DURIAN BELANDA - ADA POTENSI?

DURIAN BELANDA - ADA POTENSI? - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DURIAN BELANDA - ADA POTENSI?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DURIAN BELANDA - ADA POTENSI?, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DURIAN BELANDA - ADA POTENSI?
link : DURIAN BELANDA - ADA POTENSI?

Kamu Bisa Download File DURIAN BELANDA - ADA POTENSI? di bawah ini !

Baca juga


DURIAN BELANDA - ADA POTENSI?

DURIAN BELANDA (Annona muricata Linn) adalah tanaman buah-buahan tropika daripada famili Annonaceae dipercayai berasal dari Amerika Selatan. Adakah anda kenal dan mahu serta tahu bagaimana hendak menanam pokok buah durian belanda?. Rasanya mungkin tidak ramai dikalangan petani yang dapat menjawabnya. Ini kerana industri penanaman pokok durian belanda di Malaysia masih kurang dilakukan disebabkan oleh banyak faktur. Tidak ramai petani dan usahawan muda yang menanam pokok durian belanda secara monokrop secara meluas dimana lazimnya mereka akan menanam dengan campuran dengan tanaman lain. Dalam beberapa info yang saya rujuk, tanaman durian belanda akan hidup subur di atas tanah jenis lom liat berpasir, pH tanah antara lima hing­ga tujuh dan bersaliran baik. Daripada ladang yang penulis lawati, keadaan saliran baik penting disediakan kerana beberapa petani menyatakan pokok ini memang kurang sesuai jika kawasan mudah ditenggelami dengan air atau paras air tanah yang tinggi. Terdapat beberapa jenis varieti durian belanda yang telah didaftarkan di Malaysia seperti DB1, DB2 dan DB3 tetapi kesemua varieti ini belum lagi disyorkan penanamannya secara komersil oleh Jabatan Pertanian. Antara isu dalam industri penanaman buah durian belanda adalah masaalah pendebungaan dan kejadian buah yang amat rendah (iaitu sekitar 5-10% sahaja). kaedah pendebungaan berbantu didapati mampu meningkatkan kadar pembentukkan putik dan buah durian belanda. Kehadiran beberapa jenis agen pendebungaan pada bunga durian belanda amat kritikal dimana jika kurang atau tiada agen tersebut kadar pungutan hasil akan jauh lebih rendah. Artkel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai sama potensi penanaman durian belanda di negara kita mempunyai masa depan yang baik untuk membuka minda penulis dan pembaca semua.

Dalam beberapa pemerhatian yang penulis jalankan, lazimnya pokok durian belanda yang sihat dan matang mampu berbuah sepanjang tahun walau pun jarang-jarang dijumpai jenis tersebut. Bagaimana pun durian belanda adalah jenis tanaman bermusim dengan kemuncak pengeluaran pada November, Disember dan Januari. Ini juga menyebabkan ramai petani kurang menyukai tanam durian belanda kerana ketidakpastian pengeluaran dan juga paras harga ladang. Selain itu kualiti buah juga tidak menentu dimana rupabentuk dan saiz buah yang tidak seragam dan ada yang rosak sebelum dituai. Walau pun kini tahap permintaan untuk buah durian belanda segar tinggi untuk jualan segar dan diproses, namun tidak banyak yang tersedia dipasaran. Satu laporan lamanweb ada menyatakan dalam kawasan Asia Tenggara dilaporknan bahawa negara pengeluar utama ialah Filipina, Indonesia, Malaysia dan Vietnam. keluasan tanaman durian belanda di negara kita tidak ada dilaporkan dalam laporan statistik keluasan di Jabatan Pertanian dari laporan yang dirujuk.  Bagaimana pun umum tahu iaitu kawasan tanaman utama durian belanda di Malaysia ialah Perlis, Johor, Pahang, Perak dan Sabah.

Buah Durian belanda me­ngandungi bahan seperti fosforus, kalsium, vitamin B dan C yang baik untuk rawatan demam panas dan bengkak hati. Buah ini pada kebiasaannya dimakan segar dan dibuat jus minuman. Selalunya buah durian belanda mempu­nyai saiz sederhana besar, kulit berwarna hijau, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih dan rasanya masam-masam manis. Bentuk buah seperti jantung ini mempunyai rupabentuk yang berbeza-beza dan juga saiznya walau pun datang daripada pokok yang sama. Ia biasanya dimakan segar ataupun boleh diproses untuk dijadikan jus. Pada saya makan buah durian belanda segar adalah paling menyeronokkan apa lagi kalau buah tersebut masak dipokok dengan rasa yang amat manis. Harga jualan buah durian belanda mempunyai julat harga ladang berbeza-beza yang banyak bergantung kepada kualiti buah, musim pengeluaran dan juga kuantiti jualan. Buah yang telah masak ranum lazimnya dijual murah sedikit kerana ia tidak tahan lama kalau tidak disimpan dalam bilik sejuk. Buah durian belanda yang dipetik sebaiknya mempunyai indek kematang yang tahan untuk lebih dari seminggu dipasaran.

Lazimnya durian belanda disyorkan penanammnya dengan jarak tanaman yang di­syorkan di ladang adalah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama. Ia boleh dibiak menggunakan biji benih atau kaedah pembiakan tut atau pembiakan secara aseks. Buah durian belanda didapati   buahnya berkulit lembut, durinya jarang dan tidak tajam, kulitnya berwarna hijau dan isinya putih krim. Ia didakwa mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasa­ngan inginkan zuriat.  Dari segi perubatan moden, kajian mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin. Durian belanda perlu di­kendalikan dengan sebaik­nya bermula daripada amalan ladang, pengendalian lepas tuai hingga ke peringkat pemasaran.  Penuaian dilakukan apabila buah mencapai kematangan optimum yang kebiasaannya dua hingga tiga bulan selepas berbunga dan akan masak dua hingga tiga hari selepas dipetik. 

Antara teknologi yang sesuai untuk buah durian belanda masak yang hendak disimpan adalah pada suhu 15 darjah celsius dengan tahap kadar kelembapan relatif 85 hing­ga 95 peratus. Kaedah ini boleh mengekalkan kualiti dan memanjangkan jangka hayat sehingga satu hingga dua minggu. Dalam kes aktiviti untuk proses penjualan buah durian belanda segar memang perlu ada teknologi penyimpanan buah dalam bilik sejuk agar buah dapat disimpah lebih lama terutama untuk penghantaran yang lebih jauh. Buah durian belanda boleh digred, dibungkus dan dilabel sebelum dipasarkan. Cara ini akan dapat memastikan semua hasil berkualiti dan selamat dimakan termasuk produk durian belanda segar kepada pengguna untuk menikmati khasiat sebenar. Laporan menunjukkan bahawa buah durian belanda boleh dikelaskan kepada tiga gred iaitu bergantung kepada spesifikasi merangkumi Gred Premium, Gred 1 dan Gred 2. Spesifikasi untuk Gred Premium adalah ia hendaklah daripada varieti yang sama, segar dan bersih, mempunyai saiz dan kematangan seragam.  Selain itu ia juga hendaklah bebas daripada kecacatan atau kerosakan. Gred 1 pula hendaklah buah daripada varieti sama, segar dan bersih, mempu­nyai saiz dan kematangan seragam serta hendaklah hampir bebas daripada kecacatan atau kerosakan. Gred 2, ia hendaklah buah durian belanda daripada varieti sama, segar dan bersih, mempunyai saiz dan kematangan seragam dan agak bebas daripada kecacatan atau kerosakan. Memandangkan faktor diatas apakah agaknya potensi penanaman durian belanda di Malaysia akan berkembang dimasa akan datang?. Wasallam.

SOURSOP... ITU DURIAN BELANDA...
BANYAK DITANAM... DI INDONESIA...
ISU PEMDEBUNGAAN... BAGAIMANA...
RAMAI MINAT... KALAU BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasar Tani Mega Putrajaya,
Precint 2, 
Putrajaya,
Malaysia.
(23 Syaaban 1435H)


Demikianlah Artikel DURIAN BELANDA - ADA POTENSI?

Sekianlah artikel DURIAN BELANDA - ADA POTENSI? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DURIAN BELANDA - ADA POTENSI? dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/06/durian-belanda-ada-potensi.html