KELAPA - JENIS KELAPA

KELAPA - JENIS KELAPA - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KELAPA - JENIS KELAPA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel KELAPA - JENIS KELAPA, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KELAPA - JENIS KELAPA
link : KELAPA - JENIS KELAPA

Kamu Bisa Download File KELAPA - JENIS KELAPA di bawah ini !

Baca juga


KELAPA - JENIS KELAPA

KELAPA (Cocos nucifera) mempunyai 3 jenis mengikut kategori iaitu KELAPA TINGGI, KELAPA RENEK dan KELAPA HIBRID. Tanaman kelapa daripada keluarga Arecaceae juga merupakan jenis tanaman yang penting dibeberapa negara termasuk di Malaysia. Indonesia merupakan negara yang paling luas menanam kelapa dengan keluasan melebihi 3.8 juta hektar diikuti dengan Filipina seluas 3.6 juta hektar. Malaysia mendudukki tempat ke 10 sebagai pengeluar kelapa dunia dengan kapasiti sebanyak 670,000 biji setahun dengan kawasan tanaman kelapa seluas 85,700 hektar. Kawasan utama tanaman kelapa adalah dipantai barat Semenanjung Malaysia seperti di Perak, Selangor dan Johor serta di Sabah dan Sarawak. Melihat kepada situasi ini menunjukkan bahawa tanaman kelapa amat signifikan dengan kawasan berpulau-pulau yang dikelilingi dengan laut. Tanaman kelapa dikelaskan sebagai serba guna atau pun 'Tree of Life' kerana semua komponen daripada tanaman kelapa boleh digunakan. Pnggunaan perkapita kelapa di Malaysia sekitar 17-18 biji seorang setahun dimana bekalan kelapa tempatan adalah tidak mencukupi untuk kegunaan kilang. Malaysia mengimport sekitar 85 juta biji kelapa setahun daripada negara jiran. Kebanyakkan kelapa yang diimport tersebut adalah dari jenis kelapa tinggi dalam bentuk tuah kelapa tanpa sabut (Kelapa bulat). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 3 jenis kelapa iaitu Kelapa Tiggi, Kelepa Rendah (Kelapa Renek) dan juga Kelapa HIbrid untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada pembaca semua. 


Pokok kelapa jenis tinggi (Tall Variety) merupakan jenis kelapa yang paling banyak ditanam semenjak dahulu kala kerana ia tahan lasak, hidup lama dan memberikan hasil yang memuaskan dengan kos pengurusan yang agak rendah. Pokok kelapa ini mempunyai batang yang besar, tegap dengan bahagian pangkalnya membengkak seperti tapak gajah. Pokok ini mampu tumbuh menegak setinggi melebiji 30 meter dan tidak mudah tumbang. Jarak tanaman disyorkan untuk kelapa tinggi biasanya 9 meter x 9 meter atau lebih jauh lagi kerana ia mempunyai kanopi pelepah daun yang jauh. Jenis kelapa tinggi lazimnya akan mula berbuah selapas 6-7 tahun ditanam bergantung kepada cara pengurusan dan vatieti. Ia mampu menghasilkan diantara 6,000 - 7,000 biji buah kelapa sehektar jika dijaga dengan baik. Buah kelapa tinggi biasanya besar berbentuk bulat atau lonjong bulat dengan sabutnya yang tebal atau sederhana tebal. Ini membolehkan buah kelapa tua yang jatuh atau gugur daripada tempat tinggi tidak akan pecah. Kelapa tua sesuai untuk diambil isinya bagi dibuat pelbagai produk hasilan kelapa seperti santan, VCO, kerisek dan airnya. Diantara beberapa kelapa tinggi yang ada di negara kita seperti Malayan Tall, Tagnanan, West African Tall, Rennel Tall Green, Rennel Tall Orange, RennelTall Gold, West Africal Tall dan beberapa lagi. Dinegara lain terdapat banyak varieti kelapa tinggi tempatan seperti Samoan Tall dan sebagainya.


Kelapa Jenis Renek (Dwarf variety) merupakan jenis kelapa yang rendah dengan ketinggiannya kurang dari 25 meter. Kelapa jenis ini mempunyai saiz batang yang kecil dan lurus daripada pangkal pokok sehingga keatasnya dan tidak mempunyai 'kaki gajah'. Ia cepat berhasil jika ditanam dan dijaga dengan baik sekitar 2-3 tahun sahaja. Jarak penanamannya adalah dekap berbanding dengan kelapa tinggi iaitu sekitar 6.5 meter x 6 meter untuk memberikan kepadatan sekitar 270 pokok sehektar. Pokok kelapa renek juga sering dijadikan tanaman landskap dikawasan taman riadah, tepi jalan utama, kawasan keliling rumah dan tempat awam. Saiz buahnya kecil daripada saiz kelapa tinggi tetapi ia mudah dituai kerana pokoknya tidak tinggi. Buahnya berbentuk bulat atau lonjong bulat dengan sabut yang agak nipis dan isi yang sederhana tebalnya. Terdapat beberapa warna kelapa renek yang ada di Malaysia seperti warna hijau, kuning, oren dan coklat dan sebagainya. Kadar penghasilan kelapa renek bergantung kepada pengurusan tanaman dan juga varieti tetapi lingkungan 7,000 - 8,000 biji sehektar. Kadar hasil ini banyak kerana bilangan pokok kelapa renek yang ditanam dalam sehektar adalah lebih banyak daripada kelapa tinggi.  Diantara beberapa varieti kelapa renek yang ada di negera kita seperti Malayan Red Dwarf (MRD), Malayan Yellow Dwarf (MYD), Malayan Green Dwarf (MGD), Malayan Brown Dwarf (MBD), Kelapa Tacunan dan paling popular adalah Kelapa Pandan.


Kelapa Hibrid (Hybrid coconut) pula merupakan jenis kelapa kacukan diantara kelapa tinggi dengan kelapa renek atau kelapa rendah. Proses kacukan ini dilakukan secara manual atau semulajadi akan menghasilkan anakpokok hibrid yang mempunyai kombinasi diantara kedua ciri-ciri induknya yang dikehendakki. Antara ciri ini seperti ia akan cepat berbuah, saiz buah yang besar dan banyak, isi buah berkualiti, ketahanan kepada penyakit dan sebagainya. Walau ada kajian mengenai kacukan antara kelapa tinggi dengan kelapa tinggi lain dan kelepa renek dengan kelapa renek lain tetapi yang menjadi tumpuan adalah diantara kelapa tinggi dengan kelapa renek. Penyediaan benih kelapa hibrid agak rumit kerana kelapa bersifat 'kacukan silang' yang mana akan menghasilkan kelapa hibrid. Buah kelapa dari pokok kelapa hibrid F1 tidak boleh digunakan untuk dijadikan benih tanaman kerana ia berkemungkinan tidak sebaik induknya akibat proses kacukan silang yang berlaku. Dalam kes-kes seperti ini ramai pihak yang menjual benih F2 kelapa Matag didakwa sebagai benih hibrid kelapa Matag. Ini merupakan satu fenomena kerana kekurangan benih kelapa hibrid Matag dipasaran. Kesalahan denda menjual benih kelapa bukan F1 mengikut undang-undang adalah sebanyak RM500,000 jika dibuktikan bersalah. Lazimnya kelapa hibrid sangat responsif terhadap pembajaan, amalan agronomi dan sebagainya. Diantara beberapa kelapa hibrid yang ada di MAlaysia seperti Kelapa MATAG (Matag Green - CN13, Matag Orange - CN14 dan MATAG Gold - CN15) dan juga kelapa MAWA, MARREN, Sungai Gulang-Gulang (CN-16) dan beberapa lagi.  Varieti Kelapa hibrid masih dilakukan kajian untuk menghasilkan hibrid terbaik dimasa akan datang. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada pembaca blog 'Anim Agro Technology' kali ini. Wasallam.!..


POKOK KELAPA... ADA 3 JENISNYA...
KELAPA TINGGI...ITU PALING UTAMA...
KELAPA RENEK... CANTIK POKOKNYA...
KELAPA HIBRID...RAMAI MAHUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Jorak,
(Pusat pengeluaran benih kelapa),
Pagoh, Muar,
Johor, Malaysia.
(3 Zulkaedah 1436H)


Demikianlah Artikel KELAPA - JENIS KELAPA

Sekianlah artikel KELAPA - JENIS KELAPA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KELAPA - JENIS KELAPA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/09/kelapa-jenis-kelapa.html