TERUNG TELUNJUK

TERUNG TELUNJUK - Hallo sahabat CONDENPE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TERUNG TELUNJUK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel TERUNG TELUNJUK, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TERUNG TELUNJUK
link : TERUNG TELUNJUK

Kamu Bisa Download File TERUNG TELUNJUK di bawah ini !

Baca juga


TERUNG TELUNJUK

TERUNG TELUNJUK (Solanum spp) merupakan sejenis terung lazimnya berwarna hijau berbelang putih yang dijadikan ulam atau boleh dimasak sebagai sayuran (Sila lihat foto diatas). Terung Telunjuk ini merupakan sejenis terung yang sering dicelur untuk dimakan sebagai ulam bersama sambal belacan. jenis terung ini telah dipercayai sebagai bahan makanan yang dimakan sebagai ubat. Penulis tidak pasti bagaimana nama 'Terung Telunjuk' ini diberikan tetapi mengagak bahawa bentuk terung ini seakan jari telunjuk jika diteliti. Pokok Terung Telunjuk ini mudah hidup dan tidak diserang penyakit akar seperti terung peparu lain yang mudah kena penyakit Layu Fusarium. Lebih menyeronokan kita adalah keran jenis terung ini akan berbuah sepanjang masa. Dari beberapa laporan analisa makmal yang saya jumpa semasa carian mendapati kandungan khasiat terung agak sederhana. Dalam tiap 100 gram (gram) bahagian yang boleh dimakan akan mengandungi bahan air sebanyak 91.2 g, protein (1.7 g), lemak (0.1 g), karbohidrat (5.6g), serat (1.0 g), Kalsium (25 miligram -mg)), Posforus (20 mg), Ferum (0.6 mg), Karotena (90 ug), vitamin A (15 ug), vitamin B1 (0.07 mg), vitamin B2 (0.05 mg), Niasin (0.7 mg) dan Vitamin C (18.4 mg). Pokok Terung Telunjuk mudah membiak melalui penyemaian biji benih. Lazimnya saya dapati yang biji benih Terung Telunjuk juga boleh diambil daripada buah yang cukup masak dan dikeringkan di tempat teduh. Biji benih perlu disemai sebelum anak pokok dialihkan ke tanah atau ke dalam pasu besar. Artikel petang ini sambil menunggu masa berbuka puasa suanat Syawal (Puasa 6) saya sempat untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman terung telunjuak yang lebih dikenali sebagai terung ulam atau terung lalap.


Pada saya jenis Terung telunjuk dari famili Solanaceae  ini adalah merupakan kumpulan terung yang asli (primitif). Dari segi marfologi saya lihat buah terung telunjuk adalah berbentuk lonjong, hijau dengan jalur putih di bahagian bawah, bersaiz dua hingga tiga sentimeter (cm) lebar dan lapan hingga 10 sm panjang sahaja (Sila lihat foto disebelah). Dari segi sejarah mendapati terung ini mula ditemui di India dan seterusnya ke seluruh kawasan tropika termasuk Malaysia .Mungkin tidak ramai yang menggemari terung ini kerana saya dapati rasanya agak sedikit pahit. Namun jika dilihat dari sudut khasiatnya terutama untuk kesihatan selepas membaca blog ini mungkin pasti ramai yang terpegun. Terung telunjuk kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin C, serat, kalsium dan beta karoten yang baik untuk mata. Selain dimakan sebagai sayur atau ulam memang ia juga boleh dijadikan ubat. Keseluruhan bahagian pokok daripada bahagian buah, daun hingga ke akar pokok ini boleh digunakan untuk mengubati beberapa jenis penyakit. Ia didakwa mempu merawat beberapa penyelit seperti massalah Semput (asma), sakit gigi, bengkak gusi dan melegakan batuk. Beberapa ujian klinikal telah dan sedang dijalankan terhadap terung telunjuk bagi mempastikan akan kehebatan terung ini.


Cara Penanaman terung ini amat mudah berbanding dengan jenis eterung lain atau sayuran lain. Ia dimulakan dengan aktiviti menyemai biji benih terung di dalam 'tray' semaian dengan kadar satu lubang sebanyak satu biji benih. Pastikan penjagaan ketika semaian dilakukan mengikut SOP menyemai benih terung. Penulis dapati yang kaedah tanam terus terung ini amat tidak digalakkan kerana biji benih terung kecil menyebabkan peratus percambahannya jadi rendah. Seterusnya semaian disimpan di dalam rumah semaian atau di bawah teduhan selama empat minggu. Lakukan aktiviti prnyiraman setiap pagi dan petang. Sementara biji benih bercambah dan membesar di rumah semaian, batas disediakan dengan ukuran lebar satu meter dan panjang bergantung pada luas kawasan. Sebaiknya tambah kompos dan baja organik (tahi ayam berproses) semasa mengembur tanah. Kemudian tutup batas dengan plastik silver shine sebagai sungkupan. Selepas empat minggu disemai, anak benih boleh diubah ke batas. Jarak antara pokok yang disyorkan ialah antara 50-60 cm. Bagi yang tidak menggunakan plastik 'silvershine' sebagai sungkupan, gantikan dengan jerami padi atau daun-daun kering untuk menutup permukaan batas yang terdedah. Sungkupan boleh mengekalkan kelembapan tanah dan mengawal pertumbuhan rumpai.


Seperti tanaman sayuran lain, tanaman terung telunjuk yang baru ditanam perrlu disiram dua kali setiap hari (pagi dan petang) kecuali hari hujan. Kaedah pengairan bergantung kepada kemampuan petani sama ada secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis, titis dan sebagainya. Jika didapati kawasan penanaman mempunyai saliran air bawah tanah yang kurang baik, parit perlu dibuat. Ini kerana terung tidak sesuai dengan keadaan tanah yang terlalu lembap. Aktiviti Pembajaan dilakukan selepas dua minggu dipindahkan ke batas iaitu baja pertama diberi. Gunakan baja organik yang dibeli atau baja organik buatan sendiri. Jika baja organik jenis granul (pepejal), hanya 50 g diperlukan. Jika baja organik jenis cecair, ikut pada sukatan yang telah disyorkan pada label. Baja kedua diberi selepas dua minggu baja pertama. Kadar baja ditambah hingga 100 g setiap pokok.  Baja ketiga diberi selepas antara tiga dan empat minggu baja kedua. Kadar baja juga ditambah 120 hingga 150 g setiap pokok. Kadar baja yang diberi sebenarnya bergantung pada pertumbuhan pokok itu sendiri. Jika pertumbuhan pokok terbantut atau cepat membesar, kadar baja boleh dikurangkan/dilebihkan daripada yang disyorkan. Baja ditabur di sekeliling pokok, tetapi elak terkena pada batang pokok. Sebaik-baiknya baja ditutup dengan sedikit tanah atau sungkupan supaya baja boleh tahan lebih lama.


Kayu Sokongan lazim dipasang apabila pokok terung boleh membesar setinggi 0.5 hingga 1.0 m. Jika ditiup angin, pokok biasanya mudah bengkok dan tumbang. Bagi mengelakkan kejadian ini berlaku, sokongan perlu dibuat. Gunakan kayu pancang yang berukuran 1.2 sm x 1.2 sm dan panjang 1.5m (bergantung pada ketinggian pokok). Cucuk kayu pancang hampir dengan pokok dan ikat batang pokok pada kayu pancang dengan tali rafia. Jika pokok tinggi, ikat pada dua bahagian batang pokok (atas dan bawah) supaya lebih kuat. Aktiviti cantasan atau pemangkasan dibuat pada cabang yang tumbuh di bahagian bawah (0.5m dari tanah) selepas sebulan ditanam. Selain daripada cabang, buang juga daun tua di bahagian bawah pokok. Pemangkasan bertujuan untuk memberi pengudaraan dan pencahayaan yang baik kepada pokok. bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti buah terung. Sebaik-baiknya ada tiga cabang utama sahaja bagi setiap pokok. Aktiviti kawalan rumpai dibuat ikut kesesuai dimana rumpai yang tumbuh di atas batas perlu dibuang setiap seminggu sekali untuk mengurangkan persaingan dengan tanaman. Bagi rumpai yang tumbuh di luar batas, mesin rumput boleh digunakan untuk memotong rumput. Sekurang-kurangnya dilakukan dua minggu sekali. Rumpai perlu dikawal kerana ada sesetengah serangga perosak menjadikan rumpai sebagai perumahnya.


Amalan agronomi untuk kawalan perosak dan penyakit perlu dilakukan sepanjang masa. Ini kerana antara serangga yang sering menyerang ialah Kutu daun (afid), Kumbang daun, Lalat buah dan Ulat pengorek buah. Kawalan perosak yang boleh digunakan perangkap feromon atau yellow sticker untuk lalat buah, racun organik untuk serangga perosak yang lain. Racun organik boleh didapati di pasaran atau dibuat sendiri menggunakan campuran cili padi, lada hitam, sabun, air dan beberapa jenis repellent (tanaman penghalau serangga) yang dikisar halus. Selain itu, penyakit layu bakteria dan layu Fusarium juga selalu ditemui pada terung. Gabungan daun tembakau atau daun sirih, cili padi, bawang merah, air dan kapur yang dikisar halus boleh membantu mengawal penyakit tersebut. Sebanyak 30 ml racun organik yang ditambah dengan 10 liter air disembur pada seluruh bahagian pokok. Akhir sekali adalah aktiviti menuai dimana pokok terung ini akan mula mengeluarkan hasil selepas enam dan tujuh minggu dipindahkan ke batas. Potong tangkai buah lebih kurang 1sm daripada cabang pokok. Tuai buah selang dua tiga kali sekali. Terung segar enak dimakan dengan nasi putih. Wasallam!.
TERUNG TELUNJUK... APA DIA...
BERWARNA HIJAU... SEGARNYA...
JADI ULAM... SAMBAL CECAHNYA,,,
DIMASAK PEDAS...ENAK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Kelompok Kg Solok,
Tangkak, Ledang,
Johor, Malaysia/
(10 Syawal 1435H)



Demikianlah Artikel TERUNG TELUNJUK

Sekianlah artikel TERUNG TELUNJUK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TERUNG TELUNJUK dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/08/terung-telunjuk.html