Judul : KELAPA - CARA BUAT MINYAK KELAPA
link : KELAPA - CARA BUAT MINYAK KELAPA
KELAPA - CARA BUAT MINYAK KELAPA
MINYAK KELAPA (Coconut oil) adalah satu daripada pelbagai produk yang dihasilkan daripada pokok Kelapa (Cocos nucifera). Pokok kelapa ditanam dibanyak negara dikawasan tropika diseluruh dunia semenjak zaman dahulu sama ada ditanam secara estet komersil atau tanaman kecil-kecilan keliling rumah. Terdapat lebih daripada 110,000 hektar tanaman kelapa di Malaysia yang dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia (2013). Beberapa produk dari pokok kelapa adalah seperti Buah kelapa, minyak kelapa dara (VCO), santan kelapa, air kelapa, nira, gula melaka, jelly air kelapa, lidi penyapu, kayu kelapa, sarung ketupat, sungkupan tanaman dan banyak lagi. Satu produk yang telah lama diusahakan secara tradisionnal adalah MINYAK KELAPA. Pengeluaran minyak kelapa dunia pada tahun 2012 sebanyak 6.24 juta metrik tan atau hanya 2.5% daripada pengeluaran minyak sayur dunia. Minyak kelapa merupakan bahan kulineri yang paling asasi semenjak digunakan oleh manusia kerana khasiatnya dalam menjamin kesihatan manusia. Ia dikaitkan dengan kemampuannya untuk membersihkan saluran darah, mengatasi masaalah kardiovaskular, menguatkan otot-otot, membaiki kulit dan juga nyembuhkan luka. Minyak kelapa juga digunakan secara meluas dalam menyediakan produk kesihatan asas serta kebanyakkan minyak urut memang berasaskan minyak kelapa. Walau pun rakyat Malaysia kini lebih biasa dengan minyak kelapa sawit, tetapi permintaan terhadap minyak kelapa terus meningkat saban tahun dalam pasaran khusus. Indonesia antara negara yang banyak menghasilkan minyak kelapa dirantau ini dengan kemampuannya untuk pasaran domestik dan ekspot. Artikel petang Ahad ini saya menulis mengenai pembuatan dan khasiat minyak kelapa daripada beberapa rujukkan semasa lawatan dengan warga Johor beberapa tahun dahulu ke Indonesia untuk meninjau teknologi berkaitan industri kelapa dalam "Anim Agro Technology" untuk bacaan dan juga rujukkan anda semua.
Minyak kelapa mempunyai beberapa jenis minyak bergantung kepada kaedah kita memprosesnya. Dalam bahasa kita, kaedah minyak kelapa disediakan adalah melalui Pengolahan, Hidrogenisasi, Fraksinasi dan Minyak Kelapa Dara (di Indonesia ia dipanggil sebagai Minyak Kelapa Murni). Kaedah minyak kelapa Pengolahan merupakan minyak kelapa yang diproses daripada Kopra (kelapa Kering) dengan proses dipanggil RBD (Refined, Bleached and deodorised). Kelapa Kering (Kopra) diperah dengan pam jenis hidrolik (hydrolic press) sehingga 60% minyak diperolehi darinya (Foto mesin disebelah). Minyak ini masih kotor dan masih perlu dipanaskan dan ditapis sehingga jernih dan sesuai untuk digunakan. Hasilnya adalah dimana minyak jenis ini tidak mempunyai aroma dan rasa dimana ia banyak digunakan untuk industri dan minyak masak yang berkualiti. Minyak jenis ini digunakan untuk pelbagai produk lain berasaskan minyak kelapa. Minyak kelapa ini mempunyai ketahanan suhu sehingga 177 Celsius sebelum menjadi wap dengan kandungan Asid Lemak Tepu (Saturated fatty acid) sebanyak 91%. Minyak kelapa ini juga mengandungi 6% Asid Mono Lemak Tepu (Mono saturated fatty acid) dan Asid Linoleic (2%) serta Asid Oleic (6%).
Jenis minyak kelapa kedua diproses melalui Kaedah Hidrogenisasi (Hydrogenation) dimana proses RBD tadi di hidrogenisasikan dengan gelembong hidrogen sama ada sebahagian atau sepenohnya untuk meningkatkan suhu kecairan minyak. Oleh kerana minyak RBD dan Minyak Kelapa Dara cair pada suhu 24 Celsius maka ianya perlu dihidrogenisasikan agar tahap kecairan meningkat kepada 36-40 celsius dan ia tahan lama. Makanan yang diadun dan mengandungi minyak behidrogenisasi ini tidak akan mudah cair pada suhu bilik. Ini akan mengekalkan kualiti makanan terutama dikawasan negara beriklim tropika yang panas. Minyak yang disediakan dengan Kaedah Fraksinasi (Fractionation) adalah proses dimana asid lauric dipisahkan dan menghasilkan minyak berkualiti tinggi untuk keperluan industri terutamanya untuk perubatan. Minyak ini memang mempunyai permintaan tinggi dipasaran.
Minyak Kelapa Dara (Coconut Virgin Oil) merupakan minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut. Minyak Kelapa Dara diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia samada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama dalam hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan. Saya ada menulis mengenai VCO sebelum ini yang boleh dibaca (Klik disini) dan juga artikel Minyak Kelapa Dara (Klik disini). Diharap artikel ini memberikan ilmu pengetahuan tambahan kepada pembaca semua. Arios amigos!..Jumpa lagi.
MINYAK KELAPA...BANYAK JENISNYA...
MINYAK KOPRA... BANYAK HASILNYA...
DIPROSES .. HIDROGENISASI ADANYA...
MINYAK VCO... BANYAK KHASIATNYA...
By,
M Anem
Room 111, Hotel Flora Palace,
Lot 202, Jalan Kebun Sultan,
13530, Kota Bharu,
Kelantan, ,
Malaysia.
(Ditulis pada 14 April 2013 : Posting pada 13 Jun 2014)

Demikianlah Artikel KELAPA - CARA BUAT MINYAK KELAPA
Sekianlah artikel KELAPA - CARA BUAT MINYAK KELAPA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KELAPA - CARA BUAT MINYAK KELAPA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/06/kelapa-cara-buat-minyak-kelapa.html