NEKTAR DI HUTAN AKASIA

NEKTAR DI HUTAN AKASIA - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NEKTAR DI HUTAN AKASIA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel NEKTAR DI HUTAN AKASIA, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NEKTAR DI HUTAN AKASIA
link : NEKTAR DI HUTAN AKASIA

Kamu Bisa Download File NEKTAR DI HUTAN AKASIA di bawah ini !

Baca juga


NEKTAR DI HUTAN AKASIA

NEKTAR AKASIA (Acacia mangium nectar) merupakan lelehan semulajadi manisan pada celah-celah daun dipangkal dahan (leaf petiol). Nektar ini yang dikeluarkan (secretion process) oleh pokok akasia (Acacia mangium) kini telah dikenalpasti mempunyai potensi yang tinggi untuk dikutip melalui penternakan lebah madu. Pokok akasia merupakan pokok yang mudah tumbuh disesuatu kawasan jika mempunyai kawasan tanah yang telah ada pokok akasia. Pokok akasia hidup di kawasan hutan dan ada yang ditanam sebagai pohon hiasan dan ketinggian boleh mencapai 15 meter. Mempunyai bunga berwarna kuning dan agak wangi, buahnya leper, berkulit keras berisi kekacang dan apabila masak akan bergulung. Ia digunakan sebagai Pokok hiasan jalan ini dapat mencegah hakisan tanah. Tumbuhan ini juga pernah di laporkan untuk digunakan sebagai julap iaitu ubat sembelit untuk kanak-kanak. Ia juga mempunyai aktiviti yang mengurangkan ketegangan dan ‘anti-anxiety’ serta antifilaria untuk kegunaan manusia. Kajian menunjukkan ada kesan keracunan dimana racun pada tumbuhan ini berkebolehan merencat sistem saraf pusat atau otak, menghalang aliran urin, merosakkan buah pinggang, bengkak di kawasan alat kelamin dan kegagalan hati berfungsi secara normal serta memberi kesan toksik kepada sperma. Bagaimana pun penanaman pokok akasia secara komersial adalah untuk mendapatkan sumber bekalan KAYU, MADU LEBAH, TANIN, MAKANAN TERNAKAN dan KARBON. Ia ditanam dikawasan bekas hutan sebagai gantian dan dijadikan projek bernilai tinggi dibeberapa negara. Artikel pada malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai nektar pokok akasia yang boleh dijadikan sumber madu untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Bahan nektar yang dipanggil sebagai 'extrafloral nectary' pada pokok akasia mengeluarkan nektar daripada bahagian luar batang pokok iaitu dilokasi yang dipanggil sebagai 'Axadial side ' berada dipangkal setiap daun akasia dewasa (Sila lihat foto disebelah). Kajian dengan menggunakan mikroskop elektron dimakmal mendapati terdapat bentuk sesalur nektar (nectary cavity) terdiri daripada sel-sel parenchyma yang mengeluarkan cairan manis ini. Bentuknya adalah seperti 'pancake' diman asainya membesar bergantung kepada saiz tangkai daun pada cabang pokok. Apabila pokok sudah matang lazimnya ia mempunyai saiz sama besar dengan ukurlilit tangkai daun. Lazimnya sel-sel parenchyma ini akan bertindakbalas dengan safranin yang terdapat disekeliling tisu yang terbahagi kepada banyak tisu nektar (nectariferous tissue) atau sel Tisu  Epithelial yang membolehkan ia menghasilkan cairan manisan nektar. Cairan ini akan dikeluarkan melalui rongga-rongga (cavity) disekitar pangkal daun pokok Acasia mangium yang dewasa. Penulis membuat bacaan daripada beberapa buku mengenai perkara ini dengan tujuan untuk mengetahui akan keunikan pada pokok akasia ini. Ini kerana rasa ingin tahun bagaimana pokok akasia mampu menghasilkan nektar dengan kuantiti yang banyak dan sesuai untuk dijadikan lokasi menternak lebah madu terutama lebah jenis Apis mellifera. Selain itu ternakan lebah Apis cerana dan Kelulut juga sesuai dikawasan hutan akasia.


Membaca lanjut buku rujukan, difahamkan setiap kawasan 'nectary' dikelilingi oleh beberapa sesalur (vascular bundles) yang dipercayai menghasilkan asal usul sumber nektar. Dalam kajian keratan rentas nectary menunjukkan terdapat organ dinamakan 'slit-like nectar cavity' pada peringkat awal pembentukan tisu yang menghasilkan nektar. Kajian makmal terhadap kualiti manisan nektar mendapati kandungan nektar terdiri daripada bahan gula iaitu 60% adalah Sukros, 25% adalah Glucose dan 15% adalah Fructose. Manisan ini amat digemari oleh serangga yang hidup disekeliling pokok akasia seperti Semut, Kerengga dan Lebah Madu yang akan menyedut manisan tersebut berulang-ulang kali sehingga habis. Jika tidak ada serangga yang mengambilnya, cairan nektar ini akan mengering akibat tersejat oleh panas sinaran matahari atau pun ditiup angin. Kesan daripada kawasan nektar yang kering lazimna akan berwarna berkilat atau kehitaman kerana terdapat jelaga yang tumbuh.  Penulis amat berpuas hati dengan penelitian dan kajian ini di kawasan hutan akasia semasa memberikan kursus perlebahan kepada peserta Agropreneur Muda Lebah Madu Siri 4 di Johor. Modal dan kepakaran usahawan boleh menambah penternakan lebah madu yang luasnya ratusan ribu hektar di Malaysia.


Pokok Akasia merupakan sumber utama yang menghasilkan nektar di Malaysia disamping pokok Gelam (Malluca spp). Terdapat sebanyak 1,300 spesis akasia di negara kita tetapi yang paling banyak menghasilkan nektar adalah jenis Acacia mangium. Umumnya tangkai daun akasia mempunyai saluran (sap) yang mengeluarkan nektar manisan pada siang hari. Pokok yang cepat membiak ini sangat baik digunakan untuk pokok penahan hakisan dilereng bukit dan juga dikawasan hutan yang baru dibuat pembalakan. Penulis membuat rujukkan menunjukkan terdapat sekitar 80,000 hectar pokok akasia di Malaysia di Semenanjung Malaysia sahaja dan ada kawasan luas lagi di Sabah (100,000 ha) dan juga 8,000 hectar di Sarawak menjadikan jumlahnya seluas 188,000 hektar. Penulis yang juga pakar bidang perlebahan membuat kiraan mudah dimana setiap satu haif lebah Apis mellifera yang diletakkan dalam hutan akasia mampu menghasilkan sebanyak 240 kg madu setahun. Jika ada sebanyak 100 haif seorang usahawan dan kita ada 500 - 1,000 orang usahawan seperti ini, kira sahaja berapa banyak madu yang boleh dikutip dari dalam hutan akasia. Program Lautan-Biru (Blue Strategy Ocean) antara MOA, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perhutanan perlu digerakkan bagi mengutip hasil semulajadi seperti dinegara lain untuk mendapatkan madu dari hutan akasia. Wasallam!.


HUTAN AKASIA... KERAJAAN PUNYA...
MUDAH TUMBUH... APA GUNANYA...
BANYAK NEKTAR... LEBAH SUKA...
MARI MULAKAN... BERSAMA-SAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Hutan Akasia Sedeli,
KM36, Jalan Kota Tinggi Mersing,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(18 Muharam 1436H)


Demikianlah Artikel NEKTAR DI HUTAN AKASIA

Sekianlah artikel NEKTAR DI HUTAN AKASIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NEKTAR DI HUTAN AKASIA dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/11/nektar-di-hutan-akasia.html