GABUS

GABUS - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul GABUS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel GABUS, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : GABUS
link : GABUS

Kamu Bisa Download File GABUS di bawah ini !

Baca juga


GABUS

GABUS (Cork) adalah satu perkataan dalam Bahasa Malaysia yang memberi makna sebagai akan suatu bahan lampung yang mempunyai banyak kegunaan (Sila lihat foto diatas). Mungkin bahan gabus kini kurang dikenali oleh orang muda kerana banyak penggunaan bahan plastik dan sebagainya menggantikan gabus. Pada saya gabus mudah dikenali kerana ia digunakan sebagai penutup botol terutamanya minuman bergas dahulu dan lebih banyak digunakan kepada minuman beralkohol seperti wain. Ini kerana sifat semulajadi gabus yang menjadi mengecut dan mengembang (impermeable and buoyant) dalam ia menutup botol yang mudah mengeluarkan gas. Gabus lazimnya dibuat daripada kulit tumbuhan dikenali sebagai Corks Oak (Quercus suber) yang banyak tumbuh dikawasan Eropah dan Afrika. Daripada bahan rujukkan menunjukkan bahagian kulit tumbuhan ini akan di kopek dan diproses sehingga menjadi bahan gabus dengan sifatnya gabus yang lasak boleh mengembang dan mengecut mengikut kegunaannya. Kajian saintifik juga menyatakan bahan yang terkandung dalam gabus adalah Suberin iaitu bahan hydrophobic yang elastik, tahan api, buoyant dan impemeable. Selain itu, kandungan udara yang banyak di dalam bahan gabus menyebabkan ia digunakan sebagai pengapung dalam jaket keselamatan suatu masa dahulu. Artikel malam ini selepas permainan bowling PERPETA di The Summit USJ, Selangor saya sempat menulis artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai gabus untuk bacaan dan rujukkan anda.


Gabus adalah bahan yang sebenarnya berasal daripada tumbuhan, iaitu kulit sejenis pokok dinamakan Corks Oak. Laporan Wikipedia menyatakan terdapat seluas 2.2 juta hektar tumbuhan ini diseluruh dunia dengan sebanyak 32.4% berada di Portugal dan 22% berada di negara Sepanyol. Laporan tersebut juga menyatakan pengeluaran kulit pokok ini untuk diproses menjadi bahan gabus sebanyak 300,000 mt setahun. Pokok Cork Oak yang matang selepas 25 tahun akan diambil kulitnya setiap 9 tahun sekali. Lazimnya untuk dua kali pengambilan pertama kulit pokok cork oak ini adalah berkualiti rendah. Kebanyakan pokok ini mampu tumbuh selama lebih 200 tahun.  Industri mengambil kulit tumbuhan ini dianggap sebagai pertanian lestari kerana pengambilan kulit pokok tidak merosakkan tumbuhan malahan sesuai dilakukan (Sila lihat foto sebelah). Saya fikir pada masa sekarang, gabus telah banyak digantikan dengan bahan buatan manusia yang lain seperti 'Styrofoam'. Bagaimanapun, gabus masih merupakan bahan terbaik kerana gabus adalah sejenis bahan mesra alam, mudah terurai dan tidak meracuni alam sekitar. Selain itu, kandungan udara yang banyak dalam gabus juga menjadikan gabus sebagai penebat yang baik. Oleh itu gabus telah digunakan sebagai pengalas meja bagi makanan panas dan sejuk, dan penebat bagi peti air batu. Gabus juga digunakan dalam pembinaan dinding rumah di negara-negara 4 musim.


Kegunaan gabus dalam industri penutupan botol memang terus digunakan sehingga hari ini terutama untuk penutup botol bergas dan juga minuman wain. Ia juga digunakan sebagai bahan penutup yang berkesan dan tahan lama (Sila lihat foto sebelah). Selain itu kepada pemain sukan badminton, anda tentu tahu yang bulutangkis badminton (Shuttle cock) menggunakan gabus pada pangkalnya dan dicucuk dengan bulu ayam (Sila lihat foto dibawah). Bahan gabus tersebut tidak akan pecah walau pun dipukul sekuat hati oleh pemain hebat dunia seperti Dato Lee Chong Wei dengan 'smash' kencang atau pun para pemain daripada China. Kekukuhan bahan gabus yang digunakan mempastikan mereka tidak kecewa dengan pukulan kencang. Cuba bayangkan jika bahan gabus tersebut pecah dan pastinya permainan badminton tidak akan popular. Lazimnya yang rosak adalah pada bulu tangkis. Selain itu bahan gabus juga digunakan sebagai penebat haba (thermal insulation) yang berkesan digunakan sebagai dinding rumah, siling dan lantai yang berkesan. Pembuatan bot dan pelampong juga menggunakan bahan gabus yang tahan lama dan selamat. Bagi pemancing juga gabus digunakan sebagai pemegang pada joran yang selesa digunakan. Gabus juga sering digunakan sebagai papantanda yang mudah dicucuk dengan jarum atau thumbtack sebagai nootis kepada orang ramai. Begitulah hebatnya bahan gabus yang bertahan sehingga kehari ini penggunaannya. Wasallam!




NAMA GABUS... APAKAH DIA...
BAHAN ELASTIK...LEMBUTNYA...
CORK OAK...POKOK ASALNYA...
HINGGA KINI...BANYAK DIGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1323, The Summit Hotel,
Subang USJ, Pesiaran Kewajipan,
USJ1, 47600, EEP Subang Jaya,
Selangor, Malaysia.
(Hadir Wachana Intelektual Pertanian 2014)



Demikianlah Artikel GABUS

Sekianlah artikel GABUS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel GABUS dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/05/gabus.html