Judul : CENDAWAN 'BUNASHIMEJI'
link : CENDAWAN 'BUNASHIMEJI'
CENDAWAN 'BUNASHIMEJI'
CENDAWAN 'BUNA SHIMEJI' (Hysizygus tessulatus) atau 'Brown Beach Mushroom' merupakan sejenis cendawan yang amat popular di Jepun sebagai satu cendawan yang telah dikomersilkan. Cendawan ini sesuai tumbuh dikawasan negara beriklim 'temperate' terutama di Amerika Utara, Eropah dan Australia serta negara lain yang sesuai dengan keadaan tersebut. Cendawan ini selaluinya akan dimakan segar dengan pada keadaan semulajadi ia tumbuh pada batang-batang kayu terutama pada batang pokok Beech yang menyebabkan ia juga akan dipanggil sebagai 'Beech Mushroom'. Cendawan ini mempunyai dua varieti atau jenis iaitu dinamakan Buna shemeji yang berwarna coklat dan juga jenis Bunapi-Shimeji yang berwarna putih. Jenis putih ini telah didaftarkan hakmilik oleh Syarikat Hokto Coporation dari Jepun. Ia telah dikomersilkan di Jepun dengan produk organik yang dijual diseluruh Jepun sebagai makanan yang berkhasiat dan juga mendapat permintaan yang tinggi dipasaran. Penulis sering melihat cendawan ini ada dijual di Supermarket seperti Jaya Jusco tetapi jarang membelinya kerana harganya juga sederhana lumayan. Bagaimana pun penulis telah berpeluang mencuba untuk beli dan makan cendawan Bunashimeju ini semalam yang masih fresh lagi. Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus pulminorius) yang telah menjadi pilihan utama ramai penanam cendawan di Malaysia tidak perlu risau akan kehadiran cendawan ini di Malaysia kerana ia merupakan jenis cendawan beriklim temperate yang perlu diimport dari luar negara. Dari segi rasa cendawan cendawan Bunahimeju ini saya dapati tidak banyak perbezaan dengan rasa cendawan tiram kelabu kerana saya bukan pakar masakan dan penguji citarasa. Bagaimana pun memang enak kerana ia masih 'firm' dan 'solid' selepas dimasak sekejap dan dimakan begitu sahaja (tanpa nasi putih). Artikel kali ini saya menulis sejenis cendawan baru yang kini elah cuba dimajukan di Malaysia dalam "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan rujukan dan menambah ilmu anda.
Melihat dari segi marfologi, cendawan Brown Beech atau Bunashimeji ini mempunyai bahagian kepala yang berbentuk bulat dan separa bulat berwarna coklat atau putih dengan ukurlilit sekitar 3 -6 cm (Sila lihat foto sebelah). Bahagian batangnya berbentuk selinder dengan warna putih dengan ukurlilit sekitar - 2.5 cm. Ia mempunyai bau butter dengan tekstur lembut dan 'firm' dan memang rangup. Bahagian atas (cap) mempunyai pertumbuhan yang lengkap dan rapat apabila candawan ini mencapai umur 3 bulan selapas dimasukan benihnya. Cendawan Brown Beech yang baru ini telah kurang atau hampir tiada rasa pahit berbanding dengan cendawan ini yang tumbuh liar pada habitat asalnya. Ini kerana pemilihan benih dan penggunaan media atanaman yang telah diormulais dengan baik oleh saintis cendawan di Jepun. Daripada kajian mengenai permintaan pengguna hanya jenis Bunashimeji yang berwarna coklat mempunyai permintaan lebih tinggi berbanding dengan cendawan yang berwarna putih. Cendawan ini lazimnya dimasak dengan cara di stim, dimasak dengan minyak zaitun dengan campuran sos tiram dan dimakan masih panas lagi. Cendawan ini boleh dimakan mentah atau tidak perlu dibasuh dengan air kerana ia disediakan dengan cara organik dimana kita hanya perlu potong daripada bungkahnya dan boleh terus dimasukkan kuali. Jaminan ia selamat dimakan ada dipaparkan dalam pembungkusan oleh syarikat pengeluar.
Di Jepun syarikat Hokto Kinoko Company yang dimulakan pada tahun 2006 walau pun asasnya ia berasal dari konsep penanaman cendawan untuk masyarakat berasal dari San Marcos, California. Masa kini kapasiti pengeluaran cendawan oleh syarikat ini adalah sebanyak 6 juta paun setahun dengan penghasilan beberapa jenis cendawan seperti King Trumpet (Eyringii), Maitake (Hen of the Woods), Brown Beech (Bunashimeji) dan White Beech (Bunapi) mushrooms. Kini syarikat ini telah berkembang baik di Jepun dengan kilangnya beroperasi untuk membekalkan cendawan ini diseluruh Jepun. The Hokto Kinoko Company merupakan satu subsidiari oleh Hokuto Corporation iaitu sebuah syarikat pengeluar cendawan cendawan di negara tersebut pada tahun 1964. Hokuto Corporation pada masa ini mempunyai 28 buah kilang cendawan (kinoko) di Jepun dan diseluruh dunia. Keperluan domestik cendawan ini di Jepun mencecah jumlah sebanyak ¥ 300 billion dan kadar permintaan semakin meningkat setiap tahun.
Diantara beberapa inovasi menghasilkan produk cendawan oleh Mushroom General Research Institute adalah mempastikan kajian terhadap kualiti dan teknik penanaman yang lebih menguntungkan dan produktif. kini cendawan ini dihasilkan dalam kilang atau bangunan terkawal yang mampu menghasilkan cendawan ini sepanjang tahun. Kilang ini mampu menghasilkan produk cendawan yang sepenohnya automatik dan moden tetapi ianya adalah mesra alam dan mendapat pengiktirafan sebagai produk organik. Selain itu ia mampu menghasilkan cendawan Busashimeji yang berkualiti dengan citarasa enak dan tahan lama. Pusat Penyelidikan ini terletak di experience di Nagano, Jepun bermula dari tahun 1983 dengan mempunyai seramai 48 penyelidik, saintis dan pakar cendawan melibatkan banyak disiplin termasuk penyediaan media tanaman cendawan ini. Kini Syarikat Hokto (M) Sdn Bhd telah mencuba membuat kilang sama di Nilai, Negeri Sembilan untuk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara. Kilang ini yang dibina menggunakan konsep sama di Jepun akan beroperasi tidak lama lagi dan rakyat Malaysia akan dapat menikmatinya tidak lama lagi. Sama-sama kita tunggu pengeluaran cendawan Bunashimeji yang enak ini dipasaran Malaysia . Wasallam!.
CENDAWAN BUNASHIMEJI...ENAKNYA...
RASA LEMBUT... RANGUP PULA...
ASAL JEPUN...ADA PELABURNYA...
TUNGGU KELUAR... NIKMATNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(23 RabiulAwal 1436H)

Demikianlah Artikel CENDAWAN 'BUNASHIMEJI'
Sekianlah artikel CENDAWAN 'BUNASHIMEJI' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel CENDAWAN 'BUNASHIMEJI' dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/03/cendawan.html