DAUN SEKENTUT - KHASIATNYA

DAUN SEKENTUT - KHASIATNYA - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAUN SEKENTUT - KHASIATNYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel DAUN SEKENTUT - KHASIATNYA, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAUN SEKENTUT - KHASIATNYA
link : DAUN SEKENTUT - KHASIATNYA

Kamu Bisa Download File DAUN SEKENTUT - KHASIATNYA di bawah ini !

Baca juga


DAUN SEKENTUT - KHASIATNYA

DAUN SEKENTUT (Paederia foetida) merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan herba dari keluarga RUBIACEAE atau dalam bahasa Inggeris dipanggil 'Skunkvine'. Ramai generasi baru kini kurang kenal akan daun sekentut ini tetapi apa yang saya pasti daun atau batang dari tumbuhan ini jika diramas akan menghasilkan bau busuk seperti 'Bau Kentut'. Sebenarnya bau tersebut merupakan hasil dari bau Sulfur (Sulfur odour) yang kuat menyucuk batang hidung. Kita perlu memanafaatkan akan khasiat daun sekentut tersebut walau pun ada orang yang enggan menyebut akan namanya. Pokok yang menjalar ini lazimnya tumbuh liar didalam hutan dan belukar serta memerlukan tanah subur dengan ada naungan sedikit. Pokok sekentut adalah sejenis pokok yang berasal dari zon iklim sederhana dan tropika Asia. Ia juga lazimnya dikenali sengan nama "akar sekentut" dan "daun kentut-kentut". Pohon ini mendapat namanya daripada bau bersulfur yang dikeluarkan apabila daun atau batang pokok ini terpotong atau hancur. Ia mudah ditanam dengan keratan batang sama diatas tanah atau pun didalam pasu tetapi di Taman Herba Perak ia ditanam dibawah naungan rumah nurserii yang menggunakan 'black netting'  sahaja. Tumbuhan renek ini mudah tumbuh dengan baik ditanah subur dengan sistem saliran yang baik. Kajian daripada laporan ststistik Jabatan Pertanian Malaysia mendapatii keluasan herba atau tumbuhan sekentut ini tidak dilaporkan keluasannya. Mungkin belum ada usahawa yang menanam pokok sekentut secara komersil kerana kurang nilai ekonominya serta tidak tahu jika ada pembeli jika ditaam meluas. Malahan dikalangan petani tumbuhan ini adalah sejenis 'rumpai' yang perlu dimusnahkan kerana ia dikatakan menganggu aktiviti penanaman. Petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" akan satu tajuk iaitu khasiat herba daun sekentut untuk dijadikan bahan bacaan anda semua.

Daun sekentut adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan beriklim tropika macam Malaysia dengan warna daun menghijay dan bentuk daun panjang tirus (Sila lihat foto disebelah). Tumbuhan ini mempunyai jenis batang lembut yang menjalar atau melilit kayu sokong disediakan. Ia mampu tumbuh sehingga 1.5 meter dengan adanya kayu sokongan. Akarnya masuk kedalam tanah dengan perlukan sistem saliran baik. Pokok vegetatif cepat tumbuh jika cukup baja organik dalam tanah. Bahan tanaman dengan keratan batang yang ditanam dalam polibeg dahulu dan disiram sebelum ia boleh dijual atau ditanam dilokasi baru. Daun sekentut yang diramas ketika masih segar sahaja yang kuat mengeluarkan bau tetapi apabila daun tersebut kering ia kurang berbau busuk. Penulis kurang oasti ia dimasukkan dalam pembangunan herba yang dimajukan dibawh EPP1 oleh kerajaan. Ini kerana belum ada kajian komprehensif mengenai herba ini setanding dengan herba popular seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Mahkota Dewa, Misai Kucing, Belalai Gajah, Hemoedu Bumi, Mas Cotek, Hakia Bara dan sebagainya. 

Sebenarnya daun sekentut merupakan antara daun yang boleh dimakan sebagai ulam sewaktu dalam pantang selepas bersalin kerana khasiatnya yang boleh membantu membuang angin dalam badan dan mengubati sakit perut dan bisa-bisa sendi. Nama sekentut diberikan sebab daun dan batangnya akan mengeluarkan bau seakan-akan sulfur bila dihancurkan atau dilumatkan. Rekod menunjukkan bagi masyarakat Melayu, daun ini banyak digunakan sebagai penyedap bau dan pembuka selera apabila dicampurkan dengan ulam-ulaman yang lain dan dijadikan nasi ulam. Baunya yang seakan sulfur itu akan hilang selepas dicampur dengan ramuan lain. Daun sekentut juga boleh digunakan untuk menghilangkan bintik-bintik merah pada kulit bayi. Caranya adalah dengan menumbuk halus daun sekentut kemudian diperah untuk mendapatkan airnya. Air perahan itu kemudian disapukan pada tempat yang gatal-gatal atau di bintik merah berkenaan. Kalau boleh elakkan makan ulam ni bila anda plan nak ke kenduri kawin atau ada majlis keramaian. Sungguh tidak bagus apabila ada dikalangan member selalu hendak buang angin sahaja.

Ada dikalangan kita yang mendengar nama pokok pilihan minggu ini iaitu SEKENTUT sudah tentu agak melucukan ataupun mungkin juga meloyakan. Tetapi sememangnya itulah nama herba berkenaan. Namanya sekali gus memberi bayangan tentang sifat-sifatnya. Pokok herba ini dengan nama saintifiknya Paederia foetida dari keluarga Rubiaceae itu mengeluarkan bau kurang menyenangkan apabila disentuh atau ditiup angin sepertii dilaporkan oleh Akhbar Utusan Malaysia pada 14 April 2012 dulu. Ia merupakan pokok menjalar dengan daun panjang melonjong. Selalunya ia memanjat dan melilit di pagar atau pokok lain. Walaupun baunya kurang menyenangkan namun ramai yang meminati daunnya untuk dijadikan ramuan dalam masakan. Bagi masyarakat Peranakan Baba Melaka, daun sekentut dijadikan ramuan untuk nasi ulam selain daun mengkudu, kaduk, pagaga dan ulam raja. Dalam perubatan tradisional, daun sekentut juga digunakan untuk menghilangkan bintik-bintik merah pada kulit bayi. Caranya ialah dengan menumbuk halus daun sekentut lalu diperah untuk mendapatkan airnya. Air perahan itu kemudian disapukan pada tempat yang dijangkiti gatal-gatal atau bintik merah berkenaan. Selain itu, daun sekentut juga dipercayai boleh mengelakkan rambut cepat beruban walaupun pada usia muda. Selalunya daunnya dijemur sehingga kering dan kemudiannya dibakar sebelum direndam dengan air panas. Air rebusan atau air rendaman kemudian dilapkan di kepala dan dibiarkan kering.

Anda akan berpeluang mengetahui dan mengamalkan satu lagi khasiat atau kegunaan pokok sekentut dalam perubahan berasaskan herba bila melawat Taman Herba Perak. Menurut Pegawai Taman Herba, daun sekentut mujarab untuk membuang angin. Selain itu, kata beliau, ia juga boleh membantu mengubati sakit perut dan bisa-bisa sendi. Beberapa helai (sekurang-kurangnya lima helai) daun sekentut dibersihkan terlebih dahulu dan kemudiannya direbus. Apabila air rebusan sudah menggelegak selama beberapa minit, alihkan air tersebut ke bekas lain. Selepas ia menjadi suam atau sejuk, minum air rebusan berkenaan dua kali sehari atau mengikut keserasian,'' ujar Tajuddin.  Untuk mereka yang kerap menghadapi masalah angin termasuk angin seluruh badan, kaedah itu boleh diamalkan. Manakala bagi sakit perut dan bisa-bisa sendi, ia tidak perlu diulangi selepas penyakit berkenaan sembuh. Artikel ini diharap memberikan sedikit informasi yang sesuai menambah ilmu dalam minda kita. Wasallam!.

DAUN SEKENTUT...PELIK BUNYINYA...
POKOK RENEK...HIJAU DAUNNYA...
BILA DIRAMAS...SULFUR BUSUKNYA..
MENJADI ULAM... ENAK RASANYA...

By,
M Anem, Senior Agronomist,
Taman Herba Perak, Gopeng,
Perak, Malaysia.
(23 JamadilAwal 1436H)
Bersamaan 23 Mac 2015)


Demikianlah Artikel DAUN SEKENTUT - KHASIATNYA

Sekianlah artikel DAUN SEKENTUT - KHASIATNYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAUN SEKENTUT - KHASIATNYA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/04/daun-sekentut-khasiatnya.html