa membayangkan apakah dia marfologi dan taksonomi bunga ini. Melihat kepada foto diatas baru mungkin kita tahu yang bunga seroja ini adalah sejenis bunga yang keluar daripada tumbuhan diatas permukaan air seperti lotus dan teratai. Penulis dalam membuat rujukkan mendapat tahu bahawa nama latin lain tumbuhan ini adalah Nelumbium nuciferum Gaertn., Nelumbo caspica Fisch., Nelumbo komarovii Grossh., Nelumbo speciosa Willd., dan Nymphaea nelumbo Linn. yang berbeza-beza spesisnya. Mungkin bunga seroja atau bunga lotus tentu tidak asing. Namun tidak ada salahnya kita kembali mengenal bunga seroja atau lotus lebih dalam bagi menambah pengetahuan kita. Bunga Seroja atau dengan nama latin Nelumbo nucifera dan secara salah semulajadi memang sangat cantik dan dijadikan lambang suci dalam agama Buddha dan Hindu. Semasa saya membuat lawatan ke negara jiran seperti Thailand, Myanmar, Vietnam, Laos, China dan Kamboja berpeluang melihat bagaimana bunga seroja ditanam dilokasi strategik dan dihormati. Bunga seroja adalah bunga kebangsaan negara India dan Vietnam. Ada juga yang sering menyamakan bunga seroja dengan bunga teratai sebagai salah satu tumbuhan diatas air dengan bunga yang mempesona. Artikel petang Ahad ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai bunga seroja untuk bacaan anda.
Kajian menunjukkan bunga seroja berasal daripada Asia Tropika dan Queensland, Australia mengikut spesis dan kini menjadi satu industri landskap. Bunga Seroja atau lotus merupakan tanaman air mempunyai akar pada tanah dalam kolam dan daunnya dipermukaan air serta bunganya diatas air yang terang dengan pelbagai bentuk. corak, warna dan keunikan tersendiri. Sebahagian besar varieti adalah daripada India sehingga menjadi lambang negara tersebut. Di Malaysia ia dikenali dengan nama seroja atau lotus sedangkan dalam bahasa Inggris selain disebut sebagai lotus juga dinamai Indian lotus, sacred lotus dan bean of India. Ia perlukan air dan tanah untuk hidup kerana dikelaskan sebagai 'aquatic plants' walau pun terdapat beberapa spesis yang boleh tumbuh diatas tanah tanpa air. Ia mudah ditanam dan dijaga baik untuk menghasilkan bunga dan biji serta bahagian akar yang boleh dijadikan bahan makanan.
Antara ciri-ciri tumbuhan Bunga Seroja secara umum terdiri daripada bahagian Akar, Rizom, Daun, Batang dan Bunga (Sila lihat foto disebelah). Bahagian Akar dan rizom seroja selalunya akan berada dalam lumpur tanah di dasar kolam atau pasu besar. Dari rizom ini muncul beberapa tangkai yang panjangnya hingga mencapai 1.5 meter yang menjalar. Penulis dapati terdapat tangkai rizom seperti berbentuk tabung dengan rongga di tengahnya semacam pelampong. Kemudian dari ujung tangkai inilah kemudian keluar daun yang muncul di atas permukaan air. Daun seroja adalah berbentuk lingkaran seakan ia bergelombang di bahagian tepi dengan urat daun terkumpul di tengah-tengahnya serta permukaannya atas daun berlapiskan lilin. Ukuran lebar atau diameter daunnya dapat mencapai hingga 60 cm. Jika diperhatikan dengan teliti bahagian bunga seroja atau lotus muncul di atas permukaan air dengan tangkai yang kukuh dan kuat membentuk jambak bunga. Bunganya bamat menarik yang terang berwarna putih bersih, kuning atau merah jambu dengan ukuran diameter bunga sekitar 20 cm. Dalam beberapa temubual penulis dengan orang awam, ada yang kata seroja atau lotus sering kali dianggap sebagai tanaman yang sama dengan teratai. Padahal keduanya sangat berbeza. Seroja merupakan tanaman dari genus Nelumbo sedangkan teratai bergenus Nymphaea. Secara pandangan dengan mata kasar kedua jenis tanaman ini boleh dibezakan. Ia dibezakan dengan ujudnya bunga dan daun tumbuhan lotus yang selalunya berada di atas permukaan air (tidak mengembang) sedangkan pada teratai bunga dan daunnya mengembang di permukaan air.
Apakah dia manfaat bunga seroja ini?. Adakah nilai komersil lain selain daripada untuk lambang keagamaan?.Tumbuhan seroja atau lotus sering kali dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan untuk mencantikan landskap taman atau premis tertentu. Selalunya ia adalah tanaman penting sebagai penghias kolam ditaman atau depan rumah. Rizomnya memang boleh dimakan dan bahagian bijinya boleh dipproses menjadi tepung untuk dijadikan bahan makanan (Saya belum pernah lagi makan atau jumpa tepong dari biji seroja ini). Selain itu bahagian bunga lotus (Nelumbo nucifera) merupakan jenis bunga yang paling kerap digunakan sebagai simbol dalam agama Hindu mahu pun Budha. Terdapat kepercayaan yang bunga lotus tumbuh diatas tapak kaki Gauthama Budda sehinggakan ia dikatakan bunga yang suci. Dalam peribahasa China juga bunga seroja yang tumbuh diatas lumpur dan permukaan air serta menghasilkan bunga yang amat cantik dan digunakan untuk nama-nama perempuan dalam masyarakat mereka. Begitulah coretan kali ini mengenai bunga seroja untuk dibaca. Wasallam!.
BUNGA CANTIK...IA SEROJA...
DIATAS AIR... KEMBANG DIA...
DALAM LUMPUR...AKAR BERADA...
BUNGA SUCI...HINDU BUDDHA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Warisan Pertanian,
Precint 16, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(7 Syawal 1435H)
Demikianlah Artikel BUNGA SEROJA
Sekianlah artikel BUNGA SEROJA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BUNGA SEROJA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/08/bunga-seroja.html