Judul : KELAPA TUA BIJI IMPOT
link : KELAPA TUA BIJI IMPOT
KELAPA TUA BIJI IMPOT
KELAPA TUA BIJI IMPOT merupakan satu fenomena yang masih diperlukan untuk keperluan penduduk Malaysia terutama untuk sektor perkilangan serta keperluan kelapa segar ketika kekurangan kelapa tempatan. Kelapa (Cocos nucifera) merupakan tanaman penting di banyak kawasan tropika terutama kawasan yang mempumyai banyak pulau-pulau dibeberapa negara tropika. Pokok kelapa yang juga digelar sebagai 'Tree of Life" ditanam dibeberapa negara yang menjadikannya sebagai tanaman utama. Malaysia dilaporkan masih menanam sekitar 95,700 hektar pokok kelapa pada 2014 dengan kapasiti pengeluaran sekitar 740 juta biji setahun. Kawasan utama penanaman kelapa di Malaysia adalah di Sarawak, Johor, Selangor, Perak dan Sabah. Kebanyan tanaman kelapa daripada jenis Malayan Tall (MT atau Varieti CN1) dan kini beberapa kelapa jenis baru seperti Kelapa Matag, Tacunan dan SGG akan menggantikan pokok Malayan Tall. Penanaman Kelapa Pandan (Varieti CN6) juga semakin popular untuk kegunaan air minuman kelapa muda. Pengimpotan kelapa tua biji masih diperlukan oleh negara kita terutama daripada negara Indonesia dengan anggaran keperluan antara 110 - 120 juta biji setahun (Sumber Laporan Agromakanan, MOA 2012). Artikel malam ini saya dapat idea menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pengimpotan kelapa tua biji untuk kegunaan beberapa buah kilang memproses produk berasaskan kelapa tua sebagai satu bahan bacaan rujukkan.
Indonesia merupakan negara berpulau-pulau yang amat sesuai untuk industri tanaman kelapa terutama dikawasan persisir lautnya. Indonesia dengan keluasan tanaman kelapa melebihi 3.88 juta hektar adalah pengeluar buah kelapa biji dan kelapa kopra yang terbesar didunia. Pengeluaran kopra mencecah sebanyak 3.2 juta metrik tan setahun membolehkan negara tersebut membekalkan produk kelapa untuk kegunaan domestik dan impot. Kebanyakan tanaman kelapa mereka dilakukan oleh petani kecil dengan keawasan keluasan purata seluas 0.5 hektar sahaja. Data mengenai produktiviti menunjukkan pokok kelapa yang semakin tua menurun produktivitinya dan kualiti kelapa yang semakin menurun. Seperti juga di Malaysia, keluasan tanaman kelapa di Indonesia semakin kuran setiap tahun dan digantikan dengan tanaman lain seperti kelapa sawit, getah, buah-buahan dan tanaman makanan lain. Bagaimana pun kenyataan dari negara tersebut ada menyatakan pelan pembangunan jangka panjang mereka, kawasan di Sumatra boleh diperluaskan tanaman kelapa dan kelapa sawit.Pelan tersebut juga menyatakan cadangan larangan mengekspot biji kelapa bulat pada masa akan datang. Sila link disini: http://kelapaindonesia2020.wordpress.com/kebijakan-pengembangan-kelapa/departemen-perindustrian/
Keperluan dan permintaan untuk kelapa di Malaysia terus meningkat setiap tahun di negara kita. Keluasan tanaman kelapa dalam Dasar Agro Makanan hanya disasarkan seluas 80,000 hektar sahaja pada tahun 2020. Keluasan ini dengan mengambil kira bahawa produktiviti kelapa di negara kita adalah meningkat hampir dua kali ganda daripada sekarang. Penulis berfikir pokok kelapa varieti Malayan Tall serta beberapa kelapa varieti lain yang sudah tua memeng perlu digantikan dengan tanaman baru menggunakan varieti kelapa yang berhasil tinggi. Program tanaman kelapa melalui penanaman semula, tanaman baru, projek intergrasi kelapa dan sebagainya perlu dipergiatkan. Keluasan 80,000 hektar kelapa dijangka mencukupi untuk kegunaan domestik segar sahaja dan munkin keperluan untuk impot bagi kegunaan kilang masih ujud. Jangkaan dan kiraan keperluan kelapa tua biji untuk diimpot pada tahun 2020 adalah sekitar 300 - 350 juta biji. Bagaimanakah perkara ini dapat dilaksanakan kerana hanya beberapa negara seperti indonesia dan Thailand sahaja yang sesuai untuk membekalkan biji kelapa. Ini kerana kelapa daripada Filipina TIDAK BOLEH diimpot disebabkan penyakit bahaya iaitu 'cadang-cadang' yang boleh musnahkan industri kelapa di Malaysia.
Terdapat sekitar 15 - 20 buah kilang memproses kelapa di Malaysia untuk menghasilkan pelbagai produk makanan berasaskan kelapa memerlukan kelapa impot. Kilang-kilang kecil lain masih boleh bergantung kepada kelapa tempatan kerana penggunaannya adalah kurang daripada setengah juta biji setahun. Antara produk utama yang dihasilkan adalah Santan Kelapa, Kelapa Parut, Kerisik, Kelapa Parut dan sebagainya. Santan kelapa pula dihasilkan dalam 3 bentuk iaitu santar segar, santan beku dan juga santan powder. Dalam kajian yang penulis jalankan mendapati permintaan santan kelapa adalah antara yang terus meningkat saban tahun dengan pertambahan penduduk dan gaya hidup masyarakat masa kini. Keperluan santan siap proses bukan sahaja untuk penduduk dikawasan bandar sahaja tetapi kini orang kampong yang ada pokok kelapa dibelakang rumah pun sudah membeli santan siap proses dalam kotak. Ini kerana mereka sudah tidak mahu kerja membuang sabut, mematek buang tempurung dan seterusnya memerah santan kecuali untuk majlis kenduri yang melibatkan banyak santan. Pengimpotan kelapa perlukan permit khas daripada kerajaan yang di kelolakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. SOP untuk mengimpot kelapa juga perlu dipatuhi untuk tujuan ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca. Wasallam!..
KELAPA IMPOT.... DARI MANA...
KELAPA TUA... ASAL INDONESIA...
DIBUAT SANTAN...LAIN2 JUGA...
PERLU DIKAWAL...SETIAP MASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
KCT Industries Sdn Bhd,
Batu 15.5, Jalan Kapar,
Kelang, Selangor,
Malaysia.
(28 Zulhijjah 1435H)

Demikianlah Artikel KELAPA TUA BIJI IMPOT
Sekianlah artikel KELAPA TUA BIJI IMPOT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KELAPA TUA BIJI IMPOT dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/11/kelapa-tua-biji-impot.html