SEMINAR PENGEKSPORTAN HERBA 2015

SEMINAR PENGEKSPORTAN HERBA 2015 - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SEMINAR PENGEKSPORTAN HERBA 2015, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel SEMINAR PENGEKSPORTAN HERBA 2015, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SEMINAR PENGEKSPORTAN HERBA 2015
link : SEMINAR PENGEKSPORTAN HERBA 2015

Kamu Bisa Download File SEMINAR PENGEKSPORTAN HERBA 2015 di bawah ini !

Baca juga


SEMINAR PENGEKSPORTAN HERBA 2015

SEMINAR PENGEKSPORTAN DALAM INDUSTRI HERBA 2015 telah diadakan daripada 17 -19 Ogos 2015 di Hotel Klana Resorts, Seremban, Negeri Sembilan. Seminar ini diadakan untuk memberikan maklumat mengenai proses dan peraturan pengeksportan dan pengimportan herba di Malaysia selaras dengan pembangunan komoditi herba yang kini telah pun dijadikan sebagai sumber ekonomi baru dibawah EPP1. Seramai 200 lebih peserta terdiri daripada pegawai kerajaan, penanam, pemproses dan pengilang produk herba dari seluruh negara hadir dalam seminar kali ini. Mereka datang dengan jemputan oleh Jabatan Pertanian Putrajaya dan sebahagian penanam herba ada menerima khidmat kepakaran atau bantuan daripada projek EPP1 semenjak 2011. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 18 Sep 2015 dengan diiringi oleh YB Exco Pertanian Negeri Sembilan dan juga Ketua Pengarah Pertanian serta para jemputan yang lain. YB Menteri dalam ucapannya menyatakan seminar ini akan mampu memberi laluan akses pasaran dan proses pengeksportan herba kepada peringkat global (Sila lihat foto diatas). Selanjutnya cara promosi baru iaitu cara jualan herba menggunakan ICT dan internet mampu untuk melonjakkan jualan yang kini bernilai RM30 juta setahun. Buku panduan pengeksportan herba oleh MAQIS telah dilancarkan dalam majlis perasmian ini sebagai salah satu gimik pelancaran. Buku ini boleh digunakan oleh pihak berkaitan dalam proses pengeksportan herba keluar negara. Seminar ini juga memberi ruang kepada menteri untuk melawat projek herba belalai gajah di Sendayan, Negeri Sembilan. Projek herba belalai gajah ini telah menghasilkan pelbagai produk belalai gajah dalam bentuk jus, teh, kapsul dan sebagainya. Artikel malam ini saaya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai seminar pengeksportan herba untuk memajukan sektor industir herba dalam negara. 


Sebanyak 23 kertaskerja telah pun dibentangkan dalam seminar ini dimana ia menjurus kepada cara pengeksportan herba. Pada hari pertama pada Sessi 1 beberapa kertas kerja utama berjaya dibentangkan oleh pembentang dari pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan serta pihak swasta. Kertas Utama telah dibentangkan oleh Hj Mohd Anim Hosnan bertajuk 'Cabaran Industri Huluan dari aspek Kawalan Pengeluaran Herba terpilih dari hutan dan perladangan'. Kertas ini menjelaskan beberapa cabaran yang ujud dalam proses pengeksportan dan juga pengimportan herba seperti aspek kuantiti, kualiti, COA (Certificate of Analysis) dan peraturan-peraturan sedia ada dalam pengeksportan herba. Kertas 2 adalah daripada Jabatan Perhutanan Malaysia yang bertajuk 'Pengurusan dan Kawalan Herba dari Hutan'. Kertas ini membentangkan beberapa akta perhutanan mengenai herba dan larangan yang berkaitan pengambilan herba daripada hutan. Ia juga menggariskan beberapa jenis herba yang tidak boleh dibawa keluar daripada hutan sebagai khazanah alam dilindungi. Kertas 3 pula adalah 'Larangan Eksport Herba Keluar Negara' oleh Encik Khairil dari pihak MAQIS. Kertas ini telah mempaparkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pengimport dan pengeksport untuk industri herba. Ia juga menggariskan beberapa proses dokumentasi yang memang diperlukan dalam proses tersebut. Kertas 4 pula bertajuk 'Proses pendaftaran MyGAP untuk perladangan tanaman herba' oleh Bahagian PTIF Jabatan Pertanian Putrajaya. Kertas ini memberi panduan mengenai langkah-langkah untuk mendokumentasi laporan perladangan herba untuk tujuan pengeksportan hasil herba yang menggunakan sistem MyGAP yang seragam.  Kertas 5 pula dibentangkan oleh FRIM dengan tajuk 'Peranan FRIM dalam pensahihan bahan mentah dan produk herba'. FRIM mampu untuk membuat analisis tepat mengenai sesuatu jenis herba (termasuk varieti) atau produk herba dengan peralatan makmal yang paling lengkap lengkap di Malaysia. 



Kertas 6 dibentangkan oleh Sarawak Biodiversity Centre (SBC) yang bertajuk 'Pengalaman SBC dalam kawalan dan penguatkuasaan tumbuhan dari hutan'. Kertas ini membentangkan bagaimana SBC menjalankan aktiviti sebagai satu agensi yang penting di Sarawak. Kertas 7 adalah kertas yang dibentangkan oleh HDD bertajuk 'Pelan strategik dan halatuju EPP1 dan NKEA Pertanian bagi meningkatkan eksport uuntuk herba bernilai tinggi'. Pembentang telah memberi info mengenai beberapa perancangan serta pelan pembangunan projek herba dalam negara untuk jangkamasa panjang. Kertas 8 dibentangkan pada 18 Sept 2015 oleh Jabatan Pertanian bertajuk 'Kluster herba dan Taman Herba Negara bagi pengeluaran bahan mentah bagi menyokong pengeksportan herba negara'. Pembentang menerangkan status perlaksanaan beberapa jenis herba dan kluster herba yang telah dibangunkan dibawah EPP1. Kertas 9 adalah pembentangan oleh MARDI bertajuk 'Cabaran dan strategi meningkatkan eksport syarikat IKS herba dan rempah ratus'. Kertas ini menyenaraikan beberapa strategi untuk pasaran herba berdasarkan kepada isu semasa. Seterusnya adalah kertas ke 10 yang dibentangkan oleh Dr Farah daripada FRIM spesifik untuk Kacip Fatimah bertajuk 'Peranan FRIM dalam pengeluaran bahan mentah Elit Kacip Fatimah'. Ia spesifik mengenai potensi dan cabaran dalam aktiviti pengeksportan herba kacip fatimah. Kertas ke 11 adalah oleh BKKT Jabatan Pertanian bertajuk "MyGAP dan MyOrganic tanaman herba'. Kertas yang dibentang adalah khusus menyatakan proses dan prosedur pengusaha untuk mendapatkan persijilan MyGAP bagi tanaman herba. Kertas ke 12 adalah oleh JAKIM bertajuk 'Persijilan Halal bagi produk herba bagi pasaran domestik dan antarabangsa'. Persijilan ini adalah penting untuk pasaran domestik dan global. Pada hari ke3 baki kertas telah dibentangkan oleh pelbagai Jabatan dan Agensi serta syarikat swasta.


Kertas 13 adalah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertajuk 'Peranan BKKM dalam memudahcara persijilan MESTI dan pendaftaran dan pengeluaran sijil'. Ia menjelaskan beberapa langkah untuk mendapatkan persijilan MESTI yang kini menjadi satu syarat dalam penghasilan produk makanan. Kertas ke 14 adalah kertas lanjutan daripada KKM yang dibentang oleh pegawai BPFK bertajuk 'Keperluan produk herba semulajadi di Malaysia'. Kertas ini menjelaskan proses-proses BPFK dalam menganalisa produk makanan. Kertas ini menarik perhatian peserta kerana ia memberi info baru dan berguna. Kertas ke 15 adalah pembentangan oleh Agrobank bertajuk 'Pembiayaan pembangunan industri herba termasuk bridging finance dalam EPP1'. Projek herba daripada penanaman sehingga pengilangan boleh diberikan pinjaman oleh Agrobank melalui beberapa skim. Kertas ke 16 seterusnya oleh MATRADE yang amat menarik membentangkan kertas bertajuk 'Potensi, Isu dan Cabaran pengeksportan herba'. Ia menjelaskan apakah kedudukan pasaran herba diseluruh dunia dan kedudukan negara dalam perkara tersebut. Seterusnya kertas ke 17 juga agak menarik iaitu mengenai 'Market akses sektor herba diperingkat antarabangsa' oleh Bahagian Biosekuriti Jabatan Pertanian Kuala Lumpur. Pembentang menjelaskan pproduk herba dari negara-negara lain yang bersaing dipasaran dan beberapa maklumat mengenai kedudukan negara Malaysia dalam pengeksportan herba. Kertas ke 18 dibentangkan oleh Syarikat Bioalpha dengan tajuk 'Kajian kes pembangunan pasaran eksport herba ke Indonesia' yang menarik. Ia adalah satu kajian kes yang dijalankan khusus bagi melihat tentang persaingan dan potensi. Seterusnya kertas ke 19 juga oleh pihak swasta iaitu Syarikat Tanamera bertajuk 'Kajian kes pembangunan pasaran eksport  Eksinal Care ke Eropah'. Kertas dari pihak swasta ke 20 adalah daripada BIOTROPIC (M) Sdn Bhd bertajuk 'Pasaran herba di USA' yang mana merupakan satu kertas kajian kes untuk menambah ilmu pengetahuan peserta. Banyak soalawab diantara peserta dengan pembentang setiap kali sessi pembentangan diadakan. Selain itu sebanyak 15 gerai pameran disediakan disepanjang seminar diadakan oleh pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan juga pihak swasta. Seminar ini memberikan banyak pendedahan kepada para peserta beberapa perkara asas bagaimana pengeksportan herba akan menjadi satu proses yang mudah, sistematik dan dapat meningkatkan status industri herba negaara dimasa akan datang. Semuga ia memberi info berguna kepada anda. Wasallam!.
Lawatan menteri di ladang herba Belalai Gajah di Sendayan, NS.
SEMINAR PENGEKSPORTAN... HERBA...
JAB PERTANIAN...PENGANJUR UTAMA...
RAMAI HADIR ...PETANI PENGUSAHA...
BANYAK INFO... DIGUNA BERSAMA...

By,
M Anem,
Main Hall, Klana Resort Hotel,
Seremban, Negeri Sembilan,
Malaysia.
(2 Zulkaedah 1436H)


Demikianlah Artikel SEMINAR PENGEKSPORTAN HERBA 2015

Sekianlah artikel SEMINAR PENGEKSPORTAN HERBA 2015 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SEMINAR PENGEKSPORTAN HERBA 2015 dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/09/seminar-pengeksportan-herba-2015.html