Judul : KANTAN - PES BUNGA KANTAN
link : KANTAN - PES BUNGA KANTAN
KANTAN - PES BUNGA KANTAN
PES KANTAN?. Itulah persoalan yang saya fikir semasa kali pertama melihat usaha memproses bunga kantan menjadi produk cangih 'Pes Kantan'. POKOK KANTAN (Phaeomeria speciosa) asalnya merupakan sejenis tanaman yang tumbuh liar di kawasan lembab tetapi kini ia telah dikomersilkan dan diproses menjadi produk baru selain daripada ianya dijual segar. Penahkan anda membeli 'pes bunga kantan' atau produk sepertinya sebelum ini?. Saya agak memang tidak ramai yang pernah membuat pes bunga kantan sendiri atau terfikir untuk membuatnya. Ini kerana bunga kantan segar mudah dibeli di pasar basah, pasar malam, pasar tani malahan dalam Hypermarket. Memang agak sukar untuk kita membeli bunga kantan yang segar pada bulan-bulan tertentu seperti bulan Ogos - Oktober setiap tahun kerana masaalah bekalannya amat kurang sehingga mencecah harga yang tidak logik mahalnya (Sila baca artikel berkaitan - Sila klik disini). Bunga Kantan sering digunakan untuk masakan melayu ini adalah tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae. Laporan daripada Jabatan Pertanian mendapati terdapat sekitar 120 hektar tanaman pokok bunga kantan di Malaysia yang banyak ditanam di Johor, Selangor dan Pahang. Sebut sahaja bunga kantan tentu kita teringat akan Laksa Penang, Asam Pedas, Ulam Nasi Kerabu dan sebagainya. Selain daripada ia digunakan sebagai perasa masakan, bahagian batang pokok bunga kantan dipercayai boleh mengubati sakit bengkak-bengkak. Ada juga dakwaan yang bahagian buah kantan membantu meningkatkan selera makan dan bijinya mampu mengubati penyakit telinga. Sistem penjagaan tanaman pokok kantan adalah mudah dan ia adalah komoditi yang menguntungkan jika diuruskan dengan baik. Artikel malam Jumaat ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai produk pes bunga kantan hasil lawatankerja ke projek usahawan tanaman kantan di Batu Pahat sebagai satu produk makanan berasaskan bunga kantan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
Pokok Kantan yang berumur dua tahun mula megeluarkan hasil jika penjagaan dilakukan dengan baik. Menurut Cikgu Hamdan iaitu seorang usahawan dan penanam bunga kantan seluas 10 hektar dengan bantuan 15 petani kontrak, aktiviti memetik bunga kantan dilakukan dua hari sekali. Bunga kantan yang masih berbentuk kudup akan dipotong dengan pisau tajam sepanjang 20 - 25 cm dipangkalnya dan dibersihkan dari kekotoran sebelum dimasukkan kedalam bakul (Sila lihat foto sebelah). Bunga kantan jenis pink (ada yang kata merah jambu atau merah) yang mendapat pasaran baik akan digredkan dengan Gred A (RM0.80 - RM1.00 sebatang) dan juga Gred B (RM0.50 - RM0.60 sebatang). Jika ada jenis bunga kantan berwarna pink kehijauan lazimnya ia akan diasingkan untuk tujuan membuat pes bunga kantan atau tujuan lain. Pada bulan Mei setiap tahun merupakan musim bunga kantan keluar dengan banyak atau dalam bahasa saintifik sebagai 'Peak Season' menuai untuk bunga kantan. Oleh kerana itu perlu ada aktiviti memproses bunga kantan dilakukan jika bekalan banyak yang boleh menyebabkan harga jatuh di pasaran.
Bunga Kantan segar yang dituai akan dipilih mengikut gred dan kemudian ia akan dibasuh dengan air yang mengalir sehingga bersih (Sila lihat foto disebelah). Bunga kantan segar lazimnya banyak yang hanya tahan sekitar selama seminggu sahaja tanpa apa-apa rawatan atau penyimpanan dalam bilik sejuk. Bagi membuat pes bunga kantan, lazimnya bunga kantan ini akan dimasukkan dalam mesin kisar beberapa kali sehingga semua batang dan bunganya hancur menjadi bentuk pes. Air kisar dari bunga kantan akan digunakan semula setiap kali pengisaran bunga kantan dilakukan. Penggunaan air bersih lain jarang digunakan untuk menjaga kualiti pes yang dihasilkan. Pemerhatian penulis mendapati sebanyak 30 batang bunga kantan akan menghasilkan purata sebanyak 4 kilogram pes bunga kantan. Jika harga 30 batang bunga kantan dipasaran RM1.00 sebatang bermakna jumlah kos bahan kisar adalah sebanyak RM30.00. Jika satu kilogram pes bunga kantan dijual dengan harga RM 12.00 sekilogram maka jumlah pendapatan kasar pes bunga kantan sebanyak RM48.00 iaitu perbezaan sebanyak RM18.00 sekilogram. Ini bermakna jika dimasukan kos upah membasuh, mengisar, membungkus, plastik dan kos freezer rasanya ia tidak begitu menguntungkan dakwa usahawan Cikgu Hamdan. Harga ini bagaimana pun masih dalam kajian. Bagaimana pun cara ini perlu dilakukan untuk mempastikan kerana selalunya bekalan bunga kantan yang berlebihan pada bulan Mei setiap tahun dapat digunakan.
Pasaran pes bunga kantan masih belum dikenali ramai menyebabkan agak sukar untuk Cikgu Hamdan menjualnya. Hanya beberapa kilang makanan yang menjadi pembeli tetap prodek pes bunga kantan iaitu Syarikat Derwina di Kuala Lumpur dan Syarikat pembuat Sos Nyona di Melaka. Penggunaan bahan pes bunga kantan dalam Sos Nyonya menupakan paling utama kerana sos ini amat popular untuk hidangan makanan laut. Sos Nyonya juga merupakan bahan sos yang sering diambil ketika makan hidangan seafood kerana citarasa keenakannya dan aromanya sesuai untuk jenis makanan tersebut. Pes Bunga kantan boleh disimpan dalam freezer sehingga dua tahun dengan suhu sejukbeku. Cara ini membolehkan pes bunga kantan sesuai digunakan terutama ketika kekurangan bunga kantan segar seperti pada musim tengkujuh (November - Januari) setiap tahun. Kempen penggunaan pes bunga kantan boleh dikaitkan dengan gayahidup moden sama sepertii penggunakan bahan makanan lain. Diharap artikel iini memberi info berguna kepada anda. Wasalam!.
PES KANTAN... PRODUK BARU...
KANTAN DIKISAR...DAN DIBEKU...
DISIMPAN SEJUK...GUNA PERLU...
HARGA SESUAI...GEMBIRA AKU..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 518, Hotel Katerina,
Jalan Zabedah, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(10 RabiulAkhir 1436H)

Demikianlah Artikel KANTAN - PES BUNGA KANTAN
Sekianlah artikel KANTAN - PES BUNGA KANTAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KANTAN - PES BUNGA KANTAN dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/04/kantan-pes-bunga-kantan.html