CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 4)

CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 4) - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 4), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel CASHFLOW LEBAH MELLIFERA, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 4)
link : CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 4)

Kamu Bisa Download File CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 4) di bawah ini !

Baca juga


CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 4)

CASHFLOW LEBAH IMPOT (Apis mellifera) merupakan satu ringkasan aliran wang tunai dalam perlebahan untuk kita membuat persediaan dalam usaha memulakan projek ternakan lebah madu. Terdapat 3 jenis lebah madu yang menghasilkan madu dan produk lain berasaskan lebah di negara kita iaitu Lebah Impot (Apis mellifera), Lebah Keran atau Lebah Tempatan (Apis cerana) dan juga Lebah Tualang (Apis dorsata). Lebah Tualang merupakan jenis lebah liar yang lazimnya membuat sarang pada pokok tualang dikawasan hutan didahan yang tinggi. Lebah liar ini memang tidak boleh diternak kerana sifar semulajadinya memang begitu. Bagaimana pun lebag impot dan lebah keran boleh diternak secara moden menggunakan haif atau kotak lebah dan boleh mempunyai sistem pengurusan yang sistematik. Selain itu kini telah popular penternakan Stingless Bee atau Kelulut (Trigona spp) dikalangan usahawan tempatan. Bagi mereka yang ingin menceburi aktiviti penternakan lebah madu sebaiknya menghadiri kursus asas teknikal dan pengurusan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian atau lain-lain agensi kerajaan atau anjuran swasta. Cara ini akan membolehkan seseorang itu mendapat pengetahuan asas bagaimana teknologi penternakan lebah madu. Kursus-kursus lanjutan boleh menambah kemahiran usahawan lebah dalam beberapa teknik khusus seperti penyediaan ratu lebah, royal jelly, pemprosesann produk dqan sebagainya. Penulis fikirkan antara komponen penting dalam kursus perlebahan dan persediaan memulakan penternakan lebah madu adalah mengenai cashflow. Artikel petang Sabtu ini selepas balik dari memberi ceramah kursus lebah Siri 4 di Pusat Apiari Nasional, Johor saya menulis lagi sambungan dalam "Anim Agro Technology" mengenai cashflow ternakan lebah untuk dijadikan bahan rujukan.


Jadual diatas penulis paparkan kos operasi bagi aktiviti penternakan lebah madu dikawasan akasia dengan lebah jenis Apis mellifera. Antara kos operasi yang perlu dibeli pada tahun ke 3 adalah haif lebah baru menggantikan 50 unit (atau kurang bergantung kepada penjagaan). Harga haif baru sekitar RM250.00 (set lengkap) dan ia dibeli secara berperingkat-peringkat. Jumlah kos membeli haif baru untuk 5 tahun adalah RM37,500. Bagaimana pun jika haif lebah diletak dikawasan berbumbung dan dijaga dengan baik serta dibuat rawatan dengan lilin maka jangkahayatnya adalah lebih lama. Lilin Landasan untuk dipasang pada bingkai kom lebah perlu disediakan sebanyak 10 keping bagi setiap haif dan perlu diganti jika berlaku kerosakan. Kos membeli lilin lebah komersil sekitar RM 50,000 untuk 5 tahun atau harga pasaran sekitar RM5.00 satu frame. Pengusaha boleh juga membuat sendiri lilin kom menggunakan mesin khas (Sila lihat foto dibawah). Penggunaan lilin ini membolehkan proses penghasilan madu dan pembiakan koloni lebah lebih cepat.


Pembelian pollen (debunga) untuk bahan makanan lebah (lazimnya pollen ini diimpot dari China) mempastikan lebah sentiasa sihat terutama dimusim tengkujuh (Sila lihat foto disebelah). Pemberian pollen ini juga ketika pintu haif ditutup untuk tidak membenarkan lebah keluar ketika haif dipindahkan atau ada kawasan jiran yang menjalankan aktiviti meracun tanaman. Pollen ini diperlukan sebanyak 200 gram satu haif sebulan ikut keperluan dimana harga sekilogram sekitar RM65.00. Jumlah keperluan pollen setahun adalah sebanyak RM7,800 sahaja menjadikan jumlahnya sebanyak RM 31,200 untuk 5 tahun.  Pembelian tepung kacang soya untuk makanan lebah adalah sebanyak 200 grm satu haif sebulan dengan keperluan sebanyak 120 gram setahun. Harga sekilogram tepung soya adalah RM43.00 menjadikan jumlah keeluruhan kos operasi sebanyak RM 20,160 selama 5 tahun. Seterusnya adalah pembelian gula pasir untuk bahan makanan lebah dengan kadar 400 gram sebulan berharga RM3.00 sekilogram. Keperluan kos pembelian gula pasir untuk makanan tambahan lebah dalam 5 tahun sebanyak RM300.00 sahaja. Kos bahan penghalau hama adalah sebanyak RM9,000 atau sebanyak RM3.00 satu koloni bagi setiap bulan.


Bagi mempastikan kurang serangan semut, sebaiknya ubat semut komersil digunakan secara berjadual. Kos pembelian ubat semut yang ada dipasaran RM1.00 satu paket dengan jumlah kos sebanyak RM50.00 selama 5 tahun. Bagaimana pun perlu berhati-hati dalam menggunakan bahan ini kerana jika salah guna akan menjejaskan kualiti madu. Kos penyelenggaraan haif lebah lama perlu dibuat pada tahun ke 3 dengan mencelup dalam lilin cair dengan anggaran kos RM5.00 satu unit. Kos operasi pembelian haif baru dapat dikurangkan jika pengurusan haif dapat dilakukan dengan baik. Akhir sekali adalah kos penyewaan kawasan penternakan lebah kepada pihak tertentu dengan anggaran kos sewaan sekitar RM50 setahun. Kos Upah tenaga kerja dengan seorang pekerja upahan adalah RM900 sebulan atau sebanyak RM 10,800 setahun atau RM56,000 untuk 5 tahun. Anggaran kos kontigensi atau kos luar jangka sekitar 5% daripada jumlah kos projek sekitar RM 5,765 setahun atau RM13,948 untuk lima tahun. Ini menjadikan JUMLAH KOS PENGELUARAN cashflow lebah madu adalah sebanyak RM121,297 pada tahun pertama dan sebanyak RM 292,920 untuk tempoh selama 5 tahun. Bersambung kepada artikel sambungan pada Part 5. Wasallam!

CASHFLOW LEBAH... BAGAIMANA...
ALIRAN WANG MASUK...BANYAKNYA...
HASIL MADU... PRODUK LAIN JUGA...
JADI PANDUAN... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kursus Latihan Lebah Madu,
Natural Bee Farm,
Hutan Sedeli, Kota Tinggi,
Johor, Malaysia.
(18 Oktober 2014)


Demikianlah Artikel CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 4)

Sekianlah artikel CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 4) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 4) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/10/cashflow-lebah-mellifera-part-4.html