Judul : KOKO - PEROSAK UBPK
link : KOKO - PEROSAK UBPK
KOKO - PEROSAK UBPK
ULAT PENGOREK BUAH KOKO (Cocoa pod borer) adalah sejenis serangga perosak koko yang menyerang bahagian Buah Koko dengan nama saintifiknya Conopomorpha cramerella Snellen. Serangga daripada order Lepidoptera dan keluarga Gracillariidae ini memang telah menghantui ramai penanam koko di Malaysia kerana kesan serangannya yang merudumkan industri koko di negara kita sejak awal 1980'an lagi. Serangga perosak utama tanaman koko di Malaysia ini telah mula ditemui di Sabah pada tahun 1980 dan kemudian di Sarawak pada tahun 1983 dan akhirnya di Jasin Lalang Estate, Jasin, Melaka pada 1986 (sewaktu itu saya bertugas di Melaka) dan akhirnya diistiharkan sebagai serangga perosak di seluruh Malaysia pada tahun 1993. Kajian mendapati serangga merbahaya ini turut dijumpai di Indonesia, Filipina, Papua New Guinea dan juga Australia. Saya terlibat terus dengan operasi kawalan UPBK ini pada tahun 1983 - 1988 dengan aktiviti mengawal termasuk operasi siasatan dan penebangan pokok koko dewasa. Kini apabila Lembaga Koko Malayia ingin menanam dan membangunkan koko dibanyak negeri, para petani akan terus bertanya soalan 'cepu emasnya' mengenai tahap serangan UPBK terhadap koko klon baru yang diperkenalkan oleh LKM. Penulis dapatii LKM telah mengesyorkan 5 klon koko yang baru yang berpotensi untuk ditanam masa kini iaitu Klon KKM 22, MCBC 1, PBC 123, QH1003 dan MCBC 8. Saya ada menulis mengenai klon-klon koko yang disyorkan ditanam di Malaysia (Sila klik disini). Bagaimana pun menurut rakan saya dari LKM, kaedah pengurusan dan amalan amalan agronomi yang baik mengikut MyGAP mampu mendapatan pokok yang sihat dan berhasil tinggi untuk menjamin pendapatan yang baik. Artikel malam ini ambil menonton TV9 perlawanan akhir kedua Piasa AFF Suzuki antara Malaysia dengan Thailand saya dapat mmpu juga menghasilkan artikel dalam "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan rujukan anda.
Mengenali perosak UPBK ini serangga dewasanya bersaiz kecil dengan bentuk dan saiz seakan nyamuk (Sila lihat foto disebelah). Serangga dewasa jantan dan betina boleh dibezakan dengan melihat serangga dewasa betina mempunyai warna oren dibahagian posterior abdomen. Serangga kecil ini aktif diwaktu malam dan jarang ditemui diwaktu sianghari. Jika diteliti saya juga dulu diminta pastikan pada waktu siang berehat dibawah joket dan dahan pokok terutama didalam kanopi. Ia akan terbang jika diganggu dan boleh dilihat dengan mata kasar. Serangan UPBK boleh menyebabkan kerosakan hasil buah koko sehingga 100% jika tiada langkah kawalan dilakukan. Ini yang menyebabkan ramai petani yang telah mengalami serangan UPBK menjadi 'jeran' untuk menanam koko semula kerana dahsyatnya kesan serangan UPBK ketika tahun 1980'an dahulu.
Perlu diketahui umum bahawa peringkat larva (Ulat) merupakan tahap paling merbahaya menyerang buah koko. Serangga dewasa akan bertelur 1 - 3 hari ahaja dan telur akan menjadi larva dalam tempoh 14 - 17 hari sebelum menjadi peringkat 6 - 7 hari dan akhirnya peringkat serangga dewasa hanya 6 - 7 hari menjadikan jumlah lama kitaran hidupnya elama 27 - 33 hari (Sila lihat foto paling atas sekali). Mengenalii simptom atau tanda serangan oleh UPBK adalah penting. Akibat pemasakan buah yang tidak sekata kita boleh lihat dimana buah yang masih hijau terdapat tompokan kuning manakala buah berwarna kuning mempunyai tompokan hijau. Buah yang diserang UPBK lazimnya akan menjadi lebih berat dan tidak bergoncang isinya berbanding dengan buah yang tidak diserang yang ringan dan bila digoncang ada ruang biji didalamnya. Lubang masuk UPBK akan dapat dilihat jika dibahagian kulit buah koko dihiris nipis dan lubang keluar yang jelas pada permukaan kulit koko. Biji koko melekat dan bercantum diantara satu sama lain dan rosak serta tidak boleh digunakan. Biji koko tidak dapat digunakan berikutan biji tidak membesar akibat kekurangan nutrien. Buah rosak ini perlu dipastikan dimusnahkan kerana ia punca pembiakan yang aktif bagi perosak ini.
Kawalan perosak UPBK perlu dijalankan dengan sistematik dan mengikut konsep IPB. Penggunaan bahan kimia eperti racun serangga yang disyorkan adalah racun dengan bahan aktif Cypermethrin dan juga bahan Deltamethrin setiap dua minggu. Semburan racun ini perlu dilakukan setiap dua minggu dengan menyasarkan bahagian buah dan kanopi pokok koko. Mengamalkan Konsep 4P iaitu Pemangkasan setiap 3 bulan, Pembersihan kebun yang teratur, Penuaian hasil koko dengan lebih kerap dan Pembajaan mengikut jadual membantu mengawal UPBK dengan berkesan. Kita boleh menggunakan kawalan biologi iaitu memelihara Semut Hitam Koko sebagai kawalan biologi yang berkesan. Gantung sarang semut hitam yang diperbuat daripada daun kering pada pokok koko dengan jumlah sesuai. Semut hitam akan makan ulat UPBK ini dan mempu mengurangkan kadar serangannya. Bagaimana pun petani perlu sentiasa periksa sama ada semut hitam pada pokok masih banyak terutama dimusim hujan. Penggunaan teknik kawalan cara mekanikal boleh dilakukan dengan menggunakan pembalutan buah koko. Ini akan menghalang serangga dewasa bertelur pada kulit buah koko. Amalan ini kurang dilakukan kerana kos yang tinggi untuk membalut setiap biji buah koko. Lembaga Koko Malaysia turut menjalankan kajian penggunaan fungi entomopatogenik, bakteria, semio-kimia dalam menangani masalah perosak utama koko ini walau pun ianya belum diistiharkan sebagai pelengkap kepada kawalan serangan UPBK dinegara kita. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog "Anim Agro Technology". Siapa yang menjadi juara piala AF uzuki 2014 ini?. Wasallam!.
NAMA UPBK... PENGOREK BAHAYA...
SERANGAN ...100% HASIL TIADA....
PERLU DIKAWAL...DENGAN SEGERA...
TANAM KOKO... RAMAI SUDAH FOBIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Koko Kelompok,
Kg Kesang Laut, Ledang,
Johor, Malaysia.
(28 Safar 1436H)
Demikianlah Artikel KOKO - PEROSAK UBPK
Sekianlah artikel KOKO - PEROSAK UBPK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KOKO - PEROSAK UBPK dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/01/koko-perosak-ubpk.html