Judul : CENDAWAN JELI HITAM (Part 1)
link : CENDAWAN JELI HITAM (Part 1)
CENDAWAN JELI HITAM (Part 1)
CENDAWAN JELI HITAM (Auricularia auricula-judae) atau juga dipanggil sebagai cendawan Telinga Kera atau Jamur Kuping (Indonesia) dari famili Auriculariacae semakin mendapat tempat di kalangan penggemar cendawan. Ia dapat nama telinga kera kerana bentunya yang menyerupai telinga manusia dan juga telinga kera yang mudah kita mengenalinya. Laporan Jabatan Pertanian menunjukkan cendawan ini ada ditanam di Selangor (6), Johor (4), Kelantan (1) dan Sabah (2) dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 300 kg sehari atau 10.5 mt setahun melibatkan 13 orang usahawan atau syarikat pada tahun 2013. Jumlah ini amat jauh lebih kecil berbanding dengan pengeluaran daripada negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan lain-lainnya. Cendawan ini dikatakan mempunyai rasanya yang enak dan juga penanaman yang mudah serta sebagai varieti kepada cendawan yang sedia ada. Dikatakan bahawa antara kasiat cendawan adalah kerana ia mampu untuk merawat gangguan kardiovaskular, memecah darah beku, mengawal-atur tekanan darah, merendah kolesterol dan lipid. Ia juga produk sebagai antioksidan dimana ia akan melindungi dari kerosakan DNA dalam tubuh manusia dimana paling sering dikatanan ia mampu untuk mengurangkan berat badan. Dalam membuat lawatan keprojek menanam cendawan telinga kera ini saya fikir memang ia boleh diperluaskan lagi dengan promosi cendawan jenis ini kepada masyarakat umum untuk menambah kadar permintaan dipasaran. Artikel petang ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis artikel ke 2.692 mengenai potensi cendawan telinga kera bagi bacaan dan rujukan anda semua.
Cendawan ini boleh ditanam dengan menggunakan bahan substrat atau media daripada Habuk Kayu Getah atau pun menggunakan Kapas. Pemilihan jenis substrat yang sesuai adalah sama dengan penanaman cendawan tiram kelabu. Lazimnya masa pemeraman yang diperlukan untuk cendawan jeli hitam adalah selama 25-35 hari dengan keadaan suhu sesuai pada julat antara 28-30 celcius. Daripada tinjauan oleh penulis dibeberapa lokasi, pengeluaran hasil cendawan ini dalam jangka masa antara 10 - 12 minggu. Pada masa ini disyorkan agar suhu persekitaran yang sesuai dikawal pada tahap antara 30 - 32 celcius. Sebaiknya pada musim panas dibuat semburan air untuk menurunkan suhu dan menawal kelempaban. Hampir sama dengan cendawan tiram kelabu, anggaran hasil yang boleh dikutip bagi setiap beg cendawan adalah sekitar (bagi 1kg media) antara 150 - 200 gram. Dari segi marfologi, antara ciri-ciri cendawan ini adalah ia merupakan jenis cendawan yang kenyal (mirip gelatin) jika dalam keadaan segar. Bagaimana pun pada keadaan apabila dikeringkan, cendawan ini akan menjadi keras seperti tulang. Cendawan jeli hitam yang kering merupakan produk paling banyak dijual dipasaran. Bahagian badan cendawan ini berbentuk seperti mangkuk atau kadang-kadang seperti cuping telinga dengan diameter 2-15 cm yang nipis (Sila lihat foto disebelah). Warnanya berbeza-beza mengikut jenis dan persekitaran.
Dibeberapa lokasi dilihat bahawa cendawan ini lazimnya berwarna kehitaman atau coklat kehitaman akan tetapi ada juga yang saya lihat memiliki warna coklat tua (Sila lihat foto sebelah). Bagi cendawan ini apa yang agak menarik adalah nilai pasaran yang tinggi. Harga tinggi diberikan kepada cendawan dari jenis yang memiliki warna coklat pada badan cendawan dan warna hitam pada bahagian bawahnya dengan saiz ukuran yang kecil. Lazimnya dipasaran cendawan ini dijual dan dipasarkan dalam keadaan kering walau pun sebenarnya khasiat cendawan yang segar lebih baik dan enak. Bagaimana pun cendawan yang telah dikeringkan perlu untuk direndam dengan air dalam masa singkat dimana ianya akan kembali seperti bentuk dan ukuran segarnya sebelum ia dimasak. Laporan rasmi juga ada menyatakan kandungan nutrisi cendawan jeli hitam ini terdiri kadar air, protein, lemak, karbohidrat, serat dan abu. Kandungan serat di dalam cendawan ini berkisar antara 8-27. Kandungan tenaga adalah sekitar 351 kal dengan 72% kandungan lemak dalam cendawan ini termasuk 'unsaturated fat' yang sesuai untuk dimakan. Kandungan vitamin di dalamnya adalah terdiri jenis Thiamine (vit. B-1), Riboflavin (vit. B-2), Niasin, Biotin, Vitamin C. Antara bahan mineral dalam cendawan ini adalah seperti K, P, Ca, Na, Mg, Cu dan beberapa elemen mikro lainnya. Artikel ini bersambung pada Cendawan Jeli Hitam (Part 2).
Wasallam.
NAMA JELI HITAM...TELINGA KERA...
ADA DITANAM.... DALAM MALAYSIA...
300 KG SEHARI... PENGELUARANNYA...
BANYAK KHASIAT... RAMAI SUKANYA...
By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Kuarters Kerajaan Puutrajaya,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(17 Ramadan 1435H)

Demikianlah Artikel CENDAWAN JELI HITAM (Part 1)
Sekianlah artikel CENDAWAN JELI HITAM (Part 1) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel CENDAWAN JELI HITAM (Part 1) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/07/cendawan-jeli-hitam-part-1.html