Judul : LEBAH - TEKNOLOGI MENTERNAK (Part 3)
link : LEBAH - TEKNOLOGI MENTERNAK (Part 3)
LEBAH - TEKNOLOGI MENTERNAK (Part 3)
TERNAKAN LEBAH MADU (Honey Bee) merupakan satu akiviti yang agak kurang diberi perhatian oleh usahawan muda di Malaysia. Lebah Madu merupakan serangga hidupan yang terbang dan bersarang di lokasi khusus sama ada diternak atau lebah liar dihutan. Kajian penulis mendapati di Malaysia terdapat seramai 730 orang usahawan lebah madu yang aktif didaftarkan kepada Jabatan Pertanian Malaysia sebagai satu sumber rujukkan yang berguna. Antara negeri yang paling ramai mempunyai usahawan lebah adalah Negeri Sabah dengan seramai 625 orang usahawan diikuti dengan Kedah (20 orang) dan Kelantan (17 orang) usahawan lebah madu dan melibatkan sebanyak 23,385 kotak haif (Laporan dari Jabatan Pertanian 2013). Lebah adalah sekelompok besar serangga yang dikenali ramai dimana ia bersosial dan berkelompok meskipun sebenarnya tidak semua lebah adalah bersifat demikian. Semua lebah masuk dalam suku atau familia Apidae (ordo Hymenoptera). Apa yang saya belajar, lebah merupakan serangga yang menghasilkan madu dan produk-produk lain berasaskan lebah yang telah lama dikenali manusia. Sejak zaman purba manusia memburu sarang lebah di gua-gua, di lubang-lubang pokok serta tempat-tempat lain untuk diambil madunya. Lebah juga menghasilkan produk yang yang sangat diperlukan untuk dunia kesihatan seperti royal jelly, pollen, lilin dan sebagainya. Selanjutnya manusia mulai menternak lebah madu secara komersil dengan memakai gelodog kayu dan pada masa ini menggunakan Haif Lebah iaitu sistem berpusat. Di Malaysia teknik menternak lebah secara komersil masih pada tahap belum matang kerana masih sedikit usahawan yang berkecimpong menternak lebah madu secara komersil berbanding dengan negara lain. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai temuan teknologi menternak lebah madu untuk rujukan dan bacaan anda.
Teknologi menternak lebah madu memerlukan peralatan yang akan digunakan aktiviti harian pengurusan koloni lebah terdiri daripada penutup muka (veil), pakaian kerja, sarung tangan, pengasap, penyekat ratu, pisau, tong kumpul madu, penapis madu, botol, sangkar ratu, berus, sikat, tempat makanan tambahan, penutup sarang, alat-alatan kecil lain. Pengempar Madu (Honey Extractor) merupakan alatan penting untuk mengeluarkan madu daripada bingkai (frame) madu. Alatan ini perlu dibeli atau dibuat sendiri (yang boleh dibuat) untuk ia digunakan ketika perlu dan disimpan ketika tidak diperlukan. Penggunaan penutup muka (veil) merupakan satu kemestian kepada penternak lebah madu untuk mengelakkan disengat dibahagian sensitif seperti muka, bibir dan mata. Lebah tidak akan memberi apa-apa isyarat jika ia hendak menyengat sesiapa sahaja walau pun yang datang itu adalah 'tuannya'. kalau setakat menyengat bahagian lain badan seperti tangan dan kaki atau perut tidak mengapa kerana ianya tidak menjejaskan kesakitan dan rupa paras yang bengkak.
Pemilihan dan pembelian koloni lebah yang betul dan produktif amat penting untuk memulakan penternakan lebah madu. Pilih jenis lebah yang sesuai sama ada ia adalah Lebah Keran (A. cerana) atau Lebah Impot (A. mellifera) atau Lebah Kelulut (Trigona spp). Lebah kelulut pula ada dua jenis iaitu Kelulut agak besar (Trigona thorasica) dan Kelulut Kecil Sedikit (Trigona itama). Setiap koloni lebah akan mempunyai Ratu, Lebah Pekerja dan Jantan. Ratu lebah merupakan ketua dari pembentukan koloni lebah dan perlu dipilih dari jenis ratu lebah yang unggul bertujuan untuk menjadikan satu koloni lebah dapat menghasilkan produk paling maksima. Kajian penulis mendapati bahawa ratu lebah jenis Lebah Keran (A. cerana) mampu bertelur 500 -900 biji sehari dan bagi Lebah Impot mampu bertelur sebanyak 1,500 biji telur sehari. Untuk mendapatkan benih ratu atau koloni unggul ini sekarang tersedia tiga pakej yang diperkenalkan di negara jiran iaitu Pakej Pembelian Koloni untuk menternak lebah madu. Pakej tersebut adalah koloni lebah madu terdiri dari 1 ratu dengan 5 lebah pekerja. Kedua adalah Pakej Jualan terdiri dari 1 ratu dengan 10.000 lebah pekerja. Pakej ketiga pula merupakan paket keluarga terdiri dari 1 ratu dengan sebanyak 10,000 lebah pekerja lengkap dengan haif super. Kita di Malaysia boleh juga menyediakan pakej-pakej ini untuk dijual kepada usahawan lebah madu kerana pada masa ini haanya pakej haif yang berisi koloni sahaja dijual dipasaran.
Rawatan Koloni Baru Induk Lebah perlu dilakukan sebelum kita memulakan projek ternakan lebah madu. Lazimnya apa yang perlu dilakukan adalah dimana pada hari pertama koloni lebah dibeli, ratu perlu dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam haif yang telah disiapkan. Selama 6 hari lebah-lebah tersebut tidak dapat diganggu kerana masih pada masa penyesesuaian (adaptation stage) sehingga lebih peka terhadap persekitaran baru. Berikan makanan asas lebah untuk waktu tersebut. Setelah sesuai ia secara semulajadi akan menjalankan aktiviti rutin perlebahan. Dalam pengurusan menternak lebah perlu dilakukan penggantian ratu lebah yang kurang produktif. Teknologi ini adalah dimana kita membuat ratu baru sebagai kaedah untuk mengembangkan jumlah koloni. Cara yang sesuai dilakukan adalah dengan menggunakan teknik membuat ratu lebah baru yang boleh kita belajar secara hands-on dipusat apiari atau diladang lebah yang komersil. Teknik mengganti ratu lebah ini perlukan pengetahuan dan kemahiran khusus untuk kita dapat menyediakan ratu baru pada koloni lebah madu.
Dalam setiap koloni terdapat tiga jenis lebah iaitu Lebah Ratu (Queen), Lebah Pekerja (Worker) dan Lebah Jantan (Drone) seperti rajah disebelah. Alat untuk proses pembiakan lebah pekerja berupa kelamin betina yang tidak berkembang sehingga ia tidak berfungsi. Hanya alat kelamin ratu dan lebah jantan yang berfungsi untuk mengawan dan kemudian bertelur. Di beberapa negara 4 musim, lazimnya proses mengawan lebah terjadi pada awal musim bunga. Ratu lebah akan terbang keluar dari sarang diikuti oleh semua lebah Jantan yang akan mengawininya. Perkawinan selalu akan terjadi di udara tetapi kesian saya lihat kerana selepas itu semua lebah jantan akan mati. Sperma akan disimpan dalam spermatheca (kantung sperma) terdapat pada ratu lebah kemudian ratu kembali ke dalam haif. Selama perkawinan itu lazimnya kasta lebah pekerja menyiapkan sarang untuk ratu bertelur. Ratu lebah akan bertelur beribu-ribu ekor sehingga ia tua dan tidak produktif lagi dan akan dibunuh oleh lebah pekerja. Kemudian ratu baru akan dicipta oleh lebah pekerja Bersambung pada artikel teknologi perlebahan Part 3. Wasallam!.
MENTERNAK LEBAH...MINAT UTAMA...

ADA KURSUS... DAPATKAN ILMUNYA...
MENCARI KAWASAN... SIAP HAIFNYA...
CARI KOLONI... PASTIKAN BERJAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Latihan Pertanian Inderapura,
Jalan Gambang, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(26 Syawal 1435H)
MENCARI KAWASAN... SIAP HAIFNYA...
CARI KOLONI... PASTIKAN BERJAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Latihan Pertanian Inderapura,
Jalan Gambang, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(26 Syawal 1435H)
Demikianlah Artikel LEBAH - TEKNOLOGI MENTERNAK (Part 3)
Sekianlah artikel LEBAH - TEKNOLOGI MENTERNAK (Part 3) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel LEBAH - TEKNOLOGI MENTERNAK (Part 3) dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/09/lebah-teknologi-menternak-part-3.html