Judul : KOPI - SECAWAN KOPI LUWAK
link : KOPI - SECAWAN KOPI LUWAK
KOPI - SECAWAN KOPI LUWAK
Secawan kopi luwak RM300?. Itu merupakan satu laporan kahbar tempatan yang saya baca baru-baru ini. Ia amat menarik perhatian penulis kerana selama ini kopi yang dijual digerai-gerai biasa cuma berharga RM 1.50 - RM2.00 sahaja secawan. Ramai dikalangan kita di kalangan orang Islam yang mungkin terkejut apabila diberitahu bahawa kopi yang 'mahal' ini rupanya adalah jenis 'Kopi Luwak' atau pun dalam bahasa tempatan kita sebagai 'Kopi Tahi Musang'. Mula-mula dengar memang 'kembang tekak' hendak minum kopi tahi musang ini kerana ia adalah dihasilkan sebagai najis binatang. Bagaimana pun ini adalah satu kenyataan satu industri yang ada nilai tersendiri di Indonesia. Siapa sangka najis musang atau luwak kini mampu menjadi komoditi bernilai tinggi yang menguntungkan pengusaha kopi di Indonesia?. Laporan akhbar tempatan di negara jiran ada melaporkan seorang petani yang menggelarkan dirinya Raja Luwak, Gunawan Supriadi kini berdepan kesukaran untuk memenuhi permintaan tinggi kopi luwak yang diproses daripada najis-najis musang peliharaannya. Gunawan tidak bersendirian malahan terdapat ramai pengusaha-pengusaha lain turut mengalami dilema yang sama. Teknologi yang mudah diaplikasikan dengan memelihara musang yang diberi makan dengan buah kopi segar ini merupakan satu adaptasi daripada penemuan musang yang makan buah kopi masak dikawasan kebun dan mengeluarkan biji kopi dalam tahinya dikawasan kebun. Kemudian biji ini diproses menjadi serbuk kopi yang dikatakan enak dan bernilaii tinggi dipasaran domestik dan antarabangsa. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai kopi luwak sekadar untuk rujukan anda dan bukan menjadi bahan lawak.
Beberapa laporan mendapati daripada para pengeksport yang mendakwa bahawa permintaan terhadap biji kopi yang diproses daripada haiwan berbulu spesis musang atau lebih dikenali sebagai luwak meningkat secara mendadak dalam kalangan penggemar kopi di seluruh dunia (Sila lihat kopi luwak segar disebelah). Dibeberapa ladang seperti ladang yang terletak di Lampung Barat, Sumatera mereka memelihara sekitar 40 ekor musang yang fungsinya untuk memproses biji kopi secara semula jadi di bawah jenama kopi Raja Luwak. Ladang tersebut didakwa satu ladang yang sememangnya terkenal sebagai pusat pengeluaran kopi luwak tradisional dan original. Muang yang lazimnya keluar pada malam hari akan makan buah kopi masak dan membuang najisnya merata kebun. Pekerja ladang akan mengutip biji kopi yang dibuang merata kebun dan mengumpulkannya. Biji kopi (tahi musang) ini akan diproses untuk dijadikan serbuk kopi luwak yang memang mempunyai nilai tersendiri. Walau pun teknik semulajadi yang asli ini agak kurang produktif tetapi keaslian kualitinya memang tidak dapat dinafikan. Tradisi kopi luwak dikatakan bermula sejak beberapa ratus tahun lalu ketika era penjajahan Belanda di Indonesia. Larangan membawa pulang kopi yang ditanam oleh tuan-tuan tanah ketika itu menyebabkan petani-petani tradisional mengumpul, membersihkan dan membakar biji-biji kopi tidak tercerna daripada najis haiwan yang mereka temui di dalam hutan.
Kini beberapa teknik mendapatkan kopi luwak dengan lebih produktif telah dilakukan dengan memelihara musang dalam sangkar dan ianya diberikan buah kopi masak sebagai makanannya. Pelihara musang adalah cara mudah dimana ramai mempraktikannya. Ada petani yang memelihara 150 ekor musang bagi menampung permintaan yang semakin bertambah. Menurut seorang pengusaha, beliau memulakan projek ini semenjak tiga tahun lalu dimana dia telah berjaya mengeluarkan kira-kira 50 kilogram (kg) kopi itu dan telah pun menjualnya kepada pengedar-pengedar tempatan. Bagaimanapun jumlah jualan pada tahun 2012 meningkat kepada 300kg. Pada tahun 2013 pengusaha tersebut berjaya menjual sebanyak kira-kira 1.2 tan. Nilai najis emas luwak atau najis musang dari spesis Asian palm civet itu mampu mencecah sehingga AS$800 (RM2,422) sekilogram di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Kajian mendapati sebaik sahaja ia memasuki pasaran maka harga secawan kopi luwak telah diiktiraf antara kopi yang termahal di dunia mampu mencecah sehingga AS$100 (RM300) di beberapa lokasi terkemuka di London. Haiwan musang itu memainkan dua peranan penting dalam proses penghasilan kopi.
Musang yang diternak akan memilih biji kopi terbaik untuk dihadamkan. Pakar-pakar turut berpendapat musang liar paling dicari-cari kerana kecerdikannya, namun ia agak sukar ditemui. Setelah menggigit lapisan luar kulit buah kopi maka biji kopi yang masih berkulit ditelan sebelum sistem pencernaan haiwan itu mula memprosesnya secara semula jadi. Enzim-enzim mula meresap dan memberi keseimbangan kimia terhadap biji kopi, lazimnya jenis Arabica kerana ia banyak ditemui di sekitar Sumatera. Selepas dibersihkan, biji kopi luwak ini kemudiannya dijemur dan dibakar. Biji kopi yang sedia tercerna, dibersihkan, dijemur dan dibakar sebelum diproses menjadi serbuk kopi.Produk akhirnya ialah kopi yang kurang pahit berbanding kopi-kopi biasa serta mempunyai rasa yang unik dan lazat. Kini permintaan dan kadar jualan kopi luwak terus meningkat sebanyak 50 peratus dalam tempoh beberapa tahun kerana pengemarnya sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Negara di rantau Asia Tenggara yang mempunyai populasi 240 juta penduduk itu kini merupakan pengeluar utama kopi luwak. Bagaimanapun industri itu hanya berkembang dalam tempoh beberapa tahun lalu menyebabkan data-data rasmi mengenai jumlah eksport yang dilakukan sukar diperoleh. Penjual-penjual memberitahu kadar permintaan terhadap kopi luwak sentiasa tinggi dalam kalangan golongan berada dan pertengahan di negara itu.
Kini terdapat masaalah dalam mengawal sama kopi luwak yang dijual dipasaran itu asli atau tiruan. Terdapat beberapa jenama tiruan yang dijual dan memang agak sukar mengenalinya kecuali mengetahui sumber asalnya. Beberapa pembungkusan dan promosi yang baik tidak menjamin ia kopi luwak asli atau tiruan. Apa lagi kalau sudah dibancuh didapor restoren yang menjual minuman kopi luwak. Di negara yang mempunyai kira-kira 40 peratus rakyatnya berpendapatan kurang daripada AS$2 (RM6) sehari, kopi luwak dijual pada harga AS$8 (RM16) secawan di sekitar pusat beli-belah. Amalan minum kopi luwak dikatakan bermula beberapa ratus tahun lalu ketika era penjajahan Belanda di Indonesia. Ada beberapa pelanngan kopi luwak yang mendakwa beliau tidak pernah menyukai kopi, tetapi selepas mencuba kopi luwak dia rasakan dunia minuman kopi yang amat berbeza dan dia mula semakin ketagih padanya. Ada yang minum kopi luwak kerana kebaikannya dari sudut kesihatan dimana ia didakwa mampu mencegah penyakit asma, Parkinson, kanser usus dan diabetes. Kini kisaj kejayaan kopi luwak menyebabkan wujudnya beberapa jenama tiruan di pasaran yang menjanjikan pengalaman menikmati kopi yang sama pada harga separuh daripada harga asal. Tidak mahu ketinggalan dalam persaingan itu, usahawan-usahawan di Vietnam memberitahu, mereka telah membangunkan kaedah mengubah biji kopi biasa secara kimia dan menghasilkan rasa yang sama seperti kopi luwak. Wallahualam!.
KOPI LUWAK... HEBAT NAMANYA...
TAHI MUSANG...RUPA-RUPANYA...
IA POPULAR ... DI INDONESIA...
PENULIS BLOG...BELUM CUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kedai Starbuck Station,
Sungai Wang Plaza,
Kuala Lumpur,
Malaysia.
(28 Safar 1436H)
Demikianlah Artikel KOPI - SECAWAN KOPI LUWAK
Sekianlah artikel KOPI - SECAWAN KOPI LUWAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KOPI - SECAWAN KOPI LUWAK dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/12/kopi-secawan-kopi-luwak.html