Judul : SETOR MYGAP MODEN
link : SETOR MYGAP MODEN
SETOR MYGAP MODEN
SETOR MyGAP merupakan satu keperluan dalam proses untuk persijilan MyGAP. MyGAP (Malaysian Good Agricultural Practices) telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 28 Ogos 2013. MyGAP adalah penjenamaan semula Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM). MyGAP adalah skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman, akuakultur dan ternakan. MyGAP dilaksanakan berdasarkan piawaian Malaysian Standard (MS). MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice digunakan untuk modul sektor tanaman dan MS 1998:2007 Good Aquaculture Practice (GaqP) – Aquaculture Farm – General Guidelines serta MS 2467:2012 – Code of Practice for Seaweed Cultivation untuk modul sektor akuakultur. Manakala MS 2027:2006 Good Animal Husbandry Practice untuk sektor ternakan. Good Agricultural Practice (GAP) atau Amalan Pertanian Baik adalah amalan pertanian yang menekankan aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial untuk memastikan produk yang dihasilkan selamat dan berkualiti. MyGAP adalah inisiatif Economic Transformation Program (ETP) di bawah Strategic Reform Intiatives – Competition, Standard and Liberalisation (SRI-CSL) yang merupakan enabler kepada National Key Economic Area – Agriculture (NKEA - Pertanian). Bagi mendapatkan sijil MyGAP petani perlu membuat permohonan kepada Jabatan Pertanian sama ada secara manual atau pun 'on-line'. Semua permohonan akan didaftarkan sebelum dilakukan pemeriksaan ladang oleh JuruAudit MyGAP.
MyGAP adalah satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002 untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Skim ini dibangun berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agriculture Practices (GAP). Logo MyGAP merupakan satu logo baru menggantikan Persijilan SALM (Sila lihat foto disebelah). MyGAP adalah bertujuan untuk menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan kerana kandungan residu racun makhluk perosak adalah di paras yang dibenarkan. Ia juga mengurangkan pencemaran alam sekitar dan sentiasa mengutamakan kaedah kawalan perosak bersepadu. MyGAP akan mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak dan juga ini akan menjamin keselamatan serta kebajikan pekerja ladang. Meningkatkan hasil pengeluaran yang lebih berkualiti. Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa. Jabatan Pertanian Malaysia 0sentiasa akan membantu membangunkan industri pertanian negara secara mesra alam dan lestari. Logo MyGAP pada label produk dapat meyakinkan pengguna terhadap keselamatan produk tersebut kerana ia melambangkan jaminan kualiti yang telah melalui beberapa proses pengauditan profesional.
Antara syarat yang pihak audit akan lihat semasa pemeriksaan adalah adanya setor untuk penyimpanan bahan kimia seperti baja, racun serangga, racun kulat, racun rumpai serta bahan kimia lain dengan selamat dan betul. Daripada tinjauan penulis mendapati antara beberapa syarat yang sering petani tidak dapat patuhi syarat adalah ketiadaan Rekod Ladang dan Ketiadaan Setor Ladang. Setor ladang yang standard untuk ladang besar biasanya memerlukan kos yang tinggi berpuloh ribu untuk penyimpanan jumlah bahan input yang banyak dan bersistem (Sila lihat foto disebelah). Susunan dan faktor keselamat setor ladang menentukan penggunaan dan juga penyelenggaraan setor tersebut agar berfungis dengan baik dengan adanya sistem pengudaraan sempurna (ventilation), rak-rak berasingan untuk menempatkan bahan kimia berbeza, sentiasa berkunci untuk menentukan keselamatan dan juga mudah untuk diakses. Bagaimana pun untuk ramai petani yang mempunyai kebun kecil, membina setor ladang adalah suatu yang kurang praktikal. Ada beberapa projek sayuran dan padii berkelompok membina setor ladang secara berkongsi. Bagaimana pun ada juga berlaku tidak senang hati dilakangan petani jika menggunakan setor ladang berkongsi ini.
Kini satu inovasi telah dihasilkan oleh Pegawai Pertanian di Pusat Pertanian Parit Botak yang diketuai oleh Hj Zahit Hassan (Sila lihat foto diatas dan disebelah). Setor yang murah, ringan, selamat digunakan dan tahan lasak ini telah dicipta apabila mereka mendapat laporan hampir 70% pemohon sijil MyGAP gagal kerana ketiadaan setor. Model ini menggunakan Kotak Plastik (Jenama Toyogo yang tahan lasak), Besi Rak, Kunci, Engsel, Getah Lantai dan juga skru. Getah lantai dibawah kotak membolehkan pengumpulan sisa kimia jika tumpah masuk dalam pasir yang disimpan dibawahnya dalam tray. Ia mampu menyimpan beberapa botol racun kimia dalam dua kotak berasingan dengan ruang sesuai dan berkunci. Ia dibina dengan kos sekitar RM250 satu set dan sesuai dipasang dipondok petani atau pada dinding rumah petani yang selamat. Setor MyGAP mini ini adalah ringan sekitar 8 kg sahaja dan tahan lama. Petani dan pekebun kecil sayuran, buah-buahan, padi dan sebagainya sesuai menggunakan setor ini untuk mempastikan juruaudit dapat memeriksanya dan ia dipatuhi. Kepada mereka yang berminat dengan model Setor MyGAP Mini ini boleh berhubung dengan Tn Hj Zahit di Pusat Pertanian Parit Botak, Johor untuk menempah atau mendapatkan maklumat mengenainya. Wasallam@!...
SETOR MYGAP MINI... COMELNYA...
KOS MURAH.. TETAPI TAHAN LAMA...
MUDAH DIPASANG... DIALIH JUGA...
IA BERKUNCI... SIJIL MYGAP ADA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Parit Botak,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(29 Januari 2015)
Demikianlah Artikel SETOR MYGAP MODEN
Sekianlah artikel SETOR MYGAP MODEN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SETOR MYGAP MODEN dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/01/setor-mygap-moden.html