Judul : DRAGONFLY (PEPATUNG)
link : DRAGONFLY (PEPATUNG)
DRAGONFLY (PEPATUNG)
DRAGONFLY (Pepatung) adalah sejenis serangga jenis Anisoptera iaitu didalam Order ORDONATA, iaitu Suborder EPIPROCTA dan Infraorder ANISOPTERA yang mempunyai 11 Keluarga dan ianya terdapat diseluroh dunia. Nama-nama lain serangga ini adalah Dragonfly, Damselfly (English), Pepatung; Patung-patung, Sibur-sibur, Sesibur (Malaysia), Capung (Indonesia), Kinjeng (Jawa Muar - Kampung saya) dan banyak lagi. Saya memang kenal pepatung (dragonfly) ini semenjak kecil lagi dan suka memerhatikan pergerakannya terutama ketika dragonfly terjun atas permukaan air berulang-ulang kali, ketika itu kami katakan ia untuk mandi kata rakan-rakan sebaya. Saya juga ada membuat 'senapang getah' untuk menembak dragonfly dan dapat membunuhnya ketika kanak-kanak dulu, memang sungguh seronok!. Kini setelah hampir hendak pencen, rasanya amat lama tiddak dapat melakukan pemerhatian mengenai pepatung sehingga artikel ini ditulis. Sebelum menulis saya banyak membuat pembacaan dan rujukan dalam beberapa sumber termasuk buku dan lamanweb untuk mengumpul maklumat. Apabila artikel ini ditulis, saya kini telah lebih memahami akan dragonfly ini dan memang amat menakjubkan serangga hebat ini. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil sebagai "Dragonfly" atau pun kalau di dalam pemahaman kita disebut sebagai "Naga Terbang". Ini mungkin disebabkan oleh marfologi badannya seakan haiwan naga dengan bentuk mata terjojol keluar dan bahagian badan serta ekornya yang berbentuk badan dan ekor naga. Soalannya ujud ke haiwan naga ini?. Artikel subuh ini saya menulis mengenai haiwan yang hebat yang dinamakan Dragonfly (pepatung) dalam "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan anda semua.
Dragonfly atau pepatung adalah serangga yang mempunyai sepasang mata besar dengan 360 darjah yang kompleks dengan mudah dapat dilihat oleh mata kasar (Sila lihat foto sebelah). Serangga ini juga saya lihat mempunyai sepasang kepak besar yang jernih (transparent) dan kuat (Sila lihat foto paling atas). Bentuk kepak dan ekornya ini membolehkan serangga ini bergerak dalam banyak situasi. Serangga ini seperti serangga lain mempunyai 6 kaki tetapi ia tidak mampu berjalan. Kajian para saintis menunjukkan jenis pepatung gergasi merupakan spesis serangga paling pantas terbang dengan kadar purata kelajuan sehingga 60 batu sejam atau 97 km sejam! wow...macam naik kereta lajunya. Gerakan kedua-dua kepak yang sangat laju serta cepat ini dan bentuk badan yang ringan serta bentuk yang 'aerodinamik' menyebabkan 'Pepatung Gergasi' mampu terbang laju. Dragonfly bersaiz besar pula mampu terbang dengan purata kelajuan 10-15 meter sesaat atau 20-25 batu sejam. Kajian mendapati bahawa pepatung bersaiz sederhana terbang dengan kelajuan 4.5 meter sesaat (10 bsj). Bagaimana pun struktur badan dragonfly yang ringan ini membolehkan ia bergerak pantas dalam mempastikan spesis ini mapu hidup semenjak zaman purna dulu lagi.
Kajian oleh Ahli Kaji Serangga mendapati pepatung betina bertelur diatas permukaan air (lazimnya air bersih) dan telurnya akan berada pada permukaan air atau melekat pada tumbuhan dalam parit atau kolam. Saya sering perhatikan pepatung betina akan terjun dan akan masuk keseluruhan badannya dalam air (menyelam) untuk bertelur beberapa kali dalam air. Selalunya telur dragonfly ini akan menetas untuk jadi 'Nymph' dimana dilaporkan bahawa jangkahayat pepatung paling lama adalah dalam bentuk nymph dalam air. Nymph (Lihat Foto disebelah) ini berada dibawah permukaan air dan makan menggunakan taringnya untuk memakan jentik-jentik nyamuk atau sebarang hidupan yang berada dipermukaan air. Pada peringkat ini lazimnya nymph mempunyai insang untuk pernafasan dalam air seperti juga hidupan lain dalam air. Ia juga mampu untuk berenang dan bergerak dalam air. Kajian menunjukkan larva pepatung biasa hidup antara 2 bulan hingga 3 tahun dalam air (ada yang dilaporkan sehingga 5 tahun). Peringkat ini jarang-jarang dapat kita lihat kalau tidak membuat kajian secara mendalam dan merekodkannya dengan tepat. Sebenarnya saya sebelum ini pun kurang mengetahui akan perkara ini sehingga membuat rujukan dalam beberapa buku mengenai serangga ini.
Apabila larva atau nymph ini sudah bersedia untuk jadi pepetung dewasa (metemorphosis), maka larva akan naik kedarat dan akan terus hinggap pada daun tumbuhan yang terdapat disekelilingnya. Selepas itu badannya akan mula mengeras dan seterusnya mula untuk bernafas seperti haiwan didarat. Seterusnya proses pembentukkan dua pasang kepak yang jernih dan kuat akan berlaku. Ini diikuti dengan pembentukkan organ seperti bahagian mata, kaki, ekor dan sebagainya. Proses metaophorsis ini memerlukan masa yang berbeza-beza antara spesis dragonfly, persekitaran, cuaca dan juga sumber makanan. Selalunya pada waktu ini ia makan serangga halus, hamama atau kutu daun sehingga ianya mampu untuk terbang. Kajian penulis kini mendapati pepatung merupakan satu-satunya antara jenis serangga unik yang mana ia mampu terbang 6 arah ; KEDEPAN, KEKIRI, KEKANAN, KEBELAKANG, KEATAS dan KEBAWAH dengan pantas dan cepat menggunakan kepak dan ekornya dalan teknik pergerakan yang unik. Dragonfly dewasa apa yang penulis lihat biasanya mampu hidup antara 5 - 6 bulan dalam keadaan iklim yang biasa. Ia bergantung kepada spesis, iklim dan juga pemangsa.
Saya juga mengetahui semasa belajar di Universiti dulu bahawa dragonfly adalah sejenis serangga pemangsa (Predator) yang sangat berguna dalam sektor pertanian. Kenapa ia berlaku?. Ini kerana pepatung akan memakan serangga perosak tanaman seperti Lalatbuah (Dacus dorsalis) atau (Fruit Fly - foto sebelah), Nyamuk, Belalang kecil, Kumbang, Semut, Hamama dan banyak jenis serangga lagi. Dikawasan kebun mangga atau buah-buahan tropika seperti jambu batu, nangka, betik, belimbing dan lain-lain pepatung akan mengurangkan populasi lalat buah dengan baik sekali. Dalam teknologi kawalan perosak bersepadu (Intergrated Pest Management - IPM) tidak banyak yang menyatakan mengenai kepentingan dragonfly sebagai salah satu serangga yang berfaedah. Kalau cuaca panas lazimnya populasi serangga perosak tanaman akan bertambah dan juga populasi dragonfly juga bertambah. Ia menyeimbangkan populasi antara kedua-dua serangga dalam ekosistem. Kini bagi lokasi seperti di kawasan perumahan di bandar dimana terdapat pepatung yang banyak akan memakan nyamuk yang membiak dikawasan berhampiran. Secara tidak langsung kehadiran dragonfly mampu untuk mengurangkan ancaman nyamoh seperti nyamok aedes atau nyamok jenis lain.
Di Malaysia tiga jenis pepatung ialah Dragonfly yang mempunyai saiz besar dan sederhana dan sejenis lagi di panggil Pepatung Jarum atau Damselffly yang kecil dan perlahan (Lihat foto sebelah). Satu jenis lagi di panggil sebagai Anisozygotera iaitu kombinasi antara keduanya. Serangga kecil ini saya lihat memang mempunyai pelbagai warna menarik seperti biru, merah, hijau, hitam, ungu, kuning, silver dana banyak warna lagi. Saya amat suka melihat beberapa spesis dragonfly yang mempunyai warna kuat yang cantik seperti merah, ungu dan biru. Kekuatan warna ini juga yang menyebabkan musuh semulajadi dragonfly dikesan oleh musuhnya. Musuh utama yang memakan dragonfly seperti burung, cicak, megkarung dan semua haiwan pemakan serangga. Burung selalunya suka menangkap dragonfly yang berterbangan ketika matahari mula bersinar dar awal pagi hingga lewat petang. Haiwan seperti cicak dan mengkarong akan mekan dragonfly yang hinggap pada tumbuhan rendah. Selain itu serangga Labah-labah yang memasang jaring (spider-web) juga merupakan pembunuh tegar dimana dragon yang sangkut pasti akan jadi makanan labah-labah. Penulis juga meneliti tentang serangga semut dan kerengga juga kadang-kadang menangkap kaki pepatung untuk dijadikan makanannya. Bagaimana pun kini manusia masih belum dikategorikan sebagai musuh kepada dragonfly.
Pepatung telah dijadikan inovasi oleh manusia untuk mencipta 'Helikopter' yang mampu terbang dengan konsep yang hampir sama. Rekabentuk, warna, cara pergerakan, cara terbang banyak menggunakan pergerakan pepatung. Ramai antara kita akan tertarik bagaimana pantas dan uniknya kaedah pepatung bergerak. Helikopter menggunakan kipas diatas untuk naik dan turun, ekor di belakang untuk menghala laluan dan turbo di belakannya untuk maju kehadapan. Pergerakan pepatung adalah sesuai untuk memburu mangsa yang terdiri daripada serangga kecil lain yang terbang dengan pantas. Dengan mempunyai kepak yang tidak berwarna dan kaki yang kuat, pepetung mampu menangkap mangsa dengan cekap dan pantas. Serangga ini dimakan dengan mulutnya yang mempunyai gigitajam dan kuat. Pepatung merupakan sejenis serangga yang ujud semenjak zaman purba dimana terpapat fosil-fosil yang ujud semasa zaman dinosour yang musnah akibat perubahan iklim dunia. Serangga ini dikaitkan dengan pelbagai kepercayaan agama, kebudayaan dan kepercayaan diseluroh dunia. Kehebatannya dalam mengadaptasi cuaca, iklim dan suhu menyababkan ianya terus ujud dan membiak sehingga kini. Pepatung dikaitkan dengan alam sekitar yang bersih, mampan dan tidak tercemar dimana ianya ianya tinggal. Keujudan air sangat penting untuk pepatung membiak. Dikalangan para saintis pepatung beoleh di katakan sebagai "Doktor Udara" dimana ianya memakan serangga pembunuh manusia seperti nyamuk aedes dan nyamuk tiruk. Saya gembira dapat menulis artikel yang sangat berinformasi kali ini. Wasallam!
SERANGGA UNIK...IA TERAPONG....
TERBANG PANTAS...DIKAMPONG....
IA PEMANGSA... AMAT TERAGONG...
Related articles you may read:
1. Kerengga (Klik disini)
2. Semut Hitam (Klik disini)
3. Fruit Fly (Click Here)
4. Belalang Kunyit (Klik disini)
5. Bee Keeping Eqiipments (Click here)
By,
1. Kerengga (Klik disini)
2. Semut Hitam (Klik disini)
3. Fruit Fly (Click Here)
4. Belalang Kunyit (Klik disini)
5. Bee Keeping Eqiipments (Click here)
By,
M Anem
Senior Agronomist
Senior Agronomist
Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS),
Jalan Persiaran Usahawan, U1, Shah Alam,
Jalan Persiaran Usahawan, U1, Shah Alam,
Selangor,
Malaysia
(Kemaskini pada 6 Mei 2013)
(Kemaskini pada 6 Mei 2013)
Demikianlah Artikel DRAGONFLY (PEPATUNG)
Sekianlah artikel DRAGONFLY (PEPATUNG) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DRAGONFLY (PEPATUNG) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/06/dragonfly-pepatung.html