Judul : TERNAKAN IKAN PUYU (Part 4)
link : TERNAKAN IKAN PUYU (Part 4)
TERNAKAN IKAN PUYU (Part 4)
TERNAKAN IKAN PUYU (Anabas testudineus) merupakan satu usaha yang boleh manjana pendapatan dengan usaha bersungguh-sunggu dan sedikitilmu pengetahuan yang baik. Pengenalan penternakan ikan puyu boleh diperolehi daripada lamanweb, kursus rasmi atau melalui tinjauan teknologi kekawasan projek sedia ada. Kini say adapati memang tidak ramai dikalangan kita di Malaysia yang menjalankan ternakan ikan puyu seperti di negara jiran Thailand. Penulis dapati Ikan Puyu dikenal juga dengan nama ‘Ikan Betok’ dan ada setengah-tengah orang pula memanggil ‘Betik’. Ikan Puyu adalah jenis ikan yang pada umumnya hidup liar di perairan air tawar berukuran kecil dan panjangnya hingga sekitar 25 cm. Setengah-tengah orang memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau mereka menjadikannya platform menghalang kuasa jahat. Ikan ini juga sering dijadikan ikan hiasan didalam rumah kerana ia dipercayai boleh menghalang TOYOL daripada mencuri duit kita (Itu kepercayaan dikampong saya dahulu di Muar, Johor). Maka boleh dikatakan setiap rumah akan memelihara sekurang-kurang seekor ikan puyu dalam rumah terutama apabila dikatakan banyak duit hilang dicuri toyol. Kini kepercayaan tersebut sudah terhakis. Ikan Puyu biasanya menghuni disawah padi, tasik, paya, lubuk dan anak sungai. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana rupa bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama diatas darat walaupun tanpa air. Artikel beberapa siri ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi menternak ikan puyu uuntuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda semua.
Pengawalan Penyakit Ikan Puyu adalah satu perkara yang perlu diberikan perhatian. Dalam cara mengawal penyakit ikan, faktor yang boleh menyebabkan ikan menjadi lemah adalah disebabkan suhu, dimana badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air). Sebenarnya faktor suhu merupakan satu faktor yang penting untuk diperiksa selalu. Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat lazimnya ikan puyu akan mengalami kejutan dimana ini akan menyebabkan ikan menjadi lemah. Antara contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan apabila paras air yang cetek di dalam kolam adalah tidak sesuai. Perkara ini akan menyebabkan di mana air cepat panas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tiba-tiba.yang akan mengejutkan ikan puyu. Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkan ddulu dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan. Jika perkara ini tidak dilakukan maka akan berlaku kejutan kepada ikan. Ini disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air di dalam kolam yang membolehkan ada anakikan akan mati.
Sumber dan mutu air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan pencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm, kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara pH6.5 - pH9.0. Cara untuk pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar juga akan menyebabkan badan ikan menjadi luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberi peluang untuk serangan daripada patogen atau kuman dan ini menyebabkan penyakit ikan akan menyerang badan ikan. Faktor Kesesakan dan kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan kesesakan. Faktor kesesakan lazimnya dapat meningkatkan kandungan ammonia dalam air dimana ia seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada ijuga lazimnya ikan puyu juga turut mengalami tekanan. Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah diberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang. Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupi dan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun. Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke kolam yang lain.
Beberapa teknik bagi mengawal patogen penyebab penyakit ikan puyu perlu dibuat. Pengawalan Patogen, Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk mengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit. Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulus dan Lernaea. Aktiviti pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan membunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam. Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam. Anak ikan puyu yang baru dibeli sebaiknya perlu untuk diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppm selama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini juga dapat menangalkan parasit yang terdapat di luar badan ikan. Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam. Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier. Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai patogen yang akan menjangkiti anak ikan.
Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh menyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.
Mereka yang ingin mulakan projek ternakan ikan puyu perlu menyediakan Pelan Rancangan Perniagaan (Business Plan). Lazimnya projek ternakan ikan puyu dilaksanakan adalah sebagai langkah usaha sampingan untuk menambah pendapatan. Ini kerana ternakan ikan puyu ini mendapatkan permintaan yang tinggi di kalangan penduduk tempatan. Beberapa kriteria perlu dititiberatkan kepada projek ini termasuk aspek Kolam Ternakan. Kolam ternakan air tawar bergantung kepada size projek secara kecil-kecilan atau komersial. Kolam ternakan sebaik-baiknya dikelaskan kepada 3 kolam mengikut kategori Kolam seperti kolam pembenihan, kolam penggredan dan kolam ternakan. Kolam sebaik-baiknya dinaiktarafkan kolam yang sedia ada adalah untuk meningkatkan lagi produktiviti dan lebih berdaya maju. Selaras untuk memenuhi pasaran tempatan. Dalam cashflow projek ini akan membuat pembelian benih yang berkualiti dan bermutu. Ini bagi memastikan ternakan yang dijalankan dapat dirancang dan diprogramkan dengan pengurusan yang teratur. Benih ikan puyu boleh diperolehi dari pembekal tempatan dengan kadar harga Saiz 1 Inci (Harga10 Sen), Saiz 1.5 Inci (12 Sen) dan untuk benih Saiz 2 Inci (15 Sen). Pengeluaran hasil ikan puyu meliputi aspek kemasukan benih induk, pemakanan, pengawanan, penggredan ikan dan pengeluaran ternakan ikan puyu. Pengeluaran mengambil masa dalam tempoh 4 – 6 bulan. Jumlah pengeluaran adalah bergantung kepada sistem dan pengurusan kolam ternakan yang diuruskan. Analisa menunjukkan secara puratanya, pulangan kepada penternak pada kadar anggaran 80% setiap kali tuai dan jualan. Kadar hidup ternakan ikan dititikberatkan bagi mendapatkan hasil dan pulangan yang baik.
Pemasaran ikan puyu disekitar pasar-pasar malam dan pasar awam yang mendapat permintaan tinggi dari orang ramai. Terdapat tiga (3) kategori harga untuk memasarkan ikan iaitu daripada jualan Harga Ladang. Harga di ladang ditentukan oleh kos pengeluaran bagi setiap kilogram ikan yang dihasilkan dan dicampur dengan keuntungan yang bakal diperolehi oleh penternak. Di samping itu harga di ladang juga ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran. Harga Borong adalah harga yang ditentukan oleh pemborong. Harga ini meliputi harga ladang dicampur dengan kos pengendalian serta juga kos pengangkutan dan keuntungan yang bakal diperolehi oleh pemborong. Biasanya harga borong lebih tinggi dari harga di ladang. Harga Runcit merupakan harga yang akan dibayar oleh pengguna. Harga ini jauh lebih tinggi dari harga borong. Harga runcit meliputi harga borong campur dengan beberapa kos yang ditanggung oleh peruncit seperti kos upah, kos menyimpan, kos sewa, keuntungan dan sebagainya. Jelas jualan secara runcit lebih menguntungkan dan lumayan. Pada penulis industri ternakan ikan air tawar berdayamaju dan berpotensi untuk komersial. Sebagai usaha sampingan kepada para petani dan nelayan. Ini kerana ikan puyu mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan orang ramai dan menjadi satu usaha sesuai dilaksanakan. Semugq qrtikel ini memberikan info berguna kepada bakal penternak ikan puyu di negara kita. Wasallam!
IKAN PUYU.. BETUK PUN SAMA...

MUDAH DITERBNK...OLEH SEMUA...
PILIH TAPAK...BENIH DARI MANA...
MASA SINGKAT...DAPAT HASILNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1542, Hotel Creator,
Batu 20, Jalan Kulai - Air Hitam,
Kulai, Johor,
Batu 20, Jalan Kulai - Air Hitam,
Kulai, Johor,
Malaysia.
(3 Muharam 1436H)
Demikianlah Artikel TERNAKAN IKAN PUYU (Part 4)
Sekianlah artikel TERNAKAN IKAN PUYU (Part 4) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TERNAKAN IKAN PUYU (Part 4) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/11/ternakan-ikan-puyu-part-4.html