Judul : CILI - USAHAWAN CILI
link : CILI - USAHAWAN CILI
CILI - USAHAWAN CILI
CILI (Capsicum annum) merupakan tanaman yang dikatakan mampu memberikan pendapatan lumayan kepada petani jika menghasilkan cili yang banyak dan berkualiti. Kini bidang pertanian bukan lagi bidang pekerjaan 'sekadar cari makan', tetapi ia sebenarnya mampu memberi pulangan lumayan jika diusahakan secara bersungguh-sungguh. Justeru, dengan pengalaman yang dikutip menerusi pemerhatian dan tunjuk ajar daripada Jabatan Pertanian, Arshad Mohkri, bertekad untuk ‘terjun’ ke dalam bidang berkenaan iaitu menanam cili kerana menyedari potensi keuntungannya. Arshad telah pasti memilih untuk mengusahakan tanaman cili merah Kulai varieti tempatan yang berbentuk panjang dan pedas. Terdapat tujuh jenis cili kulai iaitu CA 905 F1 Cili Kulai 905, CA 907 F1 Cili Kulai 905, CA 910 Kulai Tempatan, CA 914 F1 Cili Kulai Pedas, CA 915 F1 Cili Kulai Kering, CA 908 Cabai Kulai Kerinting dan 8338 Kulai King. Kesemua jenis cili ini merupakan varieti yang mudah didapati sumber benih dan mendapat permintaan baik dipasaran. Bagaimana pun dari kajian penulis mendapati ramai dikalangan penanam cili tegar hanya membuat benih sendiri dan tidak membelinya dikedai benih untuk jaminan produktiviti dan kualiti. Pengusaha yang ingin pelbagai jenis cili seperti Encik Arshad baik untuk meningkatkan tahap kemahiran penanaman cili secara komersil. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pengalaman seorang usahawan menanam cili sebanyak 7 jenis varieti untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.
Encik Arshad semasa mula menanam cili hanya menanamnya secara kecil-kecilan di 30 batas di Sekinchan, Sungai Leman, Kuala Selangor (Sila lihat foto disebelah).
Penanaman cili yang diusahakan secara kecil-kecilan didapati ternyata berbaloi kerana projek yang dimulakan pada 2008 telah menunjukkan kejayaan. Ini beliau dapati apabila pokok cili yang ditanam menerusi tanaman konvensional membuahkan hasil berkualiti tinggi. Terdapat sesetengah pengusaha yang menanam cili menerusi kaedah konvensional biasanya akan merungut kerana ‘kepayahan’ dan tekniknya yang agak menyukarkan. Semasa ditemuduga dirumahnya, Encik Arshad agak bernasib baik kerana percubaan pertama kali terus berjaya seterusnya mendapat hasil buah berkualiti. Menurutnya, cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Cili dipercayai berasal dari Mexico dan America Selatan tetapi kini ditanam di semua negeri beriklim tropika. Cili sesuai ditanam di dataran rendah dengan suhu di antara 22 hingga 40 darjah Celcius selain taburan hujan sederhana.
Penanaman cili yang diusahakan secara kecil-kecilan didapati ternyata berbaloi kerana projek yang dimulakan pada 2008 telah menunjukkan kejayaan. Ini beliau dapati apabila pokok cili yang ditanam menerusi tanaman konvensional membuahkan hasil berkualiti tinggi. Terdapat sesetengah pengusaha yang menanam cili menerusi kaedah konvensional biasanya akan merungut kerana ‘kepayahan’ dan tekniknya yang agak menyukarkan. Semasa ditemuduga dirumahnya, Encik Arshad agak bernasib baik kerana percubaan pertama kali terus berjaya seterusnya mendapat hasil buah berkualiti. Menurutnya, cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Cili dipercayai berasal dari Mexico dan America Selatan tetapi kini ditanam di semua negeri beriklim tropika. Cili sesuai ditanam di dataran rendah dengan suhu di antara 22 hingga 40 darjah Celcius selain taburan hujan sederhana.
Setelah mendapat pengetahuan dan kemahiran, kini beliau telah berjaya mengembangkan tanaman terbabit di atas bekas tanah sawah yang juga merupakan tanah gambut di Sekinchan, Sungai Leman, Kuala Selangor. Iklim dikawasan tersebut adalah panas dengan suhu 28 - 29 darjah Celcius dan cili ditanam di atas jenis tanah gambut atau tanah berpasir. Penanaman cili dikawasan tanah yang banyak sinaran matahari sangat penting untuk dapat menghasilkan buah yang berkualiti. Setelah menambah keluasan tanaman menjadi 0.4 hektar, beliau memulakan projek penanaman tanaman tersebut bagi kali kedua, hasil tuaiannya mencecah sehingga RM5,000 ke RM7,000 dan ini amat menggembirakan. Semua orang boleh berjaya menanam cili jika memberi sepenuh tumpuan dan dibuat dengan bersungguh-sungguh dalam mengusahakan projek seumpama ini.
Teknologi 'Natural farming' merupakan satu kaedah penanaman cili yang telah lama juga diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian. Bagi meneruskan projek penanaman kali ketiganya itu, Arshad banyak mengikuti kursus kemahiran yang disediakan oleh pelbagai agensi di bawah naungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Sejak projek tanaman kali ketiganya itu dijalankan, dia dibimbing secara berterusan dan memberitahu bahawa tanpa bimbingan terbabit, sukar bagi dia berada pada tahap sekarang. Ini kerana pada projek kali ketiga yang diusahakan ia berjaya mengeluarkan hasil yang begitu membanggakan sehingga mampu mencecah jualan sehingga RM25,000. Menurutnya, dia bukan sahaja mendapat khidmat nasihat tetapi turut dibantu dari segi teknologi dalam menghasilkan cili bermutu tinggi. Dalam usahanya mempertingkatkan lagi hasil tanaman cilinya, Jabatan Pertanian menyarankan agar dia menggunakan konsep pertanian semula jadi (natural farming) bagi menghasilkan cili merah yang bermutu tinggi. Beliau telah menyahut cabaran tersebut dan mula menggunakan konsep tersebut dalam tanaman cili merah bagi penanaman kali keempat. Seperti yang kita ketahui, konsep pertanian semula jadi ialah satu kaedah dimana pengeluaran yang menggunakan sumber semula jadi termasuk mikroorganisma semulajadi setempat, baja yang berasaskan tumbuhan dan haiwan serta faktor persekitaran (air, udara, cahaya matahari dan tanah). Kesemuanya dilakukan dengan pengetahuan yang dipelajadi.
Faktor-faktor tersebut dapat membantu meningkatkan populasi dan aktiviti hidupan. Hanya mikroorganisma baik setempat sahaja digunakan kerana ia sesuai dengan keadaan tempat tersebut. Mikroorganisma yang dibawa dari luar berkemungkinan tidak sesuai dan mungkin mengganggu sistem hidupan yang sedia ada. Jabatan Pertanian memberitahu saya bahawa konsep itu dapat mengurangkan kos penanaman dengan menukarkan baja dan racun kimia dengan bahan yang diperbuat daripada sumber semula jadi. Oleh itu, konsep yang sihat itu lebih memberikan jaminan kesihatan kerana kurang daripada penggunaan racun kimia yang mengancam kesihatan,” katanya. Tambahnya lagi, projek berkenaan dijangka mengeluarkan hasil yang tinggi apabila hasilnya dituai sekali gus memberi pulangan keuntungan berlipat ganda. Ini terbukti apabila musim tersebut, hasil pendapatan saya meningkat sehingga RM70,000 ditambah dengan keluasan tanah sebanyak 0.6 hektar lagi. Menurutnya, jumlah pendapatan itu bukanlah mustahil kerana harga pasaran cili sekarang boleh mencapai sehingga RM10 sekilogram sekiranya sesuatu bencana alam seperti banjir terjadi dan musim tengkujuh. Jadi, fikirkan berapa ramai yang mampu seseorang itu berjimat berbanding jika mereka menanamnya daripada membeli di pasar.
Kaedah fertigasi juga kini telah dicuba En Arshad dalam menanam cili. Mengenai perancangan masa depan, Arshad bercadang untuk menukar tanaman cara konvensionalnya itu kepada kaedah tanaman secara fertigasi. Kaedah atau teknologi fertigasi bukanlah satu perkara baru bagi golongan petani tempatan. Oleh sebab itu, ia mendapat sambutan memberangsangkan berikutan mudah dilaksanakan berbanding kaedah konvensional lain. Sesuai dengan namanya 'fertigation' digabungkan dengan pengairan iaitu 'irrigation' dimana pembajaan iaitu fertilizer yang disalurkan serentak kepada tanaman khususnya yang bernilai tinggi. Katanya teknologi ini adalah pertukaran cara penanaman itu adalah sebagai satu anjakan paradigma terhadap kaedah penanaman yang diusahakannya itu. Selain mudah dan cepat, kaedah tersebut juga tidak memerlukan ruang yang luas kerana medium tanaman fertigasi hanya memerlukan sebuah beg plastik berisi medium dengan baja diagihkan melalui sistem pengairan. Wasallam!.
TANAM CILI ... BANYAK CARA...
BANYAK TEKNIK...BAGAIMANA...
PENGALAMAN..KEMAHIRAN ADA...
ASAS PENTING...UNTUK BERJAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Sungai Leman,
Sekinchan, Selangor,
Malaysia.
(19 Rabiulawal 1435H)
Demikianlah Artikel CILI - USAHAWAN CILI
Sekianlah artikel CILI - USAHAWAN CILI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel CILI - USAHAWAN CILI dengan alamat link https://contoh-definisi-pengertian.blogspot.com/2014/05/cili-usahawan-cili.html