Judul : KOPI ROBUSTA - TENOM
link : KOPI ROBUSTA - TENOM
KOPI ROBUSTA - TENOM
KOPI ROBUSTA (Coffea robusta) merupakan salah satu jenis kopi yang popular ditanam di Daerah Tenom, Sabah. Daripada seluas 3,764 hektar tanaman kopi di Malaysia, seluas 2,226 hektar atau 60% adalah ditanam di Negeri Sabah dan seluas 1,120 hektar di tanam di Negeri Johor. Daerah Tenom di Sabah merupakan salah satu daripada 5 daerah di Sabah yang banyak menanam kopi. Penulis telah membuat rujukkan dengan Jabatan Pertanian Sabah dimana 75% daripada jenis kopi yang ditanam di Sabah adalah dari jenis Robusta dan hanya 25% sahaja menanam jenis Kopi Liberica. Hasil Kopi Robusta di Daerah Tenom merupakan pembekal utama kepada beberapa kilang yang memproses kopi termasuk Kilang Yit Foh yang menghasilkan jenama 'Kopi Tenom'. Di Daerah Tenom juga terdapat satu Pusat Penyelidikan Kopi Jabatan Pertanian dan tanaman minuman lain yang mampu membantu petani menanam kopi. Penulis sempat melawat beberapa plot penanaman kopi Robusta dan Kopi Liberica dalam petak penyelidikan tersebut. Pusat ini juga membekalkan anakbenih kopi kepada petani melalui Pejabat Pertanian Daerah Tenom. Galakan penanaman kopi ini telah diberikan daripada aspek penanaman sehingga kepada memetik hasil dan memproses biji kopi. Malaysia lazimnya mengimport lebih sekitar 90 - 100 ribu mt biji kopi mentah dari Indonesia dan Vietnam untuk pengilang kopi dalam negara. Pengimportan ini dikawal oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu aktiviti penanaman kopi robusta di Tenom untuk dijadikan bahan rujukkan.
Tanaman Kopi di Daerah Tenom telah bermula semenjak zaman kolonial lagi dimana penjajah telah mengenalpasti akan kesesuai tanah dan agro-iklim di daerah ini bagi tanaman kopi. Pekebun kecil diberikan bantuan anak benih, baja dan khidmat nasehat daripada Jabatan Pertanian melalui program penanaman kopi. Kaedah dalam penanaman kopi berbeza-beza mengikut lokasi dimana ada petani yang menanam secara monokrop dan ada yang telah tanam kopi bercampur dengan tanaman lain seperti selingan dengan buah-buahan dan Pisang. Penulis sempat melawat seorang petani Cina dan berbincang mengenai amalan agronomi penanaman kopi robusta pada umur pokok 4 tahun (Sila anda lihat foto disebelah). Puan Lim telah memberitahu setakat ini tidak ada masaalah pasaran kopi robusta kerana kilang kopi Yit Foh menjamin belian RM8.50 sekilogram dengan biji kopi yang telah kering. Agak unik kerana buah kopi robusta dikeringkan bersama kulitnya untuk dijual. Beliau juga menggunakan khidmat kelulut (Heterotrigona itama) dikebunnya tetapi tidak diusahakan untuk beliau mendapatkan madunya. Peranan kelulut dikebunnya telah membantu meningkatkan hasil biji kopi dan buah-buahan lain setelah diletakkan dlam kebun.
Kopi Robusta di kawasan Tenom mempunyai dua kali penghasilan puncak. Puncak pertama dikatakan lazimnya dari bulan Mei - Jun dan kedua adalah diantara Oktober- November. Bagaimana pun menurut pakar penyelidik kopi di Sabah iaitu Encik Andrian menyatakan trend penghasilan buah kopi sekarang sudah tidak menentu seperti dahulu. Bunga kopi robusta berwarna keputihan yang keluar dari node yang hampir serentak mengikut dahan dan pokok. Buah kopi muda akan berwarna hijau berkumpul berdekatan diantara ruas dahan (Sila lihat fotoo disebelah). Buah kopi robusta ini lazimnya akan masak hampir serentak dan tidak sama seperti kopi dari jenis Liberica yang masa buah masak berbeza-beza. Ini kerana masa bunga kopi robusta melakukan pendebungaan dari setiap dahan hampir sama tetapi tidak berlaku kepada kopi liberica dimana anthesis yang berlaku pada bunga didahan sama berbeza-beza masanya. Melihat kepada foto disebelah anda juga pasti dapat melihat yang saiz buah dan warnanya juga agak seragam. Pembajaan dan penjagaan pokok kopi robusta dikawasan Tenom yang baik lazimnya membolehkan ia matang dalam masa yang hampir sama.
Kopi Robusta ini selalunya akan matang hampir serentak bagi setiap dahan. Ini membolehkan petani boleh memetik hasil dengan melorot (scrap) dahan kopi robusta dengan tangan dari pangkal kehujung dahan (Sila anda lihat foto disebelah). Buah kopi robusta yang dipetik cara ini seterusnya akan dimasukkan kedalam bekas (lazimnya tin atau baldi). Kecekapan seseorang memetik kopi ini bergantung kepada kepakaran dan kemahiran seseorang. Semua buah pada dahan akan diambil walau pun ada buah yang telah berwarna merah, kekuningan atau pun masih ada sedkiti hijau (tetapi biji kopi didalamnya sudah matang). Ada kalanya terdapat buah kopi yang telah berwarna hitam atau kering didahan ketika memetik hasil. Kopi yang dipetik ini akan dijemur dibawah sinaran matahari bersama kulitnya selama 4-5 hari (bergantung kepada cuaca) dan kemudian ia akan dijual kepada pembeli biji kopi disekitar Tenom dengan purata harga RM8.50 sekilogram (bersama kulit biji kopi).
Tanaman kopi robusta dikawasan Tenom ini agak unik sedikit kerana ia dikatakan sesuai berbeza dengan beberapa kawasan lain di Malaysia. Kawasan ini mempunyai tanah lanar sungai yang subur dan suhu agak sederhana panas yang sesuai untuk pertumbuhan kopi robusta. Kajian varieti kopi robusta yang sama ditanam didaerah lain didapati mudah diserang dengan masaalah Karat Daun (HV). Terdapat dua kaedah penanaman dijalankan oleh petani iaitu cara tanam monokrop tanpa lindungan dan tanaman kopi bercampur dengan teduhan daripada pokok buah-buahan atau Gliricidia (Sila lihat foto dibawah). Biji Kopi robusta bersaiz keci dengan bentuk yang bulat atau sedikit lonjong paling sesuai diproses menjadi pelbagai jenis produk kopi sama ada ia hanya asas dari biji kopi robusta atau campuran. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca blog untuk bahan rujukkan. Wasallam!.
KOPI TENOM... JENIS ROBUSTA...
DALAM STESYEN...BENIH ADA....
BUAH KECIL... MUDAH DIJAGA....
IA DI TANAM... UNTUK NEGARA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Kopi Robusta,
Jalan Kalang-Kanar, Tenom,
Sabah, Malaysia.
(18 JamadilAwal 1436H)
bersamaan 6 Mac 2015

Perbincangan kajian kopi robusta di Stesyen Pertanian Tenom, Sabah |
DALAM STESYEN...BENIH ADA....
BUAH KECIL... MUDAH DIJAGA....
IA DI TANAM... UNTUK NEGARA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Kopi Robusta,
Jalan Kalang-Kanar, Tenom,
Sabah, Malaysia.
(18 JamadilAwal 1436H)
bersamaan 6 Mac 2015
Demikianlah Artikel KOPI ROBUSTA - TENOM
Sekianlah artikel KOPI ROBUSTA - TENOM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KOPI ROBUSTA - TENOM dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/03/kopi-robusta-tenom.html