BEE POLLEN - ADA HEBATNYA (Part 2)

BEE POLLEN - ADA HEBATNYA (Part 2) - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BEE POLLEN - ADA HEBATNYA (Part 2), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel BEE POLLEN - ADA HEBATNYA, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BEE POLLEN - ADA HEBATNYA (Part 2)
link : BEE POLLEN - ADA HEBATNYA (Part 2)

Kamu Bisa Download File BEE POLLEN - ADA HEBATNYA (Part 2) di bawah ini !

Baca juga


BEE POLLEN - ADA HEBATNYA (Part 2)

BEE POLLEN atau Debunga Lebah merupakan salah satu produk yang dihasilkan daripada aktiviti ternakan lebag madu. Lebah Madu (Apis spp) merupakan serangga berfaedah yang ujud sejak dulu bagi menjalankan aktiviti pendebungaan tumbuh-tumbuhan kerana ia menngunjungi bunga untuk mengambil nektar sebagai sember makanannya. Lebah mengungujungi beratus-ratus bunga sehari untuk mengambil nektar (manisan yang dikeluarkan oleh bunga) sebagai punca tenaga dan kemudian memprosesnya sehingga menjadi MADU LEBAH (Honey). Kehebatan lebah madu ini terserlah dalam ekosistem semulajadi kerana ia dikenalpasti membantu proses pendebungaan sehingga menghasilkan buah-buahan, biji dan ia menjadi makanan kepada manusia dan haiwan. Hasil lain yang didapati daripada lebah madu adalah DEBUNGA (Pollen), LILIN LEBAH, PROPOLIS, ROYAL JELLY dan banyak lagi. Debunga yang ada pada bunga lazimnya akan melekat pada kepala, badan dan juga bahagian kaki belakang lebah ketika lebah tersebut menyusup masuk menyedut nektar melalui stylet atau mulutnya (Sila lihat foto diatas sekali bagaimana debunga melekat pada badan lebah). Ini kerana badan lebah mempunyai organ seperti berbulu khusus yang membolehkan butir debunga melekat kuat dan akan dibawa balik kedapa koloni dalam sarang atau haif. Jenis dan jumlah debunga yang melekat ini bergantung kepada jenis tumbuhan yang dikunjungi dan ia mempunyai pelbagai varieti. Apa yang saya lihat, bagaimana pun lebah sering mengunjungi jenis tumbuhan yang hampir serupa pada satu-satu waktu kerana masa bunga mekar sedikit berbeza masanya. Debunga ini akan dikumpulkan oleh lebah pekerja dalam koloni dan dikumpulkan sebagai sumber makanan mereka juga selain daripada nektar. Artikel petang Rabu ini sementara menunggu waktu berbuka puasa, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pollen bee (Debunga Lebah) yang semakin banyak diperkatakan diseluruh dunia masa kini sebagai bahan suplement yang hebat untuk kesihatan dan kecantikan.

Apakah sebenarnya Debunga (Pollen)?. Bee Pollen adalah sejenis debunga yang mana ia dihasilkan oleh labah khusus untuk diberikan kepada anak-anak muda lebah sebagai makanannya. Ia mengandungi bahan yang amat diperlukan untuk tumbesaran anak lebah iaitu sejenis makanan lengkap sama seperti yang diperlukan oleh manusia untuk pembesaran dengan sihat. Debunga yang dukumpulkan oleh lebah pekerja ini memang mengandungi bahan atau pun unsur protin yang amat tinggi (Sebanyak 40% adalah kandungan protin didalamnya) yang terdiri daripada Asid Amino Vitamin, termasuk vitamin C-Kompleks dan juga Asid Folik. .Saintis yang membuat kajian mendapati debinga lebah ini merupakan makanan paling lengkap (complete food) yang mengandungi banyak unsur berfaedah yang mana ia tidak dapat dihasilkan oleh haiwan lain. Ia mengandungi lebih tinggi kandungan protin daripada jenis protin yang dihasilkan oleh haiwan ternakan. Kandungan Asid Amino yang ada dalam pollen bee ini adalah lebih tinggi daripada protin dari dalam Telur, Daging Lembu, Cheese dan produk haiwan lain jika diambil secara perbandingan pada jumlah berat yang serupa. Separuh bentuk protin tersebut adalah tersedia untuk diambil oleh badan kita sebagai 'free amino acids' dengan cepat dan berkesan.


Saya baca laporan saintis dimana ia ada menyatakan satu sudu bee pollen yang kita ambil memerlukan masa selama satu bulan dengan lebah bekerja selama 8 jam sehari. Bayangkan jika sebanyak sekilogram bee pollen ini dikutip berapa ribu jam lebah terpaksa mengunjungi bunga terbang untuk mereka kumpul dan memungutnya.  Setiap 'pollen pellet' lazimnya mengandungi sebanyak 2 juta butiran debunga dan kajian mendapati satu sudu 'bee pollen' ini mengandungi sebanyak 2.5 billion debunga (2,500,000,000 butir debunga).  Bertapa hebatnya lebah madu mengumpul dan memproses bee pollen ini untuk diberikan kepada koloninya agak jumlah lebah dalam haif sentiasa sihat dan mampu bekerja untuk mengumpulkan makanan. Lebah madu adalah serangga yang amat kuat bekerja, tidak pernah malas dan serangga bersih dan suci. Kajian yang dibuat oleh pakar iaitu Dr. Gabriel MD telah mendapati bee pollen disenaraikan mengandungi sebanyak 22 jenis unsur tenaga yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia. Ia dijadikan sebagai makanan kesihatan dalam pelbagai keadaan daripada masaalah rawatan untuk masaalah Prostat sehinggalah kepada masaalah kulit dan keseimbangan permakanan dalam tubuh manusia. Memang bee pollen kini telah dikategorikan sebagai makanan kesihatan yang sangat mahal dan efektif.


Artikel kali ini saya menyenaraikan 10 hasil kajian daripada ramai saintis mengenai kehebatan bee pollen ini walau pun ia lebih banyak daripada itu. Pollen Bee khasiat yang ke 5 membantu dalam sistem penghadaman (Digestive system) dengan kandungan enzim dan vitamin serta mineral. Enzim ini membantu tubuh kita dalam mengekstrak semua zat makanan dalam sistem penghadaman dari makanan yang diambil. Ke 6 adalah khasiat pollen bee dalam menjadi 'Immune System Booster'. Ini kerana debunga lebah merupakan jenis 'intestinal flora' yang membantu dalam meningkatkan sistem imuniti tubuh badan. Kajian pakar kesihatan iaitu Dr. Joseph Mercola mendapati debunga mengandungi khasiat antibodi yang mampu menghalang serangan virus kedalam badan. Ia juga memang kaya dengan bahan antioksidan yang menghalang kerosakan sel-sel daripada rosak akibat bahan bebas radikal. Dalan kes lain, yang ke 7 menyatakan pollen bee mampu merawat KETAGIHAN (Treats Addictions). Ini berlaku kerana kesan pollen bee yang mengurangkan pergerakan nadi dan pengaliran darah dimana ini akan membantu dalam mebngurangkan tekanan dan boleh mengurangkan berat badan.

Khasiat pollen bee ke 8 adalah membantu dalam Sistem Vaskular (Supports the Cardiovascular System) kepada mereka yang mengambilnya. Kandungan zat seperti Rutin yang tinggi iaitu sejenis antioxidant bioflavonoid membantu menguatkan kapillari darah , otot-otot, saluran darah dimana kesannya adalah pengaliran darah dengan cekap. Ia membantu mengurangkan masaalah kolesterol banyak dalam badan. Ini membantu dalam mengelakan kejadian masaalah stokr dan serangan sakit jantung kepada mereka yang bermasaalah. Pengambilan bee polen komersil bileh diberi daripada kedar farmasi dan pembekal yang bertauliah (Sila lihat foto sebelah). Khasiat ke 9 adalah dimana pollen bee dapat mengatasi Masaalah Prostat. Lelaki yang mempunyai masaalah 'benign prostate hyperplasia' boleh mengurangkan kesakitan bengkak dengan mengambil pollen bee. Ia juga dapat membantu pesakit dalam kurangkan kekerapan buang air kecil (kencing). Akhir sekali ke 10 khasiat bee pollen adalah mengatasi kes atau masaalah kemandulan (Infertility Problems). Bee pollen mampu merangsang fungsi ovari agar membolehkan persenyawaan dan mengandung. Ia juga menjadi bahan hormon dalam hubungan kelamin. Bilakan masa sesuai mengambil Bee Pollen?. Kajian menunjukkan bee pollen paling baik diambil semasa makan bersama dengan beberapa jenis buah-buahan. Waktu sarapan pagi ambil satu sudu bee polen dan makan dengan sepotong buah. Ini kerana kandungan serat pada buah (hemicellulose) akan merangsang aktiviti penyerapan khasiat bee pollen dalam perut.  Semuga tulisan dua siri ini dapat memberikan ilmu tambahan kepada anda semua. Wasallam!.
BEE POLLEN... HEBATNYA DIA...
SATU SUDU... PAGI MAKANNYA...
BADAN SIHAT... KITA GEMBIRA...
WALAU MAHAL.. ASALKAN ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Lebuh Air Keroh,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(5 Ramadan 1435H)


Demikianlah Artikel BEE POLLEN - ADA HEBATNYA (Part 2)

Sekianlah artikel BEE POLLEN - ADA HEBATNYA (Part 2) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BEE POLLEN - ADA HEBATNYA (Part 2) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/07/bee-pollen-ada-hebatnya-part-2.html