CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 6)

CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 6) - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 6), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel CASHFLOW LEBAH MELLIFERA, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 6)
link : CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 6)

Kamu Bisa Download File CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 6) di bawah ini !

Baca juga


CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 6)

CASHFLOW LEBAH IMPOT (Apis mellifera) merupakan satu ringkasan aliran wang tunai dalam perlebahan untuk kita membuat persediaan dalam usaha memulakan projek ternakan lebah madu. Terdapat 3 jenis lebah madu yang menghasilkan madu dan produk lain berasaskan lebah di negara kita iaitu Lebah Impot (Apis mellifera), Lebah Keran atau Lebah Tempatan (Apis cerana) dan Lebah Tualang (Apis dorsata). Lebah Tualang merupakan jenis lebah liar yang lazimnya membuat sarang pada pokok tualang dikawasan hutan didahan yang tinggi. Lebah liar ini memang tidak boleh diternak kerana sifar semulajadinya memang begitu. Bagaimana pun lebag impot dan lebah keran boleh diternak secara moden menggunakan haif atau kotak lebah dan boleh mempunyai sistem pengurusan yang sistematik. Selain itu kini telah popular penternakan Stingless Bee atau Kelulut (Trigona spp) dikalangan usahawan tempatan. Bagi mereka yang ingin menceburi aktiviti penternakan lebah madu sebaiknya menghadiri kursus asas teknikal dan pengurusan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian atau lain-lain agensi kerajaan atau anjuran swasta. Cara ini akan membolehkan seseorang itu mendapat pengetahuan asas bagaimana teknologi penternakan lebah madu. Kursus-kursus lanjutan boleh menambah kemahiran usahawan lebah dalam beberapa teknik khusus seperti penyediaan ratu lebah, royal jelly, pemprosesann produk dan sebagainya. Penulis fikirkan antara komponen penting dalam kursus perlebahan dan persediaan memulakan penternakan lebah madu adalah mengenai cashflow. Artikel petang Sabtu ini selepas balik dari memberi ceramah kursus lebah di Kuantan saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cashflow ternakan lebah untuk dijadikan bahan rujukan.



Cashflow perlebahan untuk Apis mellifera dikawasan hutan akasia bagi usahawan yang telah 'advance' mempunyai nilai pulangan cashflow yang lebih baik. Selain daripada hasil madu lebah asli yang berkualiti, aktiviti ternakan lebah madu ini boleh menjana pendapatan daripada produk lain seperti jualan koloni, jualan propolis, jualan lilin, jualan royal jelly, jualan ratu lebah, perkhidmatan pendebungaan dan sebagainya. Madu sahaja mampu menjana pendapatan bulanan yang konsiten jika sumber nektar berpanjangan dengan anggaran harga ladang RM40.00 sekilogram dan kadar purata hasil sekitar 6 kg setiap haif lebah sebulan. Bergantung kepada sumber makanan, pengurusan koloni dan harga madu dianggarkan sebanyak RM547,000 hasil madu boleh didapati dalam masa 5 tahun.


Berdasarkan kepada komitment dan kepakaran serta minat usahawan. lazimnya pada tahun ke 3 usahawan boleh menjual koloni lebah kepada pembeli baru dengan harga RM1,000 sati koloni lengkap (Bersama ratu dan haif). Sebanyak 50 koloni boleh dijual pada tahun ke 3 atau lebih cepat daripada itu. Ini memberikan pendapatan tambahan sebanyak RM50,000 setiap tahun atau RM150,000 dalam masa 3 tahun cashflow. Bagaimana pun pembeli lebah perlu ada tahap keyakinan tersendiri terhadap jaminan kualiti koloni lebah madu yang mahu dibeli daripada usahawan. Kajian penulis menunjukkan kapasiti penghasilan propolis adalah sebanyak 1 kg setahun satu koloni. Bagaimana pun jika diambilkira hanya 75% sahaja berkualiti untuk dijual, usahawan lebah madu mampu mengummpul 37.5 kg setahun. Jika ia dijual dengan harga pasaran RM25.00 sekilogram maka sebanyak RM 4,208 boleh dipungut dalam cashflow. Propolis ini bukan menjadi sasaran penting di negara kita kerana kualitinya kurang jika dibandingkan dengan propolis dinegara 4 musim.


Pada tahun ke 2, pungutan debunga (pollen bee) boleh dimulakan dengan kadar pungutan sebanyak 300 kg setahun. Jika ia boleh dijual dengan harga RM150.00/kg maka sebanyak RM180,000 hasil jualan pollen boleh dijana dalam masa 5 tahun bergantung kepada sumber pollen dipersekitaran. Selain itu pungutan lilin lebah (bee wax) boleh dilakukan dengan kadar sekitar 50 kg setahun dimana ia boleh dijual dengan nilai sekitar RM30.00 sekilogram. Walau pun ia nampak kurang mendapat perhatian, sebanyak RM 6,750 boleh dijana dalam cashflow lebah madu. Perkhidmatan pendebunggan menggunakan lebah madu amat kurang dikatakan dan diamalkan di negara kita. Sebenarnya haif lebah boleh dibawa kekawasan yang perlukan agen pendebungaan seperti dikawasan belimbing, buah limau, nenas, durian dan sebagainya. Jika dikira sebanyak RM 50.00 untuk satu haif bagi perkhidmatan ini, maka sebanyak RM1,000.00 disumbangkan dalam cashflow lebah ini. 

Jika ada kepakaran membuat ratu lebah, uahawann boleh membuat ratu lebah untuk dijual dengan harga RM120.00 seekor. kalau mampu menjual sebanyak 50 ratu lebah dalam masa 5 tahun (10 ekor setahun) dengan harga RM120 seekor ratu maka sebanyak RM 18,000 dimasukkan dalam pendapatan cashflow. Pembuatan ratu lebah berkualiti ini memerlikan kepakaran dan kemahiran khusus. Sebaiknya ratu lebah impot dibawa masuk secara sah melalui agen yang diamanahkan oleh kerajaan untuk mempastikan hanya ratu lebah F1 yang kuat sahaja dibawa masuk ke negara kita. Kawasan perlebahan yang strayegik juga boleh dijadikan pusat pelancongan agrotourism. Kedatangan pelancong kekawasan lebah madu mampu meningkatkan pendapatan usahawan lebah sekitar RM400 minima tidak termasuk nilai jualan produk berasaskan lebah madi ketika lawatan tersebut. Ini membolehkan usahawan lebah madu yang berjaya memenafaatkan aktiviti perlebahan boleh mendapat purata pendapatan bersih bulanan melebihi RM5,000 sebulan jika berjaya mengikut cashflow ini. Bagaimana pun cashflow 6 siri ini hanya sekadar untuk panduan sahaja dan boleh disesuaikan mengikut keadaan perekitaran. Wasallam.

CASHFLOW LEBAH... BAGAIMANA...
ALIRAN WANG MASUK...BANYAKNYA...
HASIL MADU... PRODUK LAIN JUGA...
JADI PANDUAN... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kursus Latihan Lebah Madu,
Pusat Pertanian Air Hitam,
Air Hitam, Kluang,
Johor, Malaysia.
(18 Oktober 2014)


Demikianlah Artikel CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 6)

Sekianlah artikel CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 6) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 6) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/10/cashflow-lebah-mellifera-part-6.html