Judul : KELAPA -MENANAM MATAG DAN PANDAN
link : KELAPA -MENANAM MATAG DAN PANDAN
KELAPA -MENANAM MATAG DAN PANDAN
KELAPA (Cocos nucifera) merupakan tanaman ke empat terpenting di Malaysia setelah kelapa Sawit, Getah dan Padi. Terdapat seluas 98,500 hektar tanaman kelapa dilaporkan oleh Jabatan Pertanian malaysia dengan menghasilkan sebanyak 611,000 biji kelapa setahun pada tahun 2013. Malaysia kini masih mengimpot sebanyak 72 juta biji kelapa tua setahun daripada Indonesia terutama untuk kegunaan kilang memproses kelapa tempatan. Penulis membuat rujukkan mendapati penggunaan perkapita kelapa di Malaysia adalah 17 biji seorang setahun dimana dengan pertambahan penduduk dijangka pada tahun 2020 keperluan buah kelapa di Malaysia adalah sebanyak 1.2 billion biji setahun termasuk untuk kegunaan kilang. kelala varieti Malayan Tall telah mendominasi tanaman kelapa sedia ada dalam negara (40,000 hektar masih produktif) dan seluas 10,000 hektar merupakan kelapa dari varieti Matag dan Kelapa Pandan. Bakinya adalah beberapa varieti lain seperti MAWA, WAT, MRD, MGD, MYD dan sebagainya. Teknologi tanaman kelapa Matag yang telah disyorkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia semanjak 2000 menunjukkan produktiviti kelapa negara meningkat. Permintaan terhadap benih kelapa hibrid Matag semakin tinggi setiap tahun daripada penanam kelapakerana ia boleh memberikan hasil yang tinggi. Kelapa pandan pula lebih dilihat ditanam untuk menghasilkan kelapa bagi air kelapa yang berbau pandan. Penanaman kedua-dua jenis kelapa ini kini menarik minat ramai usahawan muda dalam sektor pembangunan industri kelapa negara. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai panduan menanam kelapa matag dan kelapa pandan untuk dijadikan bahan rujukan dan sumber bacaan anda semua.
Kelapa Matag (Didaftarkan sebagai CN13, CN14 dan CN 15) adalah sejenis kelapa hibrid yang dihasilkan secara kacukan melalui pendebungaan silang diantara Pokok Induk Kelapa Rendah Malaya (MRD/MYD/MGD) dengan bunga jantan daripada pokok kelapa Tinggi Tagnanan. Pokok kelapa matag mempunyai batang seperti tapak gajah dan ketinggian sederhana, buah yang lebih banyak dan cepat mengeluarkan hasil. Setiap pokok kelapa Matag mampu menghasilkan hasil sehingga 12 tandan setahun dengan purata buah dikeluarkan sebanyak 12 biji setandan. Potensi hasilnya didakwa mampu mencapai sebanyak 25,000 biji sehektar setahun atau sebanyak 120 - 140 biji sepokok setahun. Ini jauh lebih tinggi daripada hasil daripada pokok kelapa Malaysn Tall sedia ada sekitar 6,000 - 7,000 biji sehektar setahun sahaja. Kelapa Matag adalah sesuai untuk ditanam bagi menghasilkan bekalan kelapa tua untuk menghasilkan santan serta produk lain berasaskan kelapa dan juga sesuai untuk ditanam bagi memenuhi kelapa muda untuk minuman. Kajian penulis juga mendapati buah kela matag adalah besar dan mendapat gred lebih baik jika dibandingkan dengan kelapa MAWA dan Kelapa Renek Malaya (Malayan dwarf). Kajian penulis di Perak dan Selangor pada November 2014 mendapati pendapatan seekar (0.4 hektar) dari tanaman kelapa Matag dewasa mampu menjana RM500.00 sehektar berbanding dengan kelapa sawit hanya sekitar RM180 - RM250 seekar. Permintaan benih hibrid Matag masa kini sangat tinggi dimana sepokok anakbenih tulin dijual dengan harga RM30.00 sepokok. Jabatan Pertaninan memang ada mengeluarkan poster mengingatkan penjualan benih kelapa Matag oleh pihak tertentu yang diambil dari pokok F1. Pembeli peru merujuk kepada Jabatan Pertanian dahulu untuk mengetahui benih yang dibekalkan adalah benih tulin atau tidak. Ini kerana kekurangan benih kelapa hibrid Matag tulin menyebabkan ada pihak tidak bertanggungjawab menjual benih tersebut.
Kelapa Pandan (Didaftarkan sebagai CN6) merupakan kelapa jenis rendah yang mampu menghasilkan banyak buah kelapa di mana airnya berbau pandan (Aromatic coconut). Kelapa ini juga dikenali sebagai kelapa wangi kerana mempunyai isi dan air yang beraroma pandan. Walau pun kelapa ini dipercayai berasal daripada negara Thailand tetapi sebenarnya ia telah ditanam di negara kita sejak berpuloh tahun dahulu dengan pemilihan varieti yang lebih baik (Domesticated variety). Kelebihan kelapa pandan lagi kerana ia jenis kelapa rendah dengan ketinggian sekitar 6 meter sahaja dengan tandan dan buahnya berwarna hijau. Buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Setiap pokok dewasa yang dijaga baik mampu menghasilkan sebanyak 12 tandan setahun dengan purata buah setandan diantara 1- - 12 biji. Kajian dan pemantauan penulis di Pusat Pertanian jabatan Pertanian dan kebun-kebun petani diseluruh negara mendapati kelapa pandan mempu menghasilkan sebanyak 28,000 biji buah sehektar setahun atau purata sebanyak 130 biji sepokok setahun. Kelapa pandan disyorkan ditanam untuk memenuhi bekalan kelapa muda dalam negara dan sebahagian diekspot kenegara jiran (Singapura, Thailand dan Brunei). Harga ladang kelapa pandan sekitar RM 1.00 - RM 1.50 sebiji tetapi apabila dihidangkan direstoran dan Hotel harganya mencecah RM5.00 sebiji dan keatas. Anak poko kelapa pandan tulin boleh dikenali dengan melalui beberapa pemeriksaan bau pada benih yang dikeluarkan. Jabatan Pertanian mampu mengeluarkan lebih 50,000 benih kelapa pandan tulin setahun.
Penanaman kelapa matag dan kelapa pandan dimulakan dengan penyediaan kawasan. Sisa-sia tanaman kelapa lama perlu dibersihkan dengan cara seperti membakar atau dibawa keluar dari kawasan untuk mengelakan pembiakan kumbang tanduk. Terdapat dua sistem penanaman kelapa ini iaitu Sistem Tiga Segi dan Sistem Empat Segi. Jarak tanaman yang diamalkan kan memberikan kepadatan pokok berbeza-beza mengikut jenis kelapa. Bagi kelapa matag dengan jarak tanaman 8.1m x 8.1m memberikan kepadatan 178 pokok sehektar (sistem tiga segi) dan 152 pokok sehektar (Sistem empat segi). Tanaman kelapa pandan pula dengan jarak tanaman 6.5m x 6.5 meter memberikan kepadatan 272 poko sehektar (sistem tiga segi) dan 236 pokok sehektar (Sistem empat segi). Bagi kawasan tanah yang rendah dan mudah dinaiki air kaedah penanaman secara 'Camber' adalah disyorkan. Penanaman cara ini dibuat dengan setiap dua baris kelapa akan diselang dengan parit ladang berukuran 122 cm x 91 cm. Ianya akan memudahkan kerja pengurusan ladang seperti mebaja, mengawal rumpai dan menuai hasil kelapa. Parit ini juga bertindak sebagai penebat banjir sekiranya berlaku hujan lebat dan ianya memberi ruang kepada petani untuk menanam tanaman selingan sesuai bagi mendapatkan pendapatan lebih cepat seperti pisang, jagung, herba dan sebagainya.
Penanaman kelapa perlu dilakukan dengan betul dimana lubang penanaman berukuran 0.45mx 0.45m x 0.45m digali dan dimasukkan 200 gram baja fosfat bersama-sama tanah. Selepas 2 minggu anak benih pokok kelapa matag atau kelapa pandan boleh ditanam dalam lubang tersebut. Siram anak pokok kelapa terlebih dahulu sebelum ditanam. Letakkan anak pokok secara menegak atau membaring bergantung kepada pertumbuhan tunas kelapa. Kemudian timbus dengan tanah bagi menutupi buah kelapa dan PASTIKAN bahagian pangkal tunas berada diatas permukaan tanah bagi mengelakkan serangan kulat. Pembajaan dengan baja NPK 15:15:15 pada tahun 1,2 dan ke 3 diberikan disekeliling pokok dengan kadar 0.5 kg/pk/tahun (1st), 1.0 kg/pk/tahun (2nd) dan 1.5 kg/pokok/ tahun (3rd) dipecahkan kepada 3 kali aplikasi setahun. Pada tahun ke 4 dan seterusnya diberikan baja NPK 12:12:17:2 dengan kadar 2.0 kg/ pk/ tahun pada tahun ke 4 dan sebanyak 3.0 kg /pk/ tahun pada tahun ke- 5 keatas dengan aplikasi juga 3 kali setahun. Kawasan serangan perosak dan penyakit dilakukan dengan Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) secara biologi, kimia, kultura dan mekanikal. Saya dapati serangan oleh Kumbang Tanduk merupakan perosak utama penanaman kelapa Matag dan Kelapa pandan yang boleh dikawal dengan cara menyembur anakbenih dibahagian pucuk dengan racun cypermethrin setiap dua minggu selepas ditanam. Kawalan dengan memasang perangkap feromon, perangkap lampu dan perangkap batang kelapa organik juga berkesan.
Kelapa Matag dan kelapa Pandan akan mengeluaran hasil yang seragam selapas 8 tahun ditanam dan boleh mencapai umur ekonomik sehingga 20 - 25 tahun bergantung kepada amalan agronomi dan pengurusan tanaman. Bagi kelapa Matag penulis buat pemerhatian dimana ia akan mula berbunga sekitar 30 - 36 bulan selapas ditanam. Masa menuai kelapa dari putik buah terbentuk lazimnya mengambil masa selama 12 bulan (setahun) iaitu sekitar sebulan satu tandan. Ini memudahkan kita membuat pengurusan kerana penghasilan tandan kelapa boleh dijangka. Potensi hasil kelapa Matag adalah sekitar 20,000 - 25,000 biji sepokok setahun bagi pokok matang. Bagi kesemua buah kelapa buah matang terbentuk dalam masa 14 bulan selapas seludang pecah. Buah yang matang boleh dikenali dengan perubahan warna kulit daripada warna hijau kepada warna keperangan dan terdebgar bunyi kocakan air aoabila buah digoncang. Hanya tuai kelapa matang untuk mendapatkan hasil kering (copra) atau minyak atau santan maksimum. Bagi kelapa pandan, masa berbunga adalah 30 bulan selepas ditanam dan masa menuai selepas pembentukan putik adalah selama 7 bulan sahaja. Potensi hasil kelapa pandan adalah sekitar 28,000 - 30,000 biji sehektar setahun jika cukup matang. Kelapa Pandan perlu dituai dengan tahap kelapa muda (Sila klik disini) dengan memanjat atau menggunakan tangga. Buah yang jatuh akan pecah dan merosakan kualiti biji kelapa jika tidak dijaga dengan baik. Semua coretan kali ini memberikan ilmu berguna kepada pembac blog "Anim Agro Technology" artikel ke 3,035 ini untuk menambah imlu. Wasallam!.
KELAPA MATAG... PANDAN JUGA...
JADI REBUTAN... DIMANA-MANA...
BENIH MATAG...CARI KETULINANNYA...
BENIH PANDAN ... MUDAH DIBELINYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
United Plantation Estates,
Teluk Intan, Perak
Malaysia.
(2 RabiulAkhir 1436H)
(2 RabiulAkhir 1436H)
Demikianlah Artikel KELAPA -MENANAM MATAG DAN PANDAN
Sekianlah artikel KELAPA -MENANAM MATAG DAN PANDAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KELAPA -MENANAM MATAG DAN PANDAN dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2015/01/kelapa-menanam-matag-dan-pandan.html