CDC PLANTATION - TEH ORGANIK

CDC PLANTATION - TEH ORGANIK - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul CDC PLANTATION - TEH ORGANIK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel CDC PLANTATION - TEH ORGANIK, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : CDC PLANTATION - TEH ORGANIK
link : CDC PLANTATION - TEH ORGANIK

Kamu Bisa Download File CDC PLANTATION - TEH ORGANIK di bawah ini !

Baca juga


CDC PLANTATION - TEH ORGANIK

NATURAL TEA GARDEN (CDC Plantation) adalah satu projek yang dipunyai oleh Doi Chang Tea Co Ltd. yang terletak di lokasi paling utara negara Thailand. Penulis telah melawat lawatan teknikal kelokasi tersebut pada 20 Ogos 2015 bersama delegasi ASEAN sempena Worksyop GAP for coffee sebagai salah satu destinasi lawatan teknikal. Kawasan ladang teh seluas 600 rai ini ditanam dengan pelbagai jenis tanaman seperti buah-buahan, tanaman kontan dan yang paling utama adalah tanaman teh organik. Taklimat diberikan oleh CEO syarikat yang berumur 76 tahun tetapi kelihatan masih cergas dan sihat kerana mengamalkan makanan organik dan gaya hidup sihat. Selain daripada tapak projek ini di lokasi lawatan, syarikat ini juga telah memaklumkan mempunyai kawasan penanaman teh organik disekitar tanah bercerun seperti di Doi Chaang Moob, Tambol Prong Prae, Amphu Mae Lao dikawasan Chiang Rai yang ketingginnya melebihi 600 meter dari paras laut. klim yang sejuk dan panas sederhana, tanah yang subur dan bercerun membolehkan kawasan dipilih amat sesuai untuk aktiviti penanaman teh terutama dengan pendekatan TEH ORGANIK.  Jenis teh yang ditanam adalah Camelia sinensis dan Camelia assamese yang sesuai dengan beberapa adaptasi teknologinya. Kawasan penanaman teh mesti bercerun untuk medapatkan kualiti pokok yang subur dan akan menghasilkan kualitii daun teh yang harum berkualiti. Pokok teh menurut pengurus ladang kurang sesuai ditanam diatas tanah rata (flat land) dan sistem saliran yang kurang baik. Ini kerana walau pun pokok teh hanya 1 meter tingginya diatas tanah tetapi bahagian akar didalam tanah mempunyai kedalaman sehingga 3 meter untuk pokok teh dewasa. Oleh iyu tanah bercerun yang subur dan dalam dengan iklim sejuk amat sesuai untuk penanaman teh. Artikel Isnin ini sempena cuti selepas balik dari Thailand saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai amalan teknologi yang dilakukan oleh syarikat CDC dalam menghasilkan teh organik untuk pasaran global.


Penanaman teh secara organik adalah berbeza dengan amalan agronomi penanaman teh secara konvensional. Menurut CEO syarikat, pokok teh sama dengan tanaman lain memerlukan semua unsur-unsri nutrien permakanan dan ia juga diserang serangga perosak dan penyakit. Oleh kerana tanaman organik tidak menggunakan bahan kimia untuk tumbesaran, maka bahan lain yang sesuai perlu dicari dan diaplikasikan. Baja pokok teh digunakan beberapa kaedah tanaman iaitu dengan amalan menanam pokok kacang tanah (Arachis hypogea) untuk menghasilkan unsur baja Nitrojan (N). Ini kerana tanaman kacang tanah dan kekacang lain mampu mengikat unsur N dalam akar tanah melalui Rhizobium spp dalam bintil akarnya.  Tanaman kacang tanah perlu ditanam diantara barisan tanaman dan sebaiknya dibahagian paling tinggi pada kontour cerun barisan tanaman teh. Ini kerana unsur N yang dihasilkan akan masuk kedalam tanah dan dibawa kebahagian bawah kawasan pokok teh terutama semasa hujan. Penanaman pokok kacang tanah juga mampu menghasilkan buah kacang tanah walau pun hasilnya sedikit sahaja. Bagi menambah unsur Posforus (P) dalam tanah diladang teh organik CDC ini mereka menggunakan buah kelapa. Buah kelapa (isi santannya, airnya dan sabutnya) memang kaya dengan unsur P. Oleh itu buah kelapa yang tua akan dibelah dan dikumpulkan santan, isi. air malahan tempurungnya untuk dibuuh pada pokok teh. Ini merupakan perkara baru pada saya kerana syarikat ini memang menggunakan buah kelapa tua untuk menambah unsur P diantara barisan pokok teh. Magnificient exploration untuk ladang teh organik ini.


Seterusnya apa yang saya temui adalah bagaimana syarikat telah menggunakan  sekam padi (rice husks) untuk mereka membekalkan baja Kalium (K) kepada pada pokok teh. Ini kerana sekam padi dan sebagainya kaya dengan unsur K yang diperlukan oleh pokok teh. Sekam padi ini akan diletakkan pada pangkal pokok teh dimana apabila proses pereputan berlaku maka unsur K akan dibekalkan dalam tanah. Kawasan tanaman teh ini dikelilingi dengan sawah padi dengan tanaman 2-3 kali setahun. Saya juga diperjelaskan bagai mana kawalan rumpai dikawasan ladang teh ini dijalankan. Mereka tidak menggunakan sebarang racun kimia kerana ianya menyalahi amalan perladangan organik. Antara usaha dilakukan adalah dengan memotong rumput menggunakan mesin potong rumput dan dipangkal pokok mereka tajak secara manual. Bagaimana pun yang unik adalah mereka mengawal rumpai dengan menggunakan plastik silvershine atau mudahnya kita pangil 'plastik hitam' yang diletakkan diantara barisan pokok teh selama seminggu (5-7 hari atau maksima 10 hari). Plastik ini perlu direntang sepanjang barisan dan ia secara berselang seli dan akan dialihkan mengikut giliran (Sila anda lihat foto diawah). Amalan ini akan menyebabkan rumput yang ditutup dengan plastik hitam tersebut layu atau mati atau kena stress yang mana ia tidak meninggi. Selanjutnya bagi plot pokok teh yang masih muda maka dicelah-celah barisan yang tidak dibubuh plastik hitam akan ditanam dengan pokok kacang tanah untuk mendapatkan bekalan oksijan pada tanah dan pokok teh. Plastik ini akan tahan untuk dua atau tiga kali pindah sahaja untuk jangkamasa masa sesuai. 

Apa yang saya paling tertarik adalah bagaimana kawalan serangga dan penyakit serta perosak dijalankan diladang teh ini. Terdapat beberapa amalan perladangan organik yang dijalankan mengikut keseuaian. Mereka menggunakan biopesticide untuk mengawal serangga dan perosak seperti tanaman perangkap, tanaman yang bertindak sebagai 'insect repellent' dan juga haiwan predator. Antara yang dapat saya perhatikan dan melalui penerangan CEO adalah kehadiran burung pemangsa serangga dimana ia menyebabkan populasi serangga perosak akan berkurangan. Penggunaan perangkap 'Pelekat Kuning' atau stiker kuning yang dibubuh gam pada plastik luarnya amat berkesan. Pelekat kuning ini akan diletakkan di kawasan sempadan tanaman ladang teh bagi memerangkan serangga perosak yang tertarik kepada warna kuning. Pihak pekerja akan memasang dan terus menggantikannya yang baharu mengikut jadual. Kalau kita di Malaysia diajar pelekat kuning dan biru untuk mengetahui tahap serangan (Treshold level) tetapi diladang  teh ini ia digunakan sebagai kawalan serangga perosak secara organik. Kehadiran burung pemansa pemakan serangga perosak juga digalakkan (terdpat beberapa jenis burung yang dibiarkan hidup dikawasan ladang teh untuk memakan seangga). Pemasangan lampu perangkap dimalam hari juga dilakukan untuk menarik serangga perosak walau pun ianya akan merosakkan serangga pemangsa juga. Penanaman tanaman perangkap (trap crop) juga dilakukan diladang teh ini yang ingin mengamalkan perladangan organik sehingga mendapat akreditasi antarabangsa. Seorang pelajar dari Perancis (Miss Sarah) menghabiskan masa 6 bulan diladang organik ini untuk membuat thesis mengenai perladangan organik dikawasan ladang teh tropika. Semuga laporan artikel ini membuka mata dan menambah ilmu pengetahuan penulis dan pembaca semua. Wasallam!.


Peta lokasi ladang teh organik.

Ms Sarah pelajar dari Perancis beri taklimat.

LADAN TEH.... ORGANIK AMALANNYA...
PELBAGAI KAEDAH... DIGUNA SEMUA....
HASIL SEDIKIT... MAHAL PRODUKNYA...
DALAT MENULIS... BLOG BERMAKNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bilik Pameran dan Syarahan,
299 Moo 5, Moobarn, Huaysamplobpla, Doi Chaang Rd,
Tambong Pongprae, Amphur Maelao,
Chiang Rai, Thailand.
(21 Ogos 2015)
Mengikuti ASEAN worksyop GAP for coffee 2015.


Demikianlah Artikel CDC PLANTATION - TEH ORGANIK

Sekianlah artikel CDC PLANTATION - TEH ORGANIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel CDC PLANTATION - TEH ORGANIK dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/09/cdc-plantation-teh-organik.html